"Aik? Awalnya anak omma balik? Bukan minggu depan ke balik?"soal Puan Park sebaik saja wajah Jihyo dengan Chanyeol terpampar di depan pintu rumahnya.
"Chan ada kerja lah omma. Terpaksa balik awal." Chanyeol menghempaskan badannya di atas sofa. Penat duduk di dalam flight.
"Omma apa khabar?"Jihyo mendapatkan ibu mertuanya itu.
"Sihat je. Ala baru tiga hari pergi. Takde apalah."senyum Puan Park.
Sejuk hatinya melihat menantu yang mengambil berat akan dirinya.
"Omma Hyo mana omma?"mata Jihyo melilau mencari kelibat Puan Song.
"Dia ada dalam bilik. Err... sebenarnya dia kurang sihat. Puas kami pujuk dia untuk bawa ke hospital tapi dia degil tak nak pergi. Katanya tak nak menyusahkan kami. Omma pun panggil lah doktor ke rumah. Doktor kata omma Hyo kena selalu bawak ke hospital untuk medical check-up."
"Ouh. Omma ni selalu sangat degil. Hyo pergi jenguk omma ke jap tau."
"Pergilah."
♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Omma?"Jihyo membuka pintu bilik yang diduduki oleh Puan Song dengan perlahan. Takut-takut ibunya tengah tidur.
"Ehh anak omma dah balik? Awalnya balik?"Puan Song bangun dari pembaringannya dan tersenyum lebar ke arah anaknya.
"Haah. Chanyeol ada kerja. Sebabtu balik awal."
Jihyo berjalan menuju ke arah katil ibunya. Dia duduk di sisi katil tersebut.
"Omma ni kenapa tak pergi hospital? Kalau sakit tu melarat macam mana? Omma ni cuba dengar cakap orang lain."Bebel Jihyo.
Puan Song tersenyum melihat anaknya membebel. Memang inilah rutin harian Jihyo sekiranya dia degil akan sesuatu.
"Omma okay jelah tak payah risau."Puan Song tersenyum lemah.
"Nanti omma ikut Hyo pergi hospital ye?"pujuk Jihyo.
"Haishhh yelah. Omma mana boleh tak dengar cakap anak omma yang sorang ni. Nanti dia punya bebel kalah peguam."
"Amboi omma suka hati je."
Jihyo dan Puan Song tergelak. Comel je dua beranak ni.
♥♥♥♥♥♥♥
Chanyeol yang baru selesai memakai baju terus menuju kearah katil. Menghempaskan badannya ke atas katil tersebut.
"Haishhh kerja ni pun satu. Baru nak jalan-jalan ngan bini aku."
Chanyeol tersengih apabila terkenang kan peristiwa dimana Jihyo jatuh di atas badannya.
"Kenapa dengan aku ni? Tak sampai seminggu pun kahwin dengan dia takkan dah jatuh cinta kot?"
'Woi Chanyeol kau tak pernah dengar cinta pandang pertama ke?'kata hati Chanyeol.
"Cinta pandang pertama? Aku tak pernah rasa macam tu."
Pintu dikuak perlahan. Chanyeol memandang ke arah pintu dan muka Jihyo yang tersengul di pintu itu menarik perhatiannya.
Jihyo kelihatan agak comel dengan memakai cermin mata dan rambutnya di ikat ponytail.
Chanyeol tersenyum. Namun cepat-cepat dia menyembunyikan senyumannya.
"Err...awak omma ajak makan."
"Ouh kejap aku sidai tuala ni. Kau tunggu sini."Chanyeol berjalan ke arah tempat tuala disidai.
'Haish kenapa aku kena tunggu dia pulak. Hati aku dahlah tak kuat tengok dia. Sahlah Jihyo yang kau ni dah jatuh cinta. Sampaikan nak pandang dia pun kau takut.'Jihyo hanya kaku di depan pintu.
YOU ARE READING
I Love You Ms.Nerd♥ChanHyo♥
RomanceSong Jihyo. Seorang gadis yang cantik namun kecantikkannya ditutup oleh sepasang cermin mata. Kehidupannya yang daif menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih dari satu kerja untuk menampung hidupnya dengan seorang ibu dan seorang adik lelaki. Kisah c...