8

19 3 0
                                    

"Morning! Boyot!" Sergah taeyong dari belakang yang membuat doyeon terlompat dari tempat duduknya. Nasib tidak ramai orang dalam kelas. Tak tahu kenapa taeyong rajin datang awal ke sekolah. Doyeon pula akan datang ke sekolah kalau kerja sekolahnya tidak siap.

"Apa kau nak dari hidup aku yang aman lagi damai huh?!" Tengking doyeon sambil kembali meneruskan kerjanya menyalin kerja sekolah. Taeyong mengambil tempat di hadapan doyeon sambil leka melihat doyeon menulis nota macam mesin cetak.

"Buku manusia mana pulak kau pinjam ni huh?" Soal taeyong

"Siapa lagi kalau bukan jihoon hehe" jawabnya sambil tangan ligat menulis. Sejak jihoon mula sekolah bersamanya, jihoon sudah menjadi mangsa doyeon selepas daniel kalau bab-bab pinjam nota.

"Yeon" panggil taeyong lagi. Doyeon diam kerana fokus meniru.

"Team bola aku en....dapat masuk semi final"

....

"And aku kena stay sekolah sebab training"

...

"Boleh tak kau tem...."

"Jihoon tu ada. Suruh dia teman kau" potong doyeon. Ingatkan taeyong cakap dengan dinding tadi.

"Alaaa tapi aku nak kau" masing-masing diam membisu tak bergerak. Doyeon memandang taeyong dengan muka merahnya. Ya. Jantung gadis itu berdegup laju masa itu. Tak tahu hantu mana rasuk dia tetapi ayat simple taeyong yang buatnya sebegitu.

"Sebab haneul ada sekat situ" harapan doyeon terus melayang. Dia mengangguk malas dan sambung buat kerjanya

"Uishh dating senyap-senyap eh?" Taehyung mencelah tiba-tiba.

"K yang kau datang awal..."

"Irene mana?" Ayat taeyong dipotong lagi tetapi oleh taehyung. Baru sebut nama dah muncul irene berjalan masuk ke dalam kelas.

"Oi tae! Jom!" Irene meletakkan begnya di tempat duduk dan terus mengheret taehyung keluar dari kelas. Doyeon tersenyum senget walaupun hanya mendengar perbualan singkat irene dan taehyung. Mereka semua memang sudah tahu lama tentang perasaan taehyung terhadap irene tetapi minah tu lembap tak sedar. Mata ada dua bijik dekat muka boleh buta tak nampak taehyung yang perfect depan mata tu.

"Makin rapat dua biawak tu eh? Eee jealous aku" bebel taeyong

"Kalau jealous, move on la dari haneul and cari baru" taeyong terdiam. Menyesal pula taeyong berkata sebegitu.

"Nak move on tapi tak tahu nak suka siapa" doyeon berhenti menulis dan memandang taeyong tepat ke dalam biji mata lelaki itu

"Bona ada. Nak kata dia tu tak lawa bukan jugak. Lagi lawa dari haneul adala" taeyong menolak mukadoyeon

"Bona-is-daniel's" doyeon ketawa kecil.

"Then siapa je pilihan hati kau?" Soal doyeon. Taeyong mati akal. Dia pun tak tahu kerana dia tak suka bergaul dengan mana-mana perempuan kecuali doyeon, somi dan irene. Dia hanya mampu mengangkat bahu sahaja. Doyeon dah malas melayan taeyong yang cakap macam ular terbelit-belit. Baik dia siapkan kerja sekolah sebelum loceng sekolah berbunyi.

"If like that i'm gonna choose you?"

"Eeeee wale wale eeee" bising taehyung di pagi hari sambil menari menyapu daun-daun kering di taman sekolah. Bergema suaranya sampai park guard sudah tak mampu nak dengar. Baru dua minggu mereka melaksanakan denda mereka, pak guard sekolah mereka siap bawa headphone dengar lagu klasiknya dari dengar suara taehyung tak berapa nak sedap di pagi hari yang tenang. Lama juga mereka tak lihat burung di sekolah itu kerana suara taehyung menghalau mereka.

Tomodachi // malay storyWhere stories live. Discover now