9

18 2 0
                                    

"Ermm guys?" Panggil somi yang memecahkan kesunyian di meja bulat. Semua masih dengan muka ketat memandang antara satu sama lain 1 jam dari tadi. Ada yang marah, kecewa,terkejut, gembira..macam-macam perasaan yang membuatkan persekitaran dalam kelas 3-3 agak kekok.

"Pistt..kenapa dengan semua ni?" Bisik jihoon ke arah daniel dan somi. Mereka mengangkat bahu dan memandang antara satu sama lain.

"Woi bila nak start kalau macam ni!" Tengking jinyoung yang memeranjatkan 14 pelajar di dalam kelas itu.

"Tah dari tadi tak mula-mula ee" nancy menyilangkan tangannya dan memandnag irene tajam.

"Oi!oi! Dah lah. Okayy pasal drama ni korang nak buat genre apa??" Soal somi.

"Oh! Kita kena pilih ketua" cadang mina. Semua mengangguk.

"Amik hyungwon la..dia kan ketua kelas" cadang jennie dan semua mengangguk.

"Haa apa-apa lah aku malas nak gaduh" ujar hyungwon dan terus dia melentokkan kepalanya di atas meja. Dia sedar semua mata memerhati dirinya pelik

"Apa? Aku tak tidur eh..bincang je nanti pandai-pandai aku menyampuk" semua hanya mengangguk dan memulakan perbincangan. Hyungwon selalu macam tu. Malas nak menjadi ketua yang menunjuk tapi dia memang bagus dalam membimbing manusia ke arah yang benar.

"Genre apa?" Soal daniel sekali lagi.

"Kpop??" Hyungwon menyampuk. Semua memandang hyungwon pelik.

"Oh tak kelakar?? Ala kenapa hyung aku je yang rasa tu kelakar? Hmph apa-apa la mari sambung" okay iklan hambar oleh hyungwon sudah tamat.

"Aku dengar form 4 buat genre sedih" ujar wonwoo.

"Buat genre romantik ok tak?" Semua membuat muka 'ew' ke arah taehyung dan taeyong yang semangat dengan genre itu.

"Eeee habistu nak apa lagi?" Bebel taehyung.

"Musical nak?" Cadang bona. Semua mengangguk laju sebab malas nak fikir lama-lama.

"Haaa daniel! Aku dengar kau pandai buat lagu?" Semua memandang daniel dengan mata yang bersinar-sinar terutama sekali jihoon.

"Pe apa apa??" Boleh dia menyoal lagi

"Kau tulisla lagu for musical ni. Bincang dengan bona jalan cerita apa alah tu pun nak tanya lagi" bebel kyungsoo sambil menghirup air kotak. Daniel memandang bona dengan muka nak tak nak sahaja. Apa salah bona haihh



"Weh somi, serious la ni rumah bona?" Daniel mencuit somi dari belakang kerana terkejut melihat rumah agam di depannya.

"Tengok alamat betul lah yang ni" somi lihat waze untuk memastikan mereka berada di alamat yang betul

"Kalah rumah taehyung kalau macam ni" terlopong mulut hyungwon dan kyungsoo.

"Korang!! Yang tercegat dekat situ kenapa??" Soal bona apabila pintu pagar rumahnya dibuka. Lagi terlopong mereka melihat depan rumah. Mereka berjalan masuk sambil memuji kebesaran rumah bona.

"Yang lain mana?" Soal bona melihat hanya separuh dari mereka 15 yang ada.

"Taehyung still tidur"

"Mina ada kelas ballet"

"Taeyong ada hal family"

"Nancy ada tuisyen"

"Kucing jennie nak beranak"

"Mak kucing jinyoung lari rumah"

"Wonwoo cirit birit"

"Ouhh patutlah kau sorang je jihoon" doyeon mencuit jihoon disebelah. Jihoon tersenyum senget.

Tomodachi // malay storyWhere stories live. Discover now