2 minggu sudah berlalu dan pertandingan drama sudah tiba pada masanya. Semua tingkatan menunjukkan sebuah drama yang amat menyentuh hati setiap penonton tetapi tidak tingkatan 5. Habis huru hara drama mereka. Tulah masing-masing lupa skrip dan membuat skrip spontan sendiri. Bona ditepi rasa macam nak hempuk mereka semua dekat situ jugak tapi apakan daya, dia hanya tersenyum kekok sambil menahan amarahnya. Ini semua berpunca dari somi dan daniel, boleh pula mereka menukar skrip masing-masing jadi semua watak yang dimainkan memang sudah dicampur aduk.
"Pemenang untuk pertandingan drama ialah dari.......TINGKATAN 5!!! Tahniah!!" Jerit pengetua. Mereka sudah siap-siap pack bag sekolah masing-masing nak balik terus berlari masuk ke atas pentas. Ada yang tergolek-golek, ada yang menari macam budak raver dan semua itu adalah perlakuan si taeyong,taehyung, irene, doyeon, daniel dan jihoon. Semua penonton amat terhibur dengn perangai pelik mereka sampai ada yang masuk tandas sakit perut.
"OMMA!!!ADIK MENANG!!!" Jerit daniel semangat sambil trofil dihayunkan ke udara
"Menang kepala kau! Baru drama bukan dengan hidup kau serupa jalan tar" doyeon menolak daniel dan merampas trofil tersebut. Maka bermulalah acara berebut trofil diantara 7 manusia wayar putus. 8 Peserta yang lain tak mampu nak masuk dekat jadi mereka menyelamatkan diri dengan turun dari pentas dan melihat aksi tersebut.
"KAMU SEMUA!!!DAH!!!" Jerit cikgu park histeria apabila melihat pengetua sudah memandang mereka semua pelik dah macam nak sumbat trofil dalam mulut mereka bertujuh. keadaan sudah reda apabila bona yang merampas trofil tersebut dan membawanya jauh dari pandangan mereka, barulah 7 reptilia tersebut bertaubat dan sedar mereka adalah manusia sejati.
Selesai sahaja sesi photografi, semua bersurai dan pulang ke rumah kerana hari sudah petang. Pertandingan itu diadakan sebaik sahaja waktu sekolah tamat. Mereka semua tidak pulang ke rumah lagi kerana taehyung baik hati tiba-tiba nak belanja 14 peserta kumpulannya termasuk cikgu park makan mee udon.
"Woi taehyung! Mee udon je?? Mana steamboat kau janji dulu?" Bebel kyungsoo tidak puas hati. Tapi dia makan juga mee tersebut
"Banyak cakap lah kau, taknak sudah boleh balik!" Marah taehyung. Kyungsoo hanya tersengih dan sambung makan. Doyeon memerhati sekeliling. Baru dia sedar mina tidak kelihatan. Doyeon mencuit taeyong yang sedang melantak semangkuk mee udon yang keduanya.
"Mina mana?" Taeyong memandang doyeon tajam
"Mana aku tahu halamak aku bukan sesiapa pun" ujarnya lalu dia sambung makan. "T-tapi...." tak habis lagi ayat doyeon cikgu park membuat pengumuman.
"Pengetua baru sahaja bagitahu cikgu yang minggu depan kamu semua pergi trip tu" semua bersorak bahagia. Pelbagai soalan yang ditanya mereka semua serentak dah macam langau sudah.
"Pengetua kata secret hahahahaha" semua terdiam. Sekolah ni selalu dipenuhi oleh manusia-manusia yang tak pernah nak serious.
Habis sahaja makan, mereka ingin berkaroke tetapi cikgu park sudah menghalau mereka untuk balik ke rumah masing-masing kerana hari sudah terlalu lewat bagi pelajarsekolah seperti mereka. Dengan langkah yang berat, masing-masing terpaksa pulangke rumah.
"Esok kan jom kita lepak rumah aku" daniel mengajak rakan-rakannya yang agak bertuah itu tetapi mereka tidak peduli. Apa yang mereka tahu sekarang mereka sedang menikmati aiskrim masing-masing. Daniel mencebik dan memandang 6 orang manusia dengan muka masam.
"Baik kau makan aiskrim kau senyap-senyap okay? Nanti hilang jangan marah aku" doyeon menolak aiskrim daniel yang berada di tangan daniel rapat ke arah mulut lelaki tersebut. Maka plan daniel tidak menjadi kerana mereka semua tidak mahu.
"Oh kau dengan bona macam mana?" Soal taeyong dan semua berhenti berjalan dan memandnag daniel, menunggu jawapan.
"Ha ha ha macam tu jelah kau nak aku dengan dia macam mana lagi?" Daniel meneruskan perjalanannya tanpa memghiraukan rakan-rakannya di belakang