Tak ada benar mahupun salah,
Tak ada apa yang manpu dikata,
Bila dikunci mulut yang petah,
Ditinggal hanya semua nista.Tiada maaf bagi ku itu jelas,
Rasa bersalah itu tak membantu,
Bila dipikir tanpa waras,
Langkah dimula tidak menentu.Tidak perlu diberi erti,
Biar ditutup cerita ini,
Yang pasti aku akan mati,
Mungkin lebih baik aku begini.-AMOAG
YOU ARE READING
Puisi si Mati
PuisiAku menulis semula..kerana tak mungkin aku hanya mengungkap kata-kata di minda ini hanya 30 muka surat yang lalu.Yang pasti aku tak ingin tulisan ini mati.seperti aku.