Priority

38 3 0
                                    

Ok girls. Listen. Chapter ni khas utk gegirls ok. Not utk kunyit or serai.


Girls tak salah sebenarnya hampa nak melawa, berhias bagai. Tetapi jangan la niat berhias, melawa tu untuk tarik perhatian lelaki pulak. Yang tu yang salah tu.


And then kalau nak melawa sekalipun agak-agak la ya... Jangan sampai tudung tu terangkat aka singkat or baju tu mengecik aka sendat. I mean nak melawa pun tak perlu sampai perlu membuka aurat. Ini tidak. Kita tengok anak-anak muda zaman sekarang semua nak berpakaian mengikut fesyen terkini. Tak salah nak melawa or berhias bagai JANJI menutup aurat dengan SAH ya adik-adik sekalian.



Menutup aurat dengan sah tu pulak macam mana? Pakai baju dah labuh and longgar elok. Tudung pun labuh jugak. Tapi... MASHALLAH. Jarang! Sampai boleh nampak bentuk badan , tengkuk , anak rambut , semuanya lah. Kita sebagai seorang muslimah sejati kena la menutup aurat dengan sempurna. Okay? Nak jadi wanita solehah tak? Jom, kita usaha sama-sama. Inshallah pasti boleh!






Side Note Everyone : 


Kepada mereka yang baru hendak berubah, bagus lah. Alhamdulillah. Walaupun sikit demi sedikit. Tidak mengapa. Usaha yang berterusan inshallah akan Allah bantu. Dan berubah lah kerana Allah, bukan kerana manusia. Kerana nescaya kalau perubahan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah, maka tidak mustahil kita akan terus tabah dan kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. Tapi malangnya, jikalau engkau berubah kerana manusia nescaya apabila manusia itu berpaling tadah maka apa yang terjadi kepada perubahan engkau? Hilang ditelan bumi sudah.



DAN ekhem! Kepada kita yang mempunyai ilmu dan sesaudara Islam, kita hendaklah salih tolong-menolong di antara satu sama lain. Okay? Bila kita nampak mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau kurang sempurna auratnya ditutup, jangan lah dicela sebaliknya kita hulurkan tangan, membantu mereka yang memerlukan. Assalamualaikum semua.

Reality ❤ Where stories live. Discover now