A.S.M.R. {9}

24 1 2
                                    

19 / 04 / 2018


Masuk pertandingan spell-it-right dgn iMilk_ sempena bulan bahasa kat sekolah kami. Aq hanya dapat saguhati sebab kalah pada pusingan ke-13? Entah la nak. Habis-habis selesai utk pertandingan kami, kami tak mau masuk kelas. Nak stay dekat dalam dewan. So kami daftar last minute utk satu pertandingan ni yg merupakan pertandingan terakhir pada hari tersebut iaitu KAILAN STARZ. Salah seorang daripada juri tu cikgu kelas kami so benda jadi senang.



Aq dengan iMilk_ berduet lagu A Thousand Years by Christina Perri. Since kami masuk last minute, kami janji nak rahsiakan penglibatan kami dalam pertandingan tu daripada kawan-kawan kami yang lain sampai lah hari penyampaian hadiah.




25 / 4 / 2018


Hari penyampaian hadiah bagi bulan bahasa dan akan ada ceramah drpd Ustaz Don Daniyal. Aq naik pentas ambik hadiah saguhati utk pertandingan spell-it-right. Sampai kat seat aq balik, nama aq dgn iMilk_ dipanggil kerana memenangi tempat ke-3 dalam kategori duet KAILAN STARZ. Kawan-kawan kami terkejut sangat-sangat dan mula tanya iMilk_ betul ka kami masuk sementara aq kena naik pentas lagi sekali sbb iMilk_ segan nak naik atas pentas. Duhh -_-.



~ Ceramah Ustaz Don Daniyal ~


Ustaz Don ni ustaz hipster sikit. Jenis ikut style dia la. Masa hari tu semua orang pakai baju formal hanya sebab dia nak mai sekolah kami AND JENG JENG JENG... dia mai pakai seluaq jean, baju kemeja ngan topi. Like what???? It's ok actually cuma tak puas hati sbb hari tu kami kena pakai baju formal and macam sia-sia ja pakai. Ok so tajuk ceramah dia sepatutnya 'keindahan Al-Quran' but dia tau pelajar akan cepat bosan kalau dengaq ceramah tu. Ustaz Don ni org utaqa. Bekas cikgu dia ada sorang pindah masuk sekolah kami yg sekarang. So, ustaz pon cerita pasal pengalaman ustaz belajaq kat Mesir dan dia share jgk tentang cerita-cerita yg diceritakan oleh org lain kepadanya tentang budak Palestin dan Syria. Ustaz Don ni memang jenis yg sangat menyanjungi guru-guru nya. Dia cakap kalau sedaq diri bodoh jangan melawan cikgu sebab nanti jadi lagi bodoh. 



Ada masa dia akan tanya kalau sesiapa yg tak faham cerita dia so dia bukak sesi soal jawab. Ingat tak yg pasal ISU MEWARNAKAN RAMBUT dalam chapter sebelum ni, aq tanya ustaz tu utk pastikan ilmu yg tu. Dia cakap kalau perempuan nak mewarnakan rambut utk cantikkan diri depan suami SAHAJA tidak mengapa. Maksudnya, dia warnakan rambut tapi pakai tudung. Sebab apa? Kecantikan yg dia hias kat rambut dia (mewarnakan rambut) hanya lah utk dilihat oleh suami dia dan mahramnya. So kalau ada sesiapa yg FREE HAIR haram ya mewarnakan rambut utk hampa. Kalau ada further question boleh tanya kat komen.


Reality ❤ Where stories live. Discover now