Bab 6

733 20 0
                                    

"Mak rasa macam mana?"

"Macam mana apa lagi? Pergi jelah. Masuk kali ni dah kali ketiga kamu kahwin. Takkan lah nak mak ajarkan jugak."

"Hisyy.. mak ni. Meen ni berat hati nak tinggalkan Aryan. Tu je." Adu Nur Ameenah.

"Meen kena jugak tinggalkan si Aryan tu. Betullah tu cakap mak mertua kamu tu, suami ni nak kena jaga jugak. Buatnya si Akhbar tu carikan madu kat kamu baru kamu melopong masa tu." 

"Haihh.. mak. Dah lebih ni. Berani dia buat Meen macam tu, biar Meen kerat-kerat dia punya 'anu' tu mak."

Puan Zainab sudah ketawa di hujung talian.

"Haa.. tahu pun takut. Dah tahu sayangkan suami kenalah berkorban sikit. Bukan lama kamu pergi Belanda tu kan."

"Lima hari mak. Lama lah tu." Lirih suara Nur Ameenah. Bibirnya pula terjuih ke depan.

"Meen.. Meen.." kepala digeleng dengan telatah anaknya. Lantas ganggang telefon beralih tangan. Mariana yang menadah telinga di sisinya tadi, tak sabar-sabar nak bercakap.

"Lepas lima hari tu Meen balik kan. Gomollah si Aryan tu puas-puas." Mariana pula bersuara.

"Hurmmm.." Antara dengar atau tidak saja Nur Ameenah menggumam.

"Meen kena pergi. Tambat hati Akhbar kat sana. Dah masuk tiga hari kahwin kan. Bersama pun belum." Separa berbisik suara Mariana. 

Takut jika Puan Zainab mendengar. Nur Ameenah kerap menelefonnya dan mereka saling bertukar cerita. Dan satu cerita yang kurang enak didengarnya ialah adik iparnya itu masih belum 'bersama.'

"Alah.. baru tiga hari Kak Mar. Belum tiga bulan." Mudah Nur Ameenah menjawab.

"Hurmm.. kalau tiga bulan baik si Akhbar tu tak payah kahwin. Setakat dapat tengok je bukan ada faedah." 

"Kak Mar ni sama je macam mak."

"Habis tu nak Kak Mar cakap apa? Bela Meen sedangkan dah tahu apa yang Meen buat dan fikir sekarang ni salah? Meen.. Akhbar tu lelaki. Suami Meen lagi tau. Meen tu hak milik dia."

"Meen tahu. Tapi macam lah kat rumah ni tak boleh nak romantik-romantik. Kenapa sampai nak kena tinggalkan anak-anak? Meen tak sangguplah nak berpisah jauh dengan Aryan. Meen yang tak boleh. Meen tak mampu." 

"Meen belum cuba. Kenapa mudah sangat mengalah ni? Sampai bila Meena nak macam tu je. Honeymoon ni lah masanya Meen buka hati, lapangkan dada, terima Akhbar sepenuhnya."

"Nantilah Meen fikirkan. Dia pun tak pernah I love you kat Meen."

"Hurmm.. sekurang-kurangnya dari perbuatan dan tingkah laku dia, Meen dapat rasa yang dia sayangkan Meen kan?"

"Tak sama Kak Mar. Tak sama."

Mariana buang keluh. Susah bercakap dengan adik iparnya. Nur Ameenah ni boleh tahan juga keras kepalanya.

"Satu je Kak Mar nak pesan buat kali terakhir, jangan menyesal kalau Meen dapat madu nanti. Lelaki, dia punya fikiran tak sama macam kita. Perempuan ni bila dah dapat anak, asyik lebihkan anak. Sampai suami nak kena buat semuanya sendiri."

"Think, Meen. Think. Okeylah Kak Mar nak letak phone dulu, Aryan dah bunyi tu. Lapar agaknya. Assalamualaikum.." Sambung Mariana lagi dan talian terus diputuskan.

"Waalaikummusalam." Perlahan Nur Ameenah menjawab salam. Talian sudah dimatikan. Punggung dihempas kasar ke atas sofa. Sedikit sebanyak ayat terakhir kakak iparnya itu memang menggerunkan.


******


"Biy.." Meleret suara Nur Ameenah memanggil Tengku Akhbar yang ralit menonton televisyen. Ada perlawanan bola best malam ini.

Hati Berbunga Cinta (sudah terbit) Where stories live. Discover now