🍩Episode 30🍩

14.3K 633 12
                                    

"Nisha, welcome back. Macam manalah kau boleh handle majlis Bella hari tu? Aku yang hadap dua hari tanpa kau rasa macam dua tahun buat semua ni. Nasib baik Wan dan King tolong aku apa yang patut. Kenapa kau balik lambat? Dengar cerita kau singgah Asgard, what happen?"

"Tadaaa, aku angkut abang Vincent. Kalau kau ingatlah, dia ni yang ajar kita martial arts guna buluh. Waktu umur berapa?"

"Umur abang waktu tu 17 tahun dan korang waktu tu 10 tahun. Ingat tak?"

"Sorry, abang Vincent. Wilya memang tak ingat lansung."

"Tak apa."

"Abang Vincent ni putera raja Asgard."

"Tuanku." Wilya terus tunduk hormat. Selamba pula dia bercakap biasa dengan orang besar.

"Eh, tak perlu. Nisha ni sengaja sahaja kenakan kamu. Panggil abang Vincent je."

"Ok, ada apa abang Vincent datang sini?"

"Tu rahsia dan surprise. Semua mana?"

"Ada dekat dewan. Sekarang nak settlekan guest punya seat sahaja."

"Jomlah kita ke dewan." Mereka bergerak menuju ke dewan.

🍩🍩🍩

"Wilya, siapa mamat tu?"

"Kau tak kenal ke, King?" Celah Goal.

"Macam pernah nampak or jumpa. Tapi, aku tak ingat."

"Senior kita kan dekat Academia dulu. Popular juga. Dia putera raja Asgard tapi sekolah di Academia atas arahan raja Asgard sendiri. Dia sempat ajar kita martial arts."

"Entah lah aku lupa. Siapa dia rapat-rapat dengan Nisha? Gelak-gelak, tepuk tampar."

"Bunyi ada orang jealous lah..." Usik Meen.

"Diam, Meen."

"You tengok King ugut I." Manja Meen mengadu sambil memeluk lengan Goal.

"Haish you ni, orang tengah panas berapi yang you pergi curah minyak kenapa?"

"Alaaa, I gurau je."

"Jom, kita pergi jumpa Kelly tengok baju wedding kita macan mana."

"Meen, nak pergi mana?"

"Oh, Nisha. Aku dengan Goal nak pergi tengok baju sekejap."

"Kelly ada dekat sana?"

Meen mengangguk sambil mengerut dahi. "Kau nak tayang boyfriend baru kau ni ke?"

"Haah, biar dia panas."

Terkejut Nisha apabila tangannya ditarik. Dia yang memang blur ikut sahaja langkah yang menarik dia.

"Sorry abang Vincent. Adalah tu King nak bincang something dengan Nisha." Wilya memainkan peranan menghilangkan situasi janggal.

"Eh, tak mengapa. Abang faham. Budak muda. Kita tunggu dua orang tu bincang sekejap lepas tu baru jumpa Kelly."

"Ok." Mereka menyambung kerja di dewan. Vincent membantu apa yang patut mengikut arahan Wilya.

🍩🍩🍩

"Kau ni kenapa tarik aku?"

"Diam."

"Apa masalah kau?!"

"Nisha, aku suruh kau diam!"

"Eh, suka hati aku lah. Mulut aku, aku punya pasallah nak bercakap atau diam."

"Nisha." King mencantumkan dahinya dengan dahi Nisha. Hidung mereka berlaga dan akhirnya bibir itu bersatu.

"Emph, Ki... King!" Dada King Nisha tolak kasar.

BADBOYWhere stories live. Discover now