🍩Episode 7🍩

15.4K 802 24
                                    

Wilya tersedar dari tidur. "Auch." Kepalanya terhantuk dengan dagu Wan.

"Eh..." Tubuh Wan ditolak Wilya jatuh dari tilam.

"Kau buat apa dekat aku?"

Wan bangun dan melekapkan tangannya pada dahi Wilya. "Good, demam kau dah kebah."

"Aku tanya kau buat apa dekat aku, Wan?"

"Kau rasa apa yang aku buat dengan kau?" Wilya kebelakang apabila Wan lagakan hidung mereka.

"Aku lapar."

"Sekejap, aku suruh dayang istana bawakkan bubur."

"Kau siapa nak arahkan pekerja istana untuk turutkan arahan kau?"

"Anak angkat kesayangan tuanku Raja Ferdorial."

"Ceit, perasan."

"Suka hatilah kau nak percaya ke tidak."

"Tapi, kau anak menteri kerajaan Ferdorial. Mana mungkin kau jadi anak angkat kepada tuanku Raja Ferdorial."

"Aku kenal dengan King dari zaman tadika lagi. So, memang Raja Ferdorial sekeluarga dah anggap aku dengan Goal sperti keluarga mereka sendiri."

"Ooh."

"Tok! Tok!" Ketukan dari luar menghentikan perbualan mereka berdua.

"Masuk." Wan memberi kebenaran.

"Tuan Wan, ini bubur yang tuan pesan."

"Terima kasih. Awak boleh keluar." Dayang itu menunduk hormat lalu meninggalkan Wan dan Wilya berdua.

"Buka mulut kau, aku suap."

"Aku boleh makan sendiri."

"Aku tahu. Tapi, aku nak juga suap kau." Wilya cuba mencapai sudu dalam mangkuk bubur tapi sempat Wan bawa jauh mangkuk itu.

Wan bangun menuju ke baju sekolahnya yang tergantung. Tali leher sekolah diambil. Mangkuk bubur itu diletakkan semula ke atas dulang.

"Kau nak buat apa dengan tie tu?"

"Genggam tangan kau." Wilya menurut. Tersengih Wan apabila gadis comel ini mengikut sahaja katanya walaupun sedikit degil.

"Ketat?"

"Kenapa kau ikat tangan aku?"

"Supaya kau tak melawan dan aku boleh suapkan kau. Tadah tangan, aku nak baca doa makan."

Tapi, Wilya membekukan diri. "I don't mind if kau nak suruh aku baca doa malam pertama." Bisik Wan lembut dengan senyuman sinisnya.

"Wan!!!"

"So, tadah tangan cepat." Wilya terpaksalah turut kata Wan. Bukan boleh agak Wan ni. Dah lah tangan dia kena ikat dan dia pun diatas tilam. Haish, rasa bodoh sekejap pergi hulurkan tangan tadi.

Wilya hanya membuka mulut setiap kali disuakan bubur. Lembut sahaja Wan melayan dia. Dia asyik memandang Wan. Wan pula yang sedar dirinya dipandang semakin rasa panas pipinya. Terkejut bila tapak tangan Wilya memegang pipi dia.

"Kau ok tak, Wan? Pipi kau merah dan panas. Demam sebab berjangkit dengan aku ke?"

"Mana ada. Ni telan ubat. Aku keluar sekejap." Tali leher yang diikat dibuka. Wan meletakkan dua biji ubat di tangan Wilya. Terus dia keluar dari bilik tamu. Mukanya dikipas-kipas. Jantungnya bagai dilambung ombak. Nafas dia sesak.

Rasa nak digomol sahaja muka innocent princess dia tadi. Haish, nasib baik iman kuat.

"Kau dah kenapa?" Goal menepuk bahu Wan dari belakang.

"Goal, kau ni buat aku terkejut je."

"Mak ai, merahnya muka kau. Kau buat apa dekat dalam dengan Wilya? Hah...."

"Eh, kau jangan nak fikir bukan-bukan ya. Aku tak buat apa-apa pun!"

"Chill lah, sakat sikit pun nak marah. Atoto merah dah muka abang Wan kita ni."

Wan tarik kepala Goal dan disekehnya. "Sakitlah, bangang!" Jerit Goal.

"Korang buat apa ni?" Tegur King dari jauh.

"Wan, dia kan..."

"Dia apa?"

"Dia kan..." Goal cuba mengenakan King pula.

"Dia apa, gila?!"

"Tuanku, bahasa." Goal sengaja.

"Dia dengan Wilya kan.. Emphhh. Emphhhhh. Wey aku tak bernafas. King tolong aku." Wan menekup mulut Goal. Goal ni kalau bab kaki putar belit memang legend. So, lebih baik di diamkan dulu.

King menarik kolar leher baju Wan. Kebelakang lelaki tu dibuatnya. "Hah, beritahu aku. Apa yang dia buat dengan Wilya? Kau jangan macam-macam Wan. Aku yang kena jawab dengan Nisha kalau kena apa-apa dekat kakak kesayangan dia."

"Aku syak kan, dia buat benda naughty dengan Wilya. Muka dia merah gila tadi keluar dari bilik tamu."

"King, sumpah aku tak buat apa-apa."

"Habis tu, kau buat apa dengan tie sekolah? Kau ikat Wilya yea, lepas tu kau." Goal dah buat gaya cium.

"Aku tak buat benda tu lah gila!" Pecah ketawa King dengan Goal bila tengok wajah Wan kembalik merah.

"King, macam mana dengan Nisha?" Goal kembali serius.

"Dia dah ok. Tadi, luka dia terkoyak sedikit. Kau dah dapat tahu si jantan keparat tu guna apa kelar pergelangan tangan Nisha?"

"Daripada apa yang aku tengok kelaran tu bersih dan tak mungkin Kevin gunakan kaca. Aku rasa, dia gunakan pisau. Berkaitan dengan pintu kelas 5 Sains, dah dipasang baru pagi tadi dan berfungsi elok."

"Bagus. Nasib baik tak putus tangan si Nisha. Kalau tak memang aku suruh kau bawa dia hidup-hidup bagi makan dekat singa dalam Zoo Ferdorial tu."

"Chill ah bro. Benda dah settle. Aku tak rasa dia berani buat macam-macam lepas tahu Nisha girl kau. Pengetua pun dah bagi surat berhenti sekolah dekat dia. Pandai-pandailah dia hidup. Cukup baik perkara ni tak sampai ke pihak media. Kalau tak, sia-sia je satu keluarga dapat malu." Kata Wan menepuk lembut bahu sahabat dia.

🍩🍩🍩

Nisha cuba seludup keluar daripada bilik King. Nasib baik dia ingat laluan ke bilik tamu yang menempatkan Wilya.

Pintu bilik tamu istana dibuka perlahan. Kelihatan tubuh Wilya sedang enak tidur diatas katil yang empuk beralaskan dada Wan. "Amboi kau, dengan aku kau melenting. Kau tu pun dua kali lima sedap tidur atas Wan." Kata Nisha perlahan. Surat yang ditulis diletakkan diatas meja lampu bersebelahan katil.

Nisha keluar dari bilik tamu istana. Taku terlalu lama dia disitu akan kantoi oleh King atau Wan. Dua orang tu kalau berpakat memang tak boleh dah nak sangkal.

🍩🍩🍩

"Nisha hilang!" Beritahu King menerjah bilik tamu istana.

Wan tergolek ke bawah sebab terkejut. Wilya terkebil-kebil matanya dicelik. Goal yang ada diatas sofa terduduk tegak. "Kau ni apahal terjah macam tu?!" Bengang Wan apabila tidurnya diganggu.

"Nisha hilang!" King mundar-mandir depan pintu. Tangan dibawa ke dagu memikirkan kemana hilang Nisha.

🍩 Episode 7 ~ Done🍩
Dah kemana pula hilang Nisha? Apa yang ditulis pada surat yang tertinggal di meja dalam bilik tamu istana?

Kesian King dah cuak sebab girl dia hilang.

Nantikan episode yang akan datang...

Jangan lupa vote dan komen.

Love, CKK.

BADBOYWhere stories live. Discover now