"PEEK AA BOOOOOOOOO AHSJSJBDJS" hari kedua mereka dihiasi suara somi yang menyanyi dalam bilik air pagi-pagi tu. Ayam nak berkokok pun lari masuk tidur balik sebab dah ada makhluk gantikan tempat mereka"Alien mana nyanyi ni?? Bapak nyaring" bising daniel mencari punca suara sambil mamai berjalan. Sebabkan suara itu, mereka semua bangun awal.
"Peek a boom boom boom boom!!" Somi keluar dari tandas sambil membuat posing agak pelik. Dan-dan tu, doyeon berada dihadapannya dengan muka berkerut menunjal kepala somi.
"Heh kau jangan campurkan lagu fav aku macam tu" jeling doyeon marah apabila somi memandai gabungkan lagu red velvet dan seventeen. Somi tersenyum senget dan bergerak terus ke meja solek.
"Woi kau bangun awal ni nak bercucuk tanam ke?" Soal irene pelik melihat somi dah siap lawa tak macam dia, masih dalam baju tidur.
"Cucuk tanam di hati awak" somi wink dan kembali memaki make up. Menggeliat irene sambil memandang somi tajam.
"Ni mesti sebab budak rambut pink tu kan??" Kerja somi terhenti dan irene sudah smirk kerana dia dapat baca minda somi. Terus somi berlari ke arah irene sambil tersenyum macam kerang basi.
"Aku dah agak kau mesti suka budak muka pedo tu" irene mengeluh, malas melayan si somi ni
"Alaa manada aku suka, kau tahu kan gong yoo tetap di hati aku" irene dah meluat dengan somi terus dia keluar dari bilik tidur mereka.
Terlompat-lompat somi berjalan keluar untuk ke rumah jiran sebelah. Tetapi sebelum itu dia mahu ke kedai serbaneka nak beli ramen entah kenapa dia craving tiba-tiba.
"Eh!!" Suara itu memeranjatkan somi sebentar dan dia mula tersenyum melihat empunya suara itu
"Buat apa pagi-pagi buta pergi kedai huh?" Soal jihoon
"Saja craving ramen ehe" somi menjawab sambil cup ramennya dihadap depan muka jihoon. Jihoon hanya mengangguk dan mengambil tempat duduk disebelah somi.
"Ni kenapa kau datang sini??" Soal somi pula.
"Tadi baru habis jogging so datang sini nak makan" terkejut somi mendengar jihoon jogging. Like seriously.
"Yeke??? Tak nampak peluh apa pun??" Terdiam seribu bahasa mamat comel itu.
"Hehe 5 minit and i give up" jihoon mengusap belakang lehernya tanda malu. Dia melihat pula makanan yang dibeli. Agak banyak dan akan memberi lebih lemak daripada yang dibuangnya setelah 5 minit berlari.
"Chill.. makan je semampu kau suka. Buat apa nak kurus tapi tak cukup zat" somi cuba menenagkan jihoon yang malu itu sambil semulut ramen disumbat.
"Weeeeee apa nak buat hariniiiiiii" raung taehyung sambil mengongcang badan taeyong.
"Kau nak buat apa harini?" Soal taeyong
"Alaaa tak ada apa-apa pun kat jeju ni. Bosan" terus kepala taehyung ditolak hingga taehyung jatuh ke lantai.
"Elok-elok sikit eh, jangan hina kampung aku" maka mulala dua ekor biawak bergaduh. irene yang baru sahaja keluar tandas melihat mereka berdua.
"Apala nasib aku dapat kawan macam diaorang" irene menepuk dahinya dan berjalan ke arah doyeon yang sedang siap-siap untuk keluar.
"Weh nampak somi tak??" Soal daniel ke arahirene dan doyeon.
"Dia keluar dengan budak pedo tu" jawab sinb dan terus riak muka daniel berubah masam. Dia melihat srkeliling dan finally umur somi agak panjang kerana baru disebut dah muncul.
"SOMIIII!!!" Daniel berlari ke arah somi dan terus mencekik somi.
"KAUUUU KENAPA TAK AJAK AKU?!!AKU NAK MAKAN JUGAKKK AAAAAA" badan somi diconcang macam pokok kelapa. Tiba-tiba sahaja daniel menangis dan kepalanya dijatuhkan di bahu somi.