Budak-budak kelas aq memang bila stress akan nyanyi and makan ja.
So ada incident sikit yg terjadi kat my classmate. Since kelas kami kelas target so kami banyak tuisyen. Budak-budak kelas kami takyah dok kata la. Stress la jadinya.
Semasa kejadian ni, takda budak Laki and my classmate : alia asyikin and aina safiah tengah tidur sbb penat sangat-sangat.
Kami bosan. Pastu mula la nyanyi lagu. Mula-mula nyanyi lagu wonderpet, bola kampung, barney, high-5, spongebob squarepant, catdog, chalkzone, Sofia the first, dora. Pendek kata kami nyanyi semua lagu cerita kartun yg famous masa kami kecik-kecik dulu.
Pastu tiba-tiba sorang ni, alia farhana. Dia nyanyi lagu sufian suhaimi, terakhir. Habis nyanyi tu kami dok gelak-gelak.
SUDDENLY, CIKGU NORA (cikgu perempuan yg memang garang gila-gila) JERKAH "SAPA YG MENYANYI TADI HA?! BANGUN!". Kami diam. Sbb bkn sorang yg menyanyi tu. So nak jawab macam mana?
"AMBOI. BANGUN SIAPA YG NYANYI TADI. SAYA NAK DENGAR DIA MENYANYI. KAMU KA YG MENYANYI TADI (tanya kat alia farhana)?! ".
Alia pon gelabah so dia cakap "tak bukan saya".
"CEPAT BANGUN, KELUAR SAPA YG NYANYI TADI KALAU TAK NAHAS KAMU"
Auni kot yg bagitau "semua menyanyi ramai-ramai tadi".
"HA. BANGUN SEMUA. SAYA NAK DENGAR KAMU MENYANYI SIKIT".
Alia explain kata barisan geng-geng aq tak menyanyi.
And me be like. EHHHHH? Tapi aq ngan iMilk_ nyanyi kot tadi 😂😂😂. Hm ok.
Syahira ngan Auni pon kata kat aq "bangun la. hg nyanyi tadi."
Aq macam nak bangun ka tak ni? Last-last geng aq semua bangun kecuali aina safiah yg tengah tidur.
"CEPAT NYANYI. SAYA NAK DENGAR. TADI NYANYI KUAT SANGAT. KALAU KAMU TAK MENYANYI SEKARANG, ESOK KAMU MENYANYI KAT PERHIMPUNAN. CEPAT. SAYA TAKDA MASA NI."
Kecoh kami bincang nak nyanyi lagu apa. Sufian suhaimi ka negaraku. Last-last nyanyi lagu negaraku. Masa ni waktu sejarah (cikgu maimunah - cikgu yg sporting tapi mulut laser). Cuba bayangkan dia jalan masuk kelas kami dgn muka hairan sbb semua dok berdiri pastu nyanyi lagu negaraku.
Yang cikgu nora dok sambung lagi "Ni menipu ni. Tadi saya kat 5 sains tak dengar kamu nyanyi lagu negaraku pun. Dah mati baru nak ingat negara."
Cikgu nora ajar 5 sains math. Cuba bayangkan belajar math sambil dengar kelas sebelah menyanyi lagu kartun? 😂😂😂.
#DENDAPALINGBEST
#MEMORYLAWAK5AKAUN2018
YOU ARE READING
Reality ❤
RandomKau fikir dunia ni is all about rainbow, cupcakes and unicorns? Think again la bro/sis.