11

19 4 0
                                    

"Doyeon oi!!!!!! Ooooo doyeon!!" Taeyong mengetuk pintu rumah doyeon macam nak pecah. Pintu dibuka dan kelihatan eunwoo di depan pintu dengan muka serabai baru bangun

"Oh taeyong, dah buat apa malam-malam buta dekat sini?" Soal eunwoo sambil mengosok matnya untuk menyingkir taik mata.

"Eheee hyung, doyeon siap dah?" Eunwoo terdiam. Dia memandang ke dalam rumah dan lihat doyeon tergesa-gesa kehulu kehilir mencapai barangnya.

"Nak lari rumah ke apa tu?? Haa kau nak bawak adik aku pergi mana hah?!" Tengking eunwoo tidak tahu kebenaran.

"Tak adalah hyung!! Hahahaha doyeon tak cerita ke apa? Kitaorang ada ermm macam kem gitu"eunwoo tersengih busuk dan mengangguk

"Eheee mian" doyeon menepis badan abangnya untuk membuat laluan dia keluar.

"Doyeon!! Take care" ujar eunwoo yang membuatkan doyeon memandang kebelakang dan memandang abangnya. Eunwoo berdiri depan pintu sambil melambai ke arah doyeon. Doyeon membalas kekok dan berlalu dari situ.

"Abang aku ni gila ke apa?" Soal hati doyeon. Tak pernah lagi eunwoo melayan adiknya macam itu. Dia menghiraukan perangai pelik abangnya dan cepat berjalan mengekori yang lain sambil mengheret beg masing-masing.

"Kau ni taehyung, bawak barang kalau tak banyak macam pindah rumah memang tak boleh eh?" Irene menepuk dahinya melihat beg roda taehyung hampir besar seperti jihoon. Mereka berjalan terkedek-kedek sambil memerhati pemandangan jalan yang tidak disinari matahari lagi.kemain irene tak mahu mereka semua lambat, dia menyuruh mereka semua siap pukul 6 pagi sebab irene takut mereka tu kalau dah tidur serupa arwah. Bermula dari rumah daniel, dia menjemput satu persatu dari rumah ke rumah mcam uber




"Haa memang aku suka mereput dekat depan sekolah" perli jihoon sambil mengunyah roti yang dibuat oleh ibu somi sambil bersila di depan pintu pagar sekolah. Hari minggu pak guard masuk lambat. Mereka pukul 7 dah tercegat depan sekolah. Bas pun tak sampai lagi. Janji pukul 8 semua perlu berada di sekolah ni betul-betul bukan melayu dah ni.

"PAK GUARD!!!" Taehyung menyambut kedatangan pak guard yang sedang menunggang basikal ke arah sekolah. Nak je pak guard tu patah balik dari menghadap taehyung.

"Eh eh apa budak ni buat pagi-pagi ni alamak" pak guard memperlahankan kayuhannya. Taehyung sudah tercegat depan pak guard dan tersenyum kambing depan lelaki berusia 50-an itu

"Nak kunci" taehyung menghulurkan tangannya sambil mengerdipkan matanya.

"Erghh ingat cute" bisik hati pak guard dan dia menyelongkar poket seluarnya dan memberi kunci pagar sekolahke arah taehyung.

"Lepas bukak letak balik dekat pondok pok ya" taehyung terdiam apabila pak guard sudah ketawa dengan lawak hambarnya.

"Eee apa-apalah!" Taehyung berjalan ke arah rakan-rakannya yang seperti gendalaan depan pintu sekolah.

"Eh!! Wonwoo, hyungwon! Bila sampai?" Taehyung menegur wonwoo dan hyungwon apabila dia terlihat kelibat baru di situ.

"Masa kau tengah dating dengan pak guard tu" taehyung tersenyum kelat dan menolak pagar sekolah. Mereka semua cepat-cepat masuk dan terus berkumpul di dewan terbuka dengan arahan hyungwon. Satu persatu sudah datang tetapi kelibat cikgu park dan bas tidak kelihatan. Irene yang jenis tidak penyabar membebel tak sudah. Taehyung cuba menenagkan irene dengan menyumbat snak ke dalam mulut irene

Tomodachi // malay storyWhere stories live. Discover now