🍩Episod 20🍩

12.9K 626 21
                                    

Engku Nasharina dan Engku Syed Sahar merupakan raja dan permaisuri kepada kerajaan Streisand sekaligus menjadikan mereka sebagai ketua daerah Streisand yang berdiri diatas puncak pimpinan lima kerajaan iaitu, Ferdorial, Galaxia, Asgard, Wanderq dan Yesrida.

Tetapi, disebabkan pihak musuh iaitu kerajaan Terabithia dari daerah lain ingin mengusai Streisand maka telah mewujudkan peperangan diantara dua kerajaan itu dan telah mengorbankan raja dan permaisuri Streisand. Malah, kerajaan serta bandar maju Streisand telah lenyap pada hari itu kerana wujudnya tali barut dalam pimpinan kerajaan itu sendiri.

"Jeneral, mengantuklah. Sejarah ni dah ulang banyak kali tau. Setiap kali pergi ke Galaxia, Ferdorial, Asgard dan Wanderq termasuk dekat sini dah lima kali Nisha disumbat dengan benda ni."

"Sejarah mengajar."

"Mengajar supaya tidak berlaku kesilapan yang sama semula. Nisha tahu. Didikan dari jeneral-jeneral dan semua raja dalam daerah ini pasti Nisha akan mampu elakkan perkara ini semua."

"Nisha kamu memang pandai macam mama dan papa kamu." Jeneral Aimin mengusap lembut kepalanya. Tersenyum senang Nisha. Hidupnya di Yesrida sudah dua tahun lebih tidak lansung membosankan, malah banyak perkara yang telah diajar oleh jeneral Aimin dan raja Yesrida kepadanya. Baru dia tahu bahawa raja Yusri ialah abang angkat kepada papanya. Walaupun, sudah berumur tapi wajahnya tidak lansung dimamah usia. Kira raja Yusri ni hot uncle la. Hahaha.

Pernah sekali dia mengikuti raja Yusri ke pekan Yesrida berebut-rebut anak dara Yesrida ingin melihat wajah kacak hot pakcik seorang ni. Balik tu memang dia sakat habis raja itu. Sudah berumur tapi masih belum punya pasangan hidup.

"Nisha!!!"

"Tuanku! Apa memanah target dekat Nisha?"

"Maaf, saya ingat hendak cuba sahaja. Lama tinggalkan aktiviti satu ini."

"Ish, kalau Nisha mati macam mana?"

Terkaku Nisha apabila dipeluk oleh raja Yusri begitu. Matanya memandanga mata jeneral Aimin yang terbeliak luas. "Apahal?" Tanya Nisha tanpa bersuara kepada jeneral itu.

Jeneral Aimin mengangkat bahu tak tahu apa-apa. "Erk, tuanku."

"Maafkan saya, saya cuma tak suka apa yang Nisha cakap. Serius saya tak ada niat lansung nak panahkan pada Nisha. Lebih baik saya panahkan cinta, boleh juga mengena."

Nisha diam. Lepas tu, terhambur ketawanya yang agak sumbang. "Pandai pula bergurau tuanku ni. Marilah kita ke padang, dekat sana lagi sesuai untuk melakukan aktiviti ini."

"Jom, Aimin." Mereka bertiga jalan seiring dan Nisha memilih untuk jalan disebelah jeneral Aimin. Makin lama kenal raja Yusri ni, makin pelik pula.

"Nisha, raja Kyle ada hubungi saya semalam."

"Oh ya, ada apa-apa yang berlaku di Ferdorial ke?"

"Puteri Terabithia datang melawat dan raja Ferdorial cuba melamar puteri itu menjadi isteri kepada puteranya."

"Terabithia? Kenapa tiba-tiba? Kenapa benda ini tak bincang dengan saya?!"

"Sabar, puteri Terabithia hanya datang bersama dayang dan pengawalnya dua orang. Puter itu hanya ingin melawat kerajaan raja Kyle."

"Putera Indera Shah terima kata ayahandanya?"

Raja Yusri mengangguk. "Mereka sudah pun mengikat tali pertunangan semalam."

"Pertunangan?" Nisha terhenti. King terima pertunangan yang diatur raja Kyle.

"Nisha, awak okay? Muka awak pucat."

"Maaf, tuanku, jeneral Aimin. Saya penat. Jumpa esok. Makan malam ni saya tak turun." Nisha pusing. Kakinya perlahan-lahan melangkah menuju ke bilik.

"Saya cintakan awak."

"You're my girl."

"I love you, Nisha." Terngiang-ngiang ayat yang pernah dilafaz oleh King kepadanya.

"How could you? How could you?!" Nisha menangis.

🍩🍩🍩

"Tuanku, kenapa tuanku perlu tipu Nisha tentang pertunangan raja Indera Shah?"

"Ini arahan daripada raja Kyle. Dia tak nak Nisha lemah dengan cinta. She need to be strong, cukup sahaja Nasha mengorbankan nyawanya untuk raja Sahar sebelum ni."

"Tapi, permaisuri Nasha korbankan nyawa dia sebab tidak mahu Streisand kehilangan raja mereka. Malah, dia juga telah berjaya lahirkan Nisha sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir."

"Jangan cakap lebih Aimin. Aku tahu kita kawan tapi kau ada limit untuk bersuara."

"Aku akan bersuara selagi apa yang aku suarakan itu benar. Kalau Nasha tidak mengorbankan nyawanya untuk raja Sahar pasti Nisha tidak sempat melihat dunia. Aku yakin, gadis muda itu ada potensi. Potensi untuk mengembalikan semula Streisand. Bendera kerajaan Streisand akan kembali mengibar. Percayalah!"

"Waktu itu dia tidak perlu takut jika dia kehilangan raja Indera Shah. Perasaan itu akan mati sedikit demi sedikit."

"Kau tidak tahu apa makna cinta. Cinta Nisha kepada raja Indera Shah terlalu kuat. Semakin lama dia pendam rindu itu, semakin kuat cinta dia pada putera raja Ferdorial."

"Aku tahu kau tidak sokong tindakan raja Kyle. Kau tersepit kerana dia telah mengganti kuasa arwah raja Sahar. Jadi, aku harap jangan disebabkan kau rasa tersepit Nisha juga terlibat."

"Biarlah, waktu jika ada jodoh dan takdir diantara mereka pasti mereka akan bertemu juga. Buat masa ni, aku tak nak Nisha berkhayal dengan perasaan."

"Hah, kau sahaja tidak nampak gadis itu mampu membezakan antara tugasnya sebagai tuan puteri dan kehidupan peribadinya sebagai seorang gadis biasa."

"Dah, bergaduh disini bukan datangkan apa-apa. Aku nak memanah, jom."

"Yusri, kau ada hati ke kepada puteri Sahar?"

"Mungkin. Aku tak tahu. Aku keliru dan buntu. Sikapnya. Kesenangan dia mengisi kehidupan aku, sedikit sebanyak mengusik hati ni."

"Dia terlalu muda, cari orang lain. Lebih ramai diluar sana mencintai kau."

"Tapi, berbeza dengan Nisha."

"Bayangan Nasha ada pada Nisha. Kau rindukan permaisuri Nisha yang kau anggap seperti kakak. Aku rasa kau hanya sayang dia ibarat abang dengan adik. Sebab tiada degupan jantung sangat melihat Nisha."

"Bagaimana kau tahu cinta itu hanya melalui degupan?"

"Sebab hanya dengan degupan selaju ini saat aku teringatkan isteri aku di rumah."

"Wow, mungkin kau betul. Adik kau masih menolak lamaran aku ke, Aimin?"

"Tidak mengalah kau ya. Aminah masih dalam belajar di universiti. Lagi, setahun dia akan pulang."

"Waktu itu aku akan ikat tali pertunangan. Nisha kata aku mungkin akan kenal cinta selepas nikah."

"Point tu aku setuju. Jom, adik ipar."

"Aku masih raja ya walaupun jadi adik ipar kau sekalipun." Pecah ketawa jeneral Aimin. Rasa lega apabila tiada batas diantara dia dan raja Yusri sahabatnya  sejak kecil.

🍩Done ~ Episode 20🍩
Fuh, sesak tulis bab ni. Nak susun plot biar sedap, punya payah. Hahaha. Agak-agak entry kali ni 👍 tak? Ke 👎?

Jangan lupa vote dan komen tau.

Sayang hangpa semua. 😘😘😘

Ada yang nangis ke? Ke boring? Kenapa Aisy rasa entry ni biasa-biasa je, ke perasaan je.

Aisy minta maaf kalau story ni tak menepati citarasa korang.

Keep supporting me.

Love, CKK.

BADBOYWhere stories live. Discover now