Hujan pula pada pagi hari pertama aku ingin ke tempat kerja.
Aku berdoa agar aku tidak dimarahi sekiranya aku terlambat.
Tapi ini memang bukan niatku untuk lambat.
Aku menyarung kot hujan dan menaiki skuter kesayangan ku.
" Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. "
Namun, setelah separuh perjalanan, jalan raya menjadi sesak dan aku mengeluh kesah.
Apa lagi ni?
Rupa-rupanya ada kemalangan ringan berlaku berhadapan sebuah bangunan di mana tempat aku bekerja.
"Nasib dia tak apa-apa. " ujarku perlahan.
" Kenapa tu cik? " soal seorang lelaki di sebelahku.
" Ada kemalangan. " balasku tanpa memandangnya.
" Eh, Mariam kan. "
Aku menoleh ke arah tuan punya badan.
" Eh, Aiman?? "
YOU ARE READING
PENGAWAS + MAMAT POYO SEBELAH RUMAH
Teen FictionPengawasku [P] Mamat poyo bapak segala poyo [MPSR] Cerita ini diinspirasikan daripada kisah cinta kawan baik author Rina iaitu Lyz. Sesetengah bab adalah fiksyen dan tidak fiksyen Mula : 24-09-2017 Akhir :