lapan puluh enam

128 7 1
                                    

[*]

" Assalamualaikum kak Zira. "

" Waalaikumussalam Yam. Nasib baik sampai awal. "

" Yelah kak, dahlah hujan, saya naik bas. Oh, kak ! Saya dah siapkan laporan untuk pembinaan koperasi tu. Nak hantar kat siapa ? "

" Hantar ke bilik Encik Nazri. "

" Encik Nazri ? Maksud akak, Hafiz Nazri ?  "

" Ya. "

Wah, mamat nerd tu jadi orang besar-besar kat sini ? Wow ! Umur baru menginjak 18 tahun, tapi dah mampu uruskan syarikat ? Tabik bro, tabik.

" Encik Nazri tak ada hari ni, pergi Jepun. "

" Tahu. "

" Eh, macam mana Mariam tahu yang Encik Nazri pergi Jepun ni ? "

Oh....my gucci. Tersasul.

" Eh, tak..maksud saya, saya tahu bilik Encik Nazri tu kat mana. Hehe, saya dah tak perlu dah asyik tanya akak bilik tu kat mana sebab saya dah tahu ! "

Dengan sengajanya aku menekankan perkataan 'tahu' tu untuk mengelakkan sebarang pertanyaan daripada Kak Zira.

" Apalah kamu ni Mariam. Okeylah akak nak sambung buat kerja ni. Jangan lupa hantar laporan tu dan...,jangan sesekali usik apa bentuk barang sekalipun kat dalam tu tau."

Aku mengangguk. Aku membawa laporan yang sudah disiapkan ke bilik 'Encik Nazri'. Hahahahaha weh dengar nama dia bersertakan dengan 'encik', kedengaran macam orang tua.

Aku pun berjalan dalam tiga meter macam tu dan kini sudah terpacak di hadapan biliknya.

" Wow, pembantu pengarah syarikat ! Tak sangka bro, dulu kau jadi guru muda sukan aku je tapi kau dah pegang jawatan ni. Apekah ? "

Aku pun melangkah masuk ke dalam bilik itu dan meletakkan laporan ke atas meja.

Sangat fancy sekali ! Aku ternampak satu bingkai kecil di atas meja dan baru saja aku ingin menyentuh namun..

' Jangan sesekali usik apa bentuk barang sekalipun kat dalam tu tau. '

" Baiklah aku takkan usik apa-apa. "

Aku pun keluar dari bilik itu dan menghembus nafas lega.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENGAWAS + MAMAT POYO SEBELAH RUMAHWhere stories live. Discover now