"Ergh!! Kenapa tak boleh tidur!!!!" Jerit hati doyeon. Dah berpuluh-puluh kali dia memusingkan badan tapi matanya tak terlelap. Yang lain sudah terlena termasuk jennie yang jakun tidur atas toto sampai berdengkur.
Doyeon bangun dan keluar untuk kira kambing mana tahu boleh tidur. Baru sahaja dia keluar rumah, dia nampak figura seseorang sedang duduk di bangku yang berada di tengah antara bilik lelaki dan perempuan.
"Oi!" Tegur doyeon. Taeyong memalingkan mukanya dan tersenyum. Baru sahaja doyeon duduk di sebelah taeyong, doyeon terus teringat apa yang taeyong katakan patang tadi.
Doyeon menjarakkan dirinya dan tak sanggup nak pandang muka taeyong. MALU!
"Kau kenapa macam ada taik kat bontot kau? Tergeliat situ sini" jujur taeyong memandang doyeon tak senang duduk.
"SEBAB KAU LA TIBA-TIBA CAKAP MENGARUT PETANG TADI!!" Doyeon meninggikan suaranya. Taeyong mati akal. Dia cuba ingat kembali apa yang dia katakan.
"Oh tu! Lek ah memang betul kan?" Doyeon lagi tak selesa.
"Doyeon" taeyong memanggil tetapi tidak memandang doyeon.
"Apa kau? Panggil aku tapi tak cakap apa-......."
"Aku suka kau" terus tercengang doyeon. Dia korek telinganya mana tahu dia salah dengar taeyong cakap. Lama mereka senyap terus sahaja taeyong bangun dan menghadap doyeon.
"Kau ingat aku main-main eh?" Taeyong memandang doyeon tajam. Terus dia mengucup pipi doyeon. Doyeon terkelip-kelip matanya memandang taeyong setelah apa yang berlaku beberapa saat tadi.
"Erghh lembap la kau! Aku cakap aku suka kau tu aku suka lah! Tak payah nak buat muka macam tu. Tak suka aku dah la cakapla adomak dah la aku ngantuk" taeyong terus berjalan masuk ke dalam bilik. Tapi doyeon sempat mencapai tangan taeyong.
"Kalau kau suka aku sebab nak lupakan mina baik tak payah" doyeon memandang ke tanah dia menguis pasir macam ayam nak cari cacing.
"Bukan" doyeon memandang taeyong.
"Lama dah aku suka kau, tapi aku tahu kau tak boleh nak terima sesiapa sebab kau taknak jadi macam aku, heartbroken. And aku sayangkan friendship kita"
"So kita stay kawan lah kalau macam tu" doyeon melepaskan lengan taeyong dan terus masuk ke dalam bilik meninggalkan taeyong dumbfounded.
(Damn that friendzone)
"NO WONDER DIA CAKAP DIA DAH TAK SUKA MINA!"
Pagi sudah menjelma jadi cikgu park bersama kyungsoo mengejutkan badak-badak tidur dalam bilik. Pagi itu mereka dijadualkan untuk bercucuk tanam.
"Doyeon, asal macam tak cukup tidur huh?" Irene mencuit doyeon yang separuh terjaga.
"Tah. Nak kira kambing tapi kambing tak muncul" irene mengeluh dan mereka teruskan perjalanan ke arah kebun kepunyaan rumah kebajikan.
Lelaki ditugaskan untuk membajak tanah manakala perempuan mencabut padi.
"CIKGU!!! I GELI LAH CIKGU NAK PIJAK AIR MACAM TU EW" jerit jennie dan somi serentak sambil mengoncangakan kedua belah bahu cikgu park.
"GELI GELI!! KAMU PAKAI BOOTS BUKAN KAKI AYAM!! DAH SANA!" Cikgu park menolak mereka berdua. Makin menjadi-jadi perangai.
"Tulah anak bandar" irene terus memandang nancy tajam.
"Ikut diaoranglah" nancy juga memandang ke arah irene tajam.
"WOI WOI! ROSAK PADI TU" bona mencelah apabila nancy dan irene mengumpal padi di dalam gengaman mereka
