BAB 6

208 10 0
                                    

Muhammad datang jemput aku dan Absyar waktu jam menunjukkan pukul dua setengah petang. Dia ajak makan dulu sebelum pergi shopping. Aku setuju aje walau tak suka makan dekat luar.

Nak aje cakap 'tak mahu' tapi aku tak nak rosakkan angin dia. Tak pasal-pasal dia patah balik dan hantar aku ke rumah. Itu lagi baik. Buatnya dia berhenti tepi jalan dan suruh aku turun, macam mana? Dekat situ pun aku boleh tengok betapa kejamnya dia.

"Nak makan dekat mana?" Dia bertanya.

"Saya teringin nak makan roti nan."

Aku gosok leher. Bukan dah muak dengan roti canai. Roti canai tetap nombor satu tapi hari ni terasa nak cuba roti nan pula.

Muhammad gelak. Tiba-tiba aje dia gelak. Kelakar ke bila aku kata aku teringin nak makan roti nan?

"Dah kenapa awak ni?"

"Kau apa hal tiba-tiba nak makan roti nan? Nak kata mengidam, memang taklah... Kau tu bukannya sakit."

"Kenapa? Kalau saya sakit, saya selalu mengidam ke?"

"Buat-buat tanya pula dia. Memanglah! Baru sakit kepala sikit pun dah minta aku beli daging unta. Tak ingat?"

Aku garu kepala. Ya ke? Bila masa ya? Entah-entah dia temberang aje!

"Bohonglah!"

"Otak kau ni... Nampak sangat tercabut skru! Cepat betul kau lupa ya? Baru dua tiga bulan yang lepas kau sakit kepala. Lepas tu suruh aku beli daging unta. Mengalahkan orang mengidam."

Aku sengih. Baru ingat. Bila teringat balik, barulah aku tahu betapa mengada-ngadanya aku! Dan baru aku tahu, walau Muhammad tak romantik, tapi dia tahan dengan perangai aku.

"Perangai semula jadi sendiri pun boleh lupa ke?"

Aku sengih aje. Dia terlalu masak sangat dengan perangai aku sedangkan aku sendiri pun boleh terlupa dengan perangai mengada-ngada aku.

Sesekali Muhammad jeling Absyar yang sedang tidur. Biasalah... Budak baru dua bulan, memang tidur ajelah kerjanya.

"Baru aku perasan yang muka dia ada iras-iras muka kau," kata Muhammad tiba-tiba.

"Ya ke?"

Aku pandang Muhammad dengan teruja. Baru satu hari aku dan Absyar bersama, muka kami dah seiras? Biar betul Muhammad ni? Semalam pun aku perasan juga.

Dia angguk.

"Ada rupa awak tak?" tanya aku.

Dahi Muhammad sudah berkerut tak faham.Dia pandang aku yang duduk sebelahnya.

"Kitakan mak ayah Absyar..."

Aku sengih. Yang pasti bukan sengih miang.

"Kau kalau nak mengarut, nombor satu! Patut dapat piala anugerah pengarut nombor satu dunia!"

Menyindir!

"Terima kasih... Tak sia-sia saya berguru dengan Incik Google cara menjadi pengarut nombor satu dunia. Finally, dapat juga anugerah daripada Yang Mulia Pak cik Kaktus," sambut aku dengan gelak.

Tak payah terasa sebab jangan mimpi dia akan pujuk. Tak semena-mena aku rasa lengan aku kena pukul. Aku pandang dia dengan sisa tawa yang masih ada. Dia pukul lengan aku dengan kotak tisu.

"Gelaklah lagi kalau nak kena cubit," ugut Muhammad.

"Setakat cubit, apa barang? Baik terus bagi kiss atas dahi. Terlebih aula..."

Dia Setajam Kaktus (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now