Aku dengar tangis kesal,
Aku dengar tawa paksa,
Semakin lama bunyinya tak terkawal,
Mungkin sakitnya kali ini lebih berbisa.Aku menyusun deria-deria ku terus mendengar,
Aku rasa kali ini siksanya semakin memekik,
Aku dengar desahan yang hingar bingar,
Mungkin di leher dosanya tercekik.Aku cuba mengamati ,
Aku cuba untuk tumpu,
Ternyata itu bunyi hati,
Bunyi hati yang didera sakit yang tak termampu.
YOU ARE READING
Puisi si Mati
شِعرAku menulis semula..kerana tak mungkin aku hanya mengungkap kata-kata di minda ini hanya 30 muka surat yang lalu.Yang pasti aku tak ingin tulisan ini mati.seperti aku.