ISU ICERD (pls read)

14 0 0
                                    

Ok, So I'm sorry for not updating this book. I have been busy with my SPM coming up soon.

I hope I can do my best for it.


But, I need to play my part as a Malaysian. So here I am sharing this issue .It's based on the 'hak of bumiputera'. Please read it throughly. And yeah I only copied the article from the internet. 


  ____________________________________________  


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebenarnya ada isu besar yang sedang berlaku dalam negara kita, tapi ia seakan-akan tenggelam dan tak dipedulikan. Abeben share penulisan peguam ni untuk kita mudah hadam isu ICERD, insya-Allah.


____________________________________________


Oleh: Lukman Sheriff



Sahabatku,

Saya tidak boleh menerima cara ratikasi ICERD ini dilakukan tanpa perdebatan dan perundingan awam. Saya membantah majlis raja2 dibelakangkan dalam meratifikasikan ICERD. Dalam bentuk sedia ada ICERD jelas bercanggah dengan perlembagaan kita.


Maka saya dengan ini memulakan bantahan pengratifikasian ICERD. Saya memohon saudara sekelian untuk sign up, sebarkan dan kongsikannya. Klik berikut:


https://chn.ge/2OKfHgU  


Bantahan Ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan


ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya.
Apakah implikasi meratifikasikan ICERD?


Mengikut ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).[1]Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.[2]


Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas. Artikel 1 mendefinasikan "racial discrimination" sebagai "any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.


Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan:


1) MARA hendaklah ditutup
2) MRSM hendaklah ditutup
3) UiTM ditutup
4) Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.
5) Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.
6) Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
7) Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
8)Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.
(kecualilah yang diatas dipinda selain dari tujuan asalnya.)

Reality ❤ Where stories live. Discover now