Hari ini saja keletihan membungkus barang-barang customore. Aku baring atas sofa. Sakit belakang aku. Tengah pejam mata, telefon aku lantang berbunyi menandakan panggilan masuk.
Pak cik Kaktus
"Hello Iman?" Suara Muhammad kedengaran.
"Ya..."
"Buat apa?"
Aku pandang jam. Baru pukul sebelas pagi. Tak kerja ke dia?
"Baru habis bungkus barang pelanggan. Sakit belakang saya," kata aku.
"Sebab itu aku tak suka kau kerja! Kau tu baru 19 tahun. Patutnya belajar lagi. Bukan kerja."
Pak cik ni dah mula nak membebel. Sakit telinga aku ni. Dia kalau membebel, kalah mak cik-mak cik.
"Awak... Saya ni otak tiga suku. Kalau belajar pun, belum tentu boleh jadi lima suku. Buang duit aje kalau hantar saya belajar."
"Aku tak suka dengar kau rendah-rendahkan diri macam ni! Kau tahu kenapa kau tak berjaya? Sebab kau tak ada keyakinan diri." Muhammad serupa nak marah aku.
"Saya bukan rendah diri tapi sedar diri. Sekolah pun sampai darjah 6 saja."
"Kalau kau tak cerdik, macam mana kau boleh jadi bisnes online?"
Aku terdiam.
"Awak tak kerja ke?" soal aku.
Tukar topik! Kalau bahas isu ni, sampai besok pun takkan habis.
"Ada dekat rumah ni. Tiba-tiba kena gastrik."
Aku yang tebaring, terus terduduk. Biasanya gastrik Muhammad teruk walau dia jarang kena. Setiap kali dia kena gastrik, aku sentiasa susah hati.
"Teruk ke? Awak okey tak?" tanya aku risau.
"Sikit aje. Baru nak kena. Itu pasal aku balik rumah cepat-cepat. Kejap lagi aku ambil kau makan tengahari."
"Kalau sakit, tak payahlah. Saya boleh masak aje dekat rumah."
"Tak payah! Nanti aku datang."
Degillah pak cik ni! Cakap aku langsung tak mahu dengar. Nak ikut kepala dia aje. Aku diam. Dia pun diam sama. Aku tak kisah pun sebab bukan bil aku yang naik kalau lama-lama bergayut.
"Kau rindu aku tak?"
Aku tergigit lidah. Sakitnya!
"Mahunya tak rindu! Saya hari-hari rindu awak!" kata aku jujur.
Dia ni pelik sungguh. Tak romantik tapi sentiasa buat hati aku berdebar lagi berbunga-bunga.
"Tak cakap pun aku tahu."
Ceh! Tadi dia yang gatal mulut bertanya.
"Awak rindu saya tak?" tanya aku pula.
Kalau Muhammad jawab 'ya', untung-untung aku sujud syukur sebulan! Dia takkan pernah nak jawab punya. Mulut dia penuh dengan emas gamaknya!
"Tak ada faedah pun aku nak rindu kau!"
Kan dah kata! Aku mencebik. Menyampah! Nak aku aje kata rindu dia tapi dia? Tak payah mimpilah...
"Apasal diam? Takkan merajuk pula?"
"Kalau saya merajuk pun, bukan awak nak pujuk."
"Tahu tak apa! Kalau dengan aku, baik kau simpan aje rajuk kau tu. Tak bawa ke mana pun."
"Saya pun pelik kenapa saya boleh sangkut pada pak cik ni."
"Itu sebab aura aku kuat. Sekali aku senyum, satu kampung anak dara orang cair. Tapi kau jangan risau sebab aku senyum pada kau sorang aje."
YOU ARE READING
Dia Setajam Kaktus (SUDAH TERBIT)
RomanceTajuk : Dia Setajam Kaktus Penerbit : Kaseh Aries Publication ISBN : 978-967-2035-30-5 Jumlah Mukasurat : 339 Harga : RM26 (Semenanjung) / RM29 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018