Link - http://www.yadim.com.my/v2/soal-jawab/warna-rambut-kerana-trend-atau-style/
Warna Rambut Kerana Trend Atau Style
Assalamualaikum...
Saya ada beberapa soalan,
A) Bolehkah seseorang pemuda/pemudi mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai warna yang diminati?
B) Adakah mewarnakan rambut dibolehkan kerana pewarna rambut tersebut dikatakan halal?
C) Adakah ia dibolehkan kerana ianya satu trend atau budaya semasa?
Wassalam
——————————————————————————–
Jawab
Alhamdulillah inilah jawapannya:
Kita boleh membahagikan masalah ini kepada 2 bahagian:
1. Hukum mewarna rambut.
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.—————-
1. Hukum mewarna rambut.
Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya (Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):
[Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mngubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.
Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka. (HR Bukhari).
Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka'b dan Anas.
Tetapi, dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?
Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mearna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya ABu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda:
"Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim).
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam amsalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari)
YOU ARE READING
Reality ❤
De TodoKau fikir dunia ni is all about rainbow, cupcakes and unicorns? Think again la bro/sis.