🍩Episode 4🍩

16.8K 823 27
                                    

"Wil... Kau still nak teruskan sesi mogok ke?"

Wilya senyap. Matanya fokus pada PSP yang ada pada tangan.

"Wil... Aku tak buat perkara terkutuk pun denga King. Just baring je."

"Memang ah, mula-mula baring, lepas tu apa pula?!" Uish, marah betul Wilya.

"Kau ni pun, tu first time kan lelaki rapat macam tu dengan aku. Sebelum ni kau je dengan aku berkepit ke sana ke mari. Sampai ada cakap kita pasangan lesbianlah. Sumpah aku tak sedar bila aku ada dalam bilik rawatan."

"Main dengan sumpah."

"Wilya, Nisha." Ibu panggil lembut dari luar pintu.

"Ya, ibu."

Terjengul kepala ibu. "Ibu nak masuk boleh?"

"Masuklah, ibu."

Kedua-dua anak perempuan itu memandang ibu mereka tanpa berkata apa-apa.

"Ibu, dengar anak ibu dua orang ni bergaduh. Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Wilya ni, dia tak nak percayakan Nisha. Nisha dah jelaskan perkara tu memang berlaku dalam keadaan Nisha tak sedar. Sungguh. Tapi, dia tak nak percaya."

"Wil, geram. Wil tak nak perkara yang dulu berlaku lagi."

"Perkara yang mana?" Ibu bertanya.

"Waktu Kevin cuba rogol Nisha. I don't want that to be happen again."

"Tapi, King bukan macam tu." Nisha meyakinkan Wilya. Dia pun tak sukakan King tapi itu tak bermakna dia akan jatuh hukum terus mengatakan lelaki itu jahat seperti Kevin.

"King? Do you mean King anak raja Ferdorial, Nisha?"

"Yes, ibu." Jawab Nisha dan Wilya serentak.

"King tu baik budaknya. Walaupun media-media kata dia badboy, playboy, budak nakal tapi kalau kamu kenal, dia sangat baik. Malah, King seorang lelaki yang hormatkan perempuan. Cuba kamu tengok cara dia melayan puteri-puteri kerajaan lain sewaktu dalam majlis."

"Ibu, kami tak pernah masuk Istana Ferdorial."

"Lupa pula. Tapi, korang berdua pernah tengok majlis istana live dari rancangan Royal News."

"Nope, sorry not interesting, ibu."

"Haish, anak ibu dua orang ni. Babah kerja dalam istana nak dekat 10 tahun lebih tetapi kamu berdua tak pernah masuk dalam istana."

"Because we're not the princess."

"Yeay, but both of you are my princess in my heart." Ibu mencium ubun-ubun Nisha dan Wilya. Babah yang baru masuk memeluk pinggang ibu.

"And ibu is the queen of babah's heart."

"Sweetlah babah." Wilya dan Nisha seronok melihat ibu dan babah mereka yang memang sweet couple ever. Tak pernah malu tunjuk cara mereka mencintai satu sama lain.

"It's bed time, Wilya, Nisha."

"Ok." Keluarga itu keluar daripada bilik teater. Ibu mengiring Wilya ke bilik tidur, manakala babah mengiring Nisha ke bilik tidur.

"Esok minta penjelasan daripada King dengan Wan untuk know the truth." Bisik Nisha ke telinga Wilya sewaktu mereka peluk.

Wilya merupakan anak susuan dan anak angkat dalam keluarga Nasha sejak umur 5 tahun. Sebab itu jika kemana-mana pasti Nisha akan berdua sahaja dengan Wilya. Dia menganggap Wilya seperti kakaknya sendiri.

Nisha sangat seronok apabila dia tahu, dia mempunyai seorang kakak. Sekurang-kurangnya, dia tidak bosan lagi bermain di rumah seorang. Babah merupakan seorang ketua jeneral perang kerajaan Ferdorial dan ibu pula ketua dayang dalam istana Ferdorial.

BADBOYWhere stories live. Discover now