Sudah sebulan kematian abah. Alhamdulillah aku dah dapat teruskan hidup. Dan aku takkan pernah lupa setiap jumaat, baca yasin untuk abah. Nak melawat kubur, jauh. Muhammad tak galakkan aku keluar rumah selalu sebab tak berapa elok. Lainlah kalau hal kerja macam nak ambil stok barang-barang jualan atau pos barang-barang pelanggan. Itu tak kisahlah...
Kalau orang dengar, mesti kata Muhammad king control tapi bagi aku tak! Dia sangat menjaga aku. Aku tahu kenapa dia buat begitu dan aku pun tak kisah. Masa duduk dengan arwah abah pun, abah tak bagi aku keluar sesuka hati kalau tak ada kerja atau benda penting.
Tengahari, aku nak masak tapi dia tak bagi. Aku pun pelik. Takkan risau sangat sampai tak bagi aku memasak? Pelik sungguh dia! Ikutkan ajelah Iman. Nak bantah pun, aku malas nak bertekak dengan dia.
Tapi hari-hari makan luar, terseksa juga anak tekak ni. Sekali-sekala nak juga makan masakan sendiri. Aku bertekad. Kalau dah kahwin nanti, aku takkan bagi dia makan luar lagi. Biar perut dia buncit makan masakan aku aje.Aku rela!
"Asyik makan luar aje..." Aku merungut sambil menguis nasi. Tak ada selera. Tiba-tiba terasa nak mogok lapar pula. Tunjuk perasaan!
"Bukannya mati pun kalau makan luar."
Ada aje alasan yang dia bagi.
"Tapi dah jemu. Muak... Bukan sedap sangat makan luar!" Aku terus letak sudu.
"Habis tu, roti canai tu bukan makan dekat kedai juga? Bukan kau pandai buat roti canai pun apatahlagi menebar. Silap hari bula bertepek dekat muka."
"Roti canai tu lain!"
Muhammad mengeluh. Dia juga letak sudu.
"Kenapa buat perangai ni? Macam budak-budak!"
Dia jeling aku sambil capai tisu dan mengelap mulutnya.
"Kenapa nak bazirkan duit tiap-tiap hari makan luar? Kan saya dah cakap. Saya boleh masak untuk awak. Tiap-tiap hari pun tak mengapa. Awak cakap aje awak nak makan apa, saya boleh masakkan. Kalau saya tak pandai, cari aje resepi dalam internet. Berlambak..." Aku berpeluk tubuh.
"Makan ajelah... Nanti kalau kau sakit, aku juga yang susah."
Dia sambung makan. Itu yang aku pelik. Dia tak rasa muak ke hari-hari makan kedai?
"Tak muak ke makan kedai?"
"Dah biasa..."
Padanlah!
"Masa arwah ayah awak ada lagi, awak makan kedai juga ke?"
"Taklah... Ada upah orang gaji."
"Sekarang?"
"Dah kena buang."
"Habis tu, siapa yang kemas rumah? Takkan awak pula?"
Aku pandang dia atas bawah. Dia ada rupa kemas rumah ke? Dalam mimpi ajelah... Tak ada gaya langsung. Entah-entah, penyapu pun tak pernah pegang.
"Upah orang kemas rumahlah... Jangan banyak cakap lagi boleh tak? Makan!" Serupa marah aje tapi memang marah pun.
"Tak nak!"
"Ummu Aiman!" Nada suaranya dah naik. Serupa marah budak kecil.
"Tak ada seleralah..." balas aku geram. Muka aku masam habis.
Dia garu kepala.Mukanya juga sudah masam.
"Jangan buat perangai boleh tak?"
"Nak buat macam mana lagi? Tekak saya yang tak nak terima, apa boleh saya buat? Takkan nak paksa pula?"
YOU ARE READING
Dia Setajam Kaktus (SUDAH TERBIT)
RomanceTajuk : Dia Setajam Kaktus Penerbit : Kaseh Aries Publication ISBN : 978-967-2035-30-5 Jumlah Mukasurat : 339 Harga : RM26 (Semenanjung) / RM29 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2018