🍩Episode 3🍩

17.3K 904 29
                                    

Nisha sedang baring ditengah-tengah court basketball. Entah macam mana dia boleh tertidur dekat situ. Wilya juga tiada disamping Nisha.

"King, budak-budak dah pandang lain macam dekat Nisha." Bisik Wan. Mana tidak, gadis itu hanya berseluar pendek dan singlet sukan. Badan pula basah dengan peluh. Tidur pula sedap baring macam atas katil. Punggung yang melentik tu buat lelaki-lelaki tak puas pandang.

King mendekati Nisha. Sweater sukannya dibuka lalu diselimut menutupi tubuh Nisha. Bahu digoyangkan, "Nisha... Nishaa."

"Wil, sekejap je. Aku mengantuk. Please..." suara manja Nisha seperti menggoda King. Nasib baik King ni jenis iman kuat walaupun digelar playboy dan badboy.

"Wan, kau start dulu. Aku bawa minah ni jap."

"King kau nak bawa mana. Share sikit." Kata Kevin salah seorang ahli basketball team lelaki.

"Kevin, kau jangan nak macam-macam. Wan ganti aku, so dengar arahan dia." Tegas suara King. Kevin terus mengundur. Kalau melibatkan King jangan ambil remeh, kalau tidak sia-sia sahaja hidup.

"Haish, kau ni budak kecik." Geleng kepala King apabila Nisha tidur lansung tidak sedarkan diri. Kalau bom jatuh sebelah pun mesti tak sedar.

Tubuh Nisha dibaringkan diatas katil dalam bilik rawat. Nasib baik tiada sesiapa kerana sudah tamat waktu sekolah. Malah, pegawai perubatan juga lebih bertugas di bilik medik berdekatan stadium Academia kerana kebiasaan waktu sebegini dihabiskan dengan latihan sukan oleh atlet-atlet Academia.

King berani membelai pipi Nisha. Nisha yang tidak sedar dengan kelakuannya menarik tangan King. Pipinya digesel-gesel pada tangan King seperti seekor kucing yang suka menyendeng pada orang meminta perhatian. "Kucing Parsi, itu gelaran kau."

Nasiblah Nisha dapat gelaran daripada King. King melabuhkan badannya disebelah tubuh Nisha. Terkaku King apabila Nisha memeluk tubuhnya seperti sedang memeluk bantal. Terkumat-kamit mulut jejaka itu membaca jampi agar dia tidak membuat perkara-perkara pelik kepada Nisha.

🍩🍩🍩

"Masya Allah, jangan tengok." Terkejut Wilya apabila Wan tutup matanya secara tiba-tiba.

"Ish, kau ni dah kenapa?" Tangan Wan cuba ditarik tapi tidak boleh.

"Wan.... kau ni kenapa? Aku tak nampak apa-apa ni."

"Gelapkan?"

"Eh tak lah, terang. Terang sangat sampai silau mata aku dibuatnya. Gelaplah, gila."

"Jangan risau, aku akan jadi cahaya kau. Cia cia cia."

"Tak kena dengan masa, Wan. Turunkan tangan."

"Ok. Ok. Ok."

Wilya menekup mulut. Terkejut. What the hell?! Tak pernah dibuat Nisha berperangai begini. Ya Allah, seliar-liar Nisha dia tak akan tidur dengan lelaki.

"Nisha... Nisha kenapa kau buat macam ni... Kalau babah dengan ibu tahu. Nisha....." Wilya dah terduduk di atas lantai bilik rawatan. Air matanya mengalir laju.

"Nisha apa aku nak cakap dengan babah dengan ibu." Wan dah garu kepala yang tidak gatal tengok perilaku Wilya.

"Wil, kau ni dah kenapa?" Nisha gosok matanya. Bingit telinga dengar Wilya merengek macam budak-budak sambil teresak-esak.

"Eh aku dekat mana ni?"

"Dekat bilik rawatan." Jawab Wan tapi matanya tak lepas daripada memandang Wilya. Lantas, dia duduk mencangkung depan gadis yang menangis itu.

"Aku nyaris mati ke, Wan?"

"Nisha!!! Jangan main-mainlah."

"Eh, aku main-main apanya. Kau yang buat perangai melalak macam aku dah masuk liang lahad ni kenapa?"

"Kau bukan masuk liang lahad dah, neraka terus dah kau ni." Selamba Wilya cakap begitu. Wan pula takut-taku menyapu air mata Wilya dengan sapu tangan miliknya.

"Ish, korang ni bisinglah!"

"King! Macam mana kau dekat sini? Eh kenapa kau tidur sebelah aku? Apa kau buat dekat aku? Aku kena rogol ke? Wil!!!"

Pula sudah dua perempuan ni. Haish, macam budak tak cukup umur betul. Nisha pandang Wilya yang dilantai, Wan yang mencangkung dan King yang melemparkan senyuman maut dia. Kemudian, dia memandang diri dia. Tangannya merangkul pinggang King, kepalanya terbaring di atas dada King yang tidak berbaju. Terpantul wajahnya pada cermin yang tergantung dalam bilik rawatan. Messy hair yang nampak macam bed hair, tali strip bra dan singletnya yang melurut ketepi, ditambah pula dengan ruam-ruam merah disekitar lehernya.

Ok, dia dah tahu apa punca Wilya berdrama Queen. Terus dia bangun dari katil beriak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sweater dizip keatas melindung tubuhnya. Nisha bergerak kearah kipas dan menekan punat 3. Badannya yang tadi berpeluh, sejuk. Ruam juga semakin menurun. Susah bila ada kulit sensitif ni, keluh Nisha.

"Now, you get the anwser?" Tanya King.

"Dah."

"Wil, jom balik." Nisha menarik tangan sahabatnya keluar dari bilik rawatan.

"Kau buat apa, King?"

"Enjoy my sleep." Jawab King sambil ketawa.

"She's too cute to handle." Wan mengangguk mengiyakan kata King.

"Amacam latihan tadi?"

"Penat juga handle Kevin. Sempat juga aku mengamuk. Beriya sangat dia nak cari tahu mana kau sorok Nisha."

"Aku tanya pasal latihan, bro."

"Latihan semua berjalan baik. Kau hati-hati Kevin tu pernah tertangkap nak kendurikan Nisha." Beritahu Wan.

"Aku tak tanya pun."

"Ok, saja sharing. Sharing ia caring. Caring is loving."

"Wan, kau ni memang padan sangat dengan Wilya. Kahwin je lah korang dua."

"One day, bro. One day."

Kedua-dua jejaka itu keluar dari bilik rawatan. Kevin yang berada disebalik tembok, menumbuk dinding kasar. Sekali lagi, Nisha terlepas daripada tangannya. 'One day, you will be mine, Nisha.'

🍩 Done ~ Episode 3🍩
Hahaha. Aduhai, kelakar pula tengok si Wilya. Nisha rilek buat muka innocent. Comel lah dua orang ni.

Wan ni gentleman kan? Takut-takut je nak mengorat Wilya tapi dalam masa yang sama cia cia cia juga tu.

Hope you guys love this story.

Jangan lupa vote dan komen tau.

BADBOYWhere stories live. Discover now