Bab 1

1.1K 66 9
                                    

Usai upacara pembatalan air sembahyang dan sesi bergambar, Tengku Akhbar meraih jari jemari  Nur Ameenah dan digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan lagi jari jemari itu. Sesekali jari kasarnya bergerak mengelus perlahan jari manis Nur Ameenah yang bersarungkan cincin platinum yang baru disarungkannya sebentar tadi.

"Abang.." Meleret suara Nur Ameenah.

"Hurmm.." Tengku Akhbar menoleh, memandang wajah Nur Ameenah yang hanya separas bahunya itu. Kening dijungkit dengan senyum nipis bergayut di bibir. 

"Lepaslah tangan Meen ni. Tengok tu bonda dengan ayahanda duk tengok kita dari tadi." Nur Ameenah cuba merungkai tangannya dari genggaman tangan sasa Tengku Akhbar.

Makin lebar senyuman Tengku Akhbar. Wajahnya ditundukkan sedikit supaya kedudukan wajahnya sejajar dengan ketinggian Ameenah.

"Biy rasa biy tak nak lepas langsung tangan honey. Kalau boleh.. sekarang jugak biy nak angkut honey bawak masuk bilik."

"Hah?" Ternganga luas mulut Ameenah. Mata pula membulat dengan ayat tak bertapis suaminya.

"Pap!" 

Laju saja tangan naik menampar manja bahu suaminya.

"Kita kat masjid lagi ni, abang.."

Terhenti bicara Nur Ameenah bila telunjuk suaminya mendarat elok di bibirnya.

"Please, panggil biy. Not abang. Biarlah biy rasa istimewa sikit. Boleh?"

Pantas Ameenah mengangguk, laju. Seram sejuk sebenarnya dengan sisi romantik Tengku Akhbar yang dia tak pernah tahu sebelum ni.

Terus Tengku Akhbar larikan jarinya, dari bibir naik merayap ke pipi Ameenah yang bersemu merah. Dicubit sedikit. 

"Abang!" Terjerit Ameenah.

Lantas Tengku Akhbar bulatkan mata, seakan memberi amaran.

Nur Ameenah hanya membalas dengan senyum kelat, sedar kesilapannya menyebut perkataan 'abang' lagi.

"Sorry, biy." Ameenah membetulkan panggilannya membuatkan senyuman Tengku Akhbar semanis madu.

"Ehemm!"

 Deheman seseorang membuatkan Nur Ameenah dan Tengku Akhbar berpaling serentak.

"Ayahanda, bonda." Nur Ameenah menegur dan menundukkan mukanya tanda hormat sebelum tangan dihulur bersalaman dengan Tengku Ismail dan Engku Suriani.

"Tak sempat nak balik rumah dah ke? Sampai kat depan-depan masjid ni pun main cuit-cuit pipi?" Tengku Ismail memerli bersahaja. Makin merona pipi Nur Ameenah. Wajah ditunduk menekur ke lantai.

"Meen." Panggil Engku Suriani sambil menarik tangan menantunya supaya mengikutnya melangkah keluar dari pintu masjid.

"Kenapa bonda?" Soal Nur Ameenah sebaik Engku Suriani berhenti melangkah dan mata tua Engku Suriani merenungnya dalam.

"Tolong bahagiakan Akhbar. Hidup dia selama ni terlalu sunyi." Lagi sekali tangan Nur Ameenah dicapai. 

"Jangan sakitkan hati dia, dia dah banyak menderita disebabkan bonda."

"Insya Allah, bonda. Meen cuba. Meen akan usahakan untuk jadi isteri dan mummy yang baik pada anak-anak kami." Nur Ameenah ukir senyuman. Tangan Engku Suriani turut dielus, faham dengan perasaan Engku Suriani yang mahukan kebahagian untuk anak tunggalnya. Mana-mana ibu juga akan bereaksi sama seperti Engku Suriani.

"Hmm.. lega hati bonda bila dengar Meen cakap macam tu."

"Meen." Puan Zainab pula datang menegur anaknya yang ralit berbual dengan besannya.

Hati Berbunga Cinta (sudah terbit) Where stories live. Discover now