🍩Episode 26🍩

13.5K 606 15
                                    

"Nisha nak pergi Terabithia."

"Tapi, Nisha kata nak pergi Ferdorial. Kenapa pula tukar fikiran nak ke Terabithia?"

"Tuanku, kita kena juga berdamai dengan Terabithia. Sampai bila kita nak bermusuh dengan mereka. Lagipun, raja Terabithia abang kepada mama."

"Abang tiri, Nisha. Abang tiri."

"Nisha tak rasa yang raja Terabithia yang bunuh mama. Mesti ada siapa-siapa yang menggunakan nama raja Terabithia."

"Habis tu siapa? Nisha rasa siapa? Jangan tuduh orang sembarangan Nisha."

"Yes, I know that. Tapi, masalahnya mama dan raja Terabithia sangat baik dan rapat."

"Harta, duit dan emas mampu membutakan hati dan perasaan manusia. Raja Terabithia ialah seorang yang tamakkan harta dan pangkat."

"Nisha tetap ingin ke Terabithia."

"Kalau King tahu, King akan mengamuk dan tak benarkan Nisha ke sana lansung."

"Nisha akan ke sana dengan King, Wan, Goal, Wilya dan Meen."

"Jangan handurkan daerah Streisand, Nisha. Kamu nak angkut putera Ferdorial dan puteri Galaxia? For what? Nak berikan tanah Streisand kepada Terabithia macam tu sahaja!"

"Tuanku, kerajaan Streisand mungkin tiada rezeki untuk kembali. Tapi, Nisha yakin jika kita berdamai dengan Terabithia, kerajaan dalam daerah Streisand akan kekal aman dan selamat."

"Jangan jadi tamak, Nisha."

"Nisha tak tamak. Nisha cuma nak tunaikan impian arwah mama."

"Impian apa? Apa yang Nisha merepek ni?!"

"Nisha, kekanda. Cuba bawa berbincang elok-elok. Kalau bergaduh tiada apa yang akan dapat." Aminah cuba mencelah. Dua manusia yang berada di depannya ini memang lembut tapi boleh tahan degil. Keras kepala masing-masing.

"Kak Aminah, tolong pujuk raja Yusri. Biar Nisha pergi. Percayalah, Nisha rasa ada something wrong somewhere di Terabithia. Lagipun, kami juga boleh iring puteri Bella untuk kembali ke kerajaannya semula."

"Biar dia balik sendiri."

"Haish..."

"King, Goal, Wan masuk."

"Yusri kenapa perlu involve tiga monyet ni. Kita tak habis bincang lagi!" Bengang Nisha apabila plan nya dihancurkan oleh raja Yusri.

"Aminah, awak keluar sekejap. Saya ada urusan penting dengan mereka." Aminah  berat hati ingin meninggalkan Nisha sendiri. Dia tahu pasti gadis itu akan ditembak dengan pelbagai soalan dari keempat-empat jejaka itu.

🍩🍩🍩

"What is going on here? Kenapa tiga ekor monyet ni tak boleh masuk campur? Perbincangan apa yang hangat sangat dekat sini?"

"Nisha nak pergi Terabithia." Senada sahaja raja Yusri memberitahu.

"Wo! No way!"

"Kau gila ke nak pergi sana, Nisha?"

"Gali kubur sendiri ke nak ke sana?"

"Ergh, satu je. Korang nak ikut, ikut. Tak nak, aku pergi seorang."

"Nisha, wait." King memegang lengan Nisha.

"Aku akan ikut kau, dengan syarat."

"Syarat apa? Lepaskanlah tangan aku."

"Marry me."

"King, you're not helping."

"Kalau kita kahwin, aku akan ikut kau dan automatically Goal dan Wan pun ikut sekali."

BADBOYWhere stories live. Discover now