Bab 3

751 25 1
                                    

Tengku Akhbar melirik pada si isteri yang sedang menyisir rambut di depan cermin.

Nur Ameenah pula sengaja melengah-lengahkan kerjanya. Dari tadi dia memerap di ruang tamu. Melayan kartun. Ingatkan bila naik kat atas, Tengku Akhbar sudah terbuai ke alam mimpi. Rupanya telahannya silap.

Honey, come. Tengku Akhbar menggamit si isteri yang masih mematung di depan cermin solek. Apa yang disikat dari tadi pun dia tak tahu. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk perlahan, mengisyaratkan supaya Nur Ameenah duduk di situ.

Teragak-agak Nur Ameenah bangun. Dengan langkah perlahan, katil dipanjat dan duduk dilabuhkan di sisi suaminya. Mata hanya tertumpu pada jari jemari sendiri di atas riba. Resah, gelisah, berdebar-debar. Semua rasa itu bercampur baur. Jari jemari diramas sesama sendiri.

Tengku Akhbar mengerling si isteri di sisi. Cantik. Cantik tanpa selendang yang menutup mahkota isterinya. Lantas tangan sasanya diangkat dan disentuh helaian rambut yang ikal beralun itu.

"Cantik." Pujinya.

Nur Ameenah tidak beriak. Masih tekun merenung jari jemari sendiri.

"Kenapa honey diam?"

Nur Ameenah melirik sang suami di sebelah.

"Tak ada apa nak cakap."

"Kenapa duduk jauh sangat? Marilah dekat sini sikit. Honey tak payah takut, biy tak makan orang. Lagipun biy kan suami honey." Ujar Tengku Akhbar bila melihat kedudukan mereka yang berjarak. Boleh muat seorang lagi di antara mereka.

"Tak pa. Meen duk sini je."

Tengku Akhbar menarik nafas panjang sebelum punggungnya dianjak mendekati si isteri untuk merapatkan kedudukan mereka. Kini kedudukan mereka sangat dekat sehinggakan peha mereka rapat bersentuhan.

Lantas Nur Ameenah anjakkan tubuhnya, kembali menjauhkan dirinya daripada sang suami. Sungguh dia tak selesa. Jantung pula sudah berdegub lain macam. Rasa macam nak luruh pun ada.

Tetapi Tengku Akhbar kembali merapatkan kedudukan mereka. Tidak membenarkan ada jurang di antara mereka. 

Nur Ameenah mengensot lagi sampaikan dia hampir terjatuh dari katil kerana kedudukannya yang sudah berada di hujung katil. Namun Tengku Akhbar pantas bertindak dengan menarik pinggang si isteri rapat ke arahnya. Dipeluk erat tubuh si isteri.

"Hati-hati." Pesannya dan tangannya masih utuh pada pinggang Nur Ameenah.

Nur Ameenah terdiam seribu bahasa. Sedar salahnya. Dakapan hangat Tengku Akhbar membuatkan jantung yang berdegub kencang tadi kembali tenang. Hatinya juga terasa nyaman. Aroma dari badan kekar itu tak pernah tidak mempesonakan. Wangi dan maskulin sejak dari kali pertama mereka berkenalan. Dan telinganya juga dapat mendengar dengan jelas detak jantung Tengku Akhbar yang laju. Adakah Tengku Akhbar risau jika dia terjatuh?

Ya Allah.. perasaan apakah ini? Satu perasaan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini walau ketika bersama arwah suaminya dahulu.


******


"Honey.." Bahu si isteri yang berlapik dicuit dengan hujung jari.

"Honey!" Lagi sekali bahu si isteri digoncang. Juga berlapik.

Nur Ameenah masih lagi kaku tidak bergerak walaupun sedikit. Nafasnya juga teratur menandakan dia masih lagi lena.

Tengku Akhbar tersenyum segarit. Lantas dia menghamparkan sejadah dan menunaikan solat subuh dahulu. Selesai menunaikan solat subuh, lagi sekali dia mendekati si isteri yang masih meringkuk kesejukan di atas katil.

Hati Berbunga Cinta (sudah terbit) Where stories live. Discover now