🍩Episode 21🍩

12.8K 642 29
                                    

Nisha sibuk ke hulur ke hilir memastikan semuanya tersusun seperti yang dirancang. "Nisha, cuba duduk diam-diam."

"Tak boleh, jeneral. Excited tau nak dapat bakal kakak ipar. Adik jeneral lawa sangat-sangat. Baik pun baik, manis sungguh orangnya."

"Terima kasih. Dia ada dekat bilik tengah siap tadi, ada isteri saya juga."

"Dah pergi tengok dah tadi. Konfirm tuanku tak keluar bilik malam ni, ulit dengan bini cantik dia tu."

"Ish, tak padan dengan umur dah cakap benda-benda tu."

"Suka hatilah, dah 21 tahun dah. Atas 18 tahun dah."

"Saya naik ke bilik tuanku jap. Nak pergi tengok dia." Jeneral Aimin malas melayan gadis itu.

"Nak ikut..."

Mereka berdua berjalan menuju ke bilik peribadi raja Yusri. Rasa kelakar pula, minggu lepas baru raja tu berjumpa dengan kak Aminah terus masuk meminang dan merancang untuk terus akad nikah. Tak nak tunang-tunang dulu. Terpegun dengan kecantikan dan kesopanan adik kepada jeneral Aimin. Baru dia tahu sebelum ni kak Aminah pernah tolak lamaran raja Yusri sebab terlalu muda, tapi mungkin sekarang ni kak Aminah yakin dengan perasaannya. Terus setuju menjadi isteri kepada abang angkatnya.

Mati-matilah si Nisha ni percaya raja Yusri cakap dia abang angkat papanya. Tapi, rupa-rupanya adik angkat dan umur raja Yusri baru 35 tahun dan kak Aminah umur 25 tahun. Memang bila dia tahu hal tu, dikejar raja tu satu istana. Berani-berani tipu dia. Haish.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Nisha..."

"Nisha?" Nisha terkejut melihat King, Wan dan Goal berdiri di dalam bilik raja Yusri. Malah, mereka dengan pasangan mereka sendiri.

Terkaku Nisha apabila tubuhnya dipeluk Wilya dan Meen. Dia turut menghamburkan air mata kerana terlalu rindu akan dua kakak kesayangannya. "Dekat sini kau menyorok?"

"Mana ada aku menyoroklah."

"Dah dah. Tak boleh menangis habis make up aku."

"Naturalnya make up kau. Tapi, sejak bila ni jadi perempuan ni?"

"Hahaha, tak guna. Aku perempuan je. Cuma dulu tak ada masa nak sentuh dan main make up-make up ni."

"Tulah, kau ah selalu nak pegang pedanglah, apalah."

"Haish bebel pula makcik dua orang ni."

"Rindu kau, tu yang kami berdua bebel. Kan, Wilya?"

Wilya mengangguk sokong. Meen tersenyum suka kerana ada geng.

"Wan, Goal, King apa khabar?" Gadis itu cuba menahan perasaannya.

"Sihat. Makin cantik kau sekarang." Puji Goal.

"Wow, Goal sejak bila bermanis mulut ni. Kau pun apa kurang hensem, sangat padan dengan Wilya. Comel."

"King, tahniah atas pertunangan dengan puteri Terabithia. Selamat datang ke kerajaan Yesrida, tuan puteri."

"Terima kasih. Panggil sahaja saya puteri Bella."

"Sekejap ya, saya nak bercakap dengan Nisha." Nisha hanya mengikut langkah raja Yusri tapi matanya tak alih dari melihat tangan puteri Bella melingkar di lengan King. Malah, puteri itu juga menyarung cincin yang pernah diberi King.

"Nisha, look at me. Nisha. Nisha."

"Huh? Hah, ya Nisha tengah tengok. Kenapa?"

"Ok tak?" Raja Yusri memusingkan badannya.

BADBOYWhere stories live. Discover now