lapan puluh lima

63 4 0
                                    

Hujan. Aku terpaksa menggunakan perkhidmatan bas Panorama kerana aku malas nak berbasahan dek kerana hujan. Lagipun aku tiada baju hujan.

Aku menggunakan payung merah untuk berjalan ke arah tempat menunggu bas.

" Hari yang indah tetapi cuaca saja yang kurang. " ujarku sendirian.

Aku pun mengunci pagar rumah. Tiba-tiba, dengan tidak sengajanya, mataku berkalih ke arah kanan rumahku.

Dah keluar ke orang sebelah ?

" Tak guna betul punya Hafiz. Ada ke patut dia suruh kau bawak kereta dia yang mahal kebaboom ni ? "

" Yelah, dah aku ada lesen tapi masalahnya, yang dia pergi ikut Kak Shira sampai ke Jepun ? "

Suara-suara yang kukenal membuatkan aku menyegerakan pergerakanku.

" Eh ? "

Alamak, tolong...jangan pandang gueee !!

" Cik jiran sebelah, nak pergi mana hujan-hujan begini ? " soal si Danish Shah, yang mempunyai lesen memandu itu

" Kerja . " ujarku tanpa memandang jejaka itu.

" Tak..tak nak tumpang kami ? Lagipun, hujan lebat tu. " suara Amir Azriel kedengaran.

Weh, serius aku rindu suara dia .

" Saya pergi dulu. " dengan kadar segera, aku berjalan dengan berhati-hati dalam waktu hujan itu.

" Eh, janganlah malu-malu, cik ! " ujar Danish Shah.

Ahh sudah, aku tak nak libatkan diri dalam hal ni.

Aku terus mendapatkan tempat duduk di perhentian bas.

Tapi hati aku rasa bersalah sebab tolak pelawaan mereka berdua.

Dan masalahnya, aku kenal mereka dan ada crush aku kot !

Helo, ni Mariam yang pemalu lah !!

PENGAWAS + MAMAT POYO SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now