ISU MEWARNAKAN RAMBUT

83 1 0
                                        

I just got this information. And please jangan baca separuh-separuh and then pergi sebar maklumat yang separuh tu. Nanti jadi benda lain pulak.



Ramai orang anggap budaya mewarnakan rambut ni berasal dari Barat tetapi sebelum zaman moden Nabi Muhammad SAW dan para sahabat pernah mewarnakan rambut . Untuk kemaskan rambut. So Nabi Muhammad dan para sahabat mewarnakan rambut mereka. Mewarnakan rambut tidak wajib. Pada zaman nabi , orang kafir tidak mahu mewarnakan rambut. Umat Islam digalakkan untuk mewarnakan rambut supaya nampak berbeza dengan orang kafir.




Nak warnakan rambut pun ada SYARAT. 


1) Hanya warna yang ada manusia lahir dengannya sahaja dibenarkan. Contohnya warna perang, merah, kuning dan hitam.


2) Warna hitam HARAM untuk mereka yang sudah tua kerana ia dikira sebagai satu penipuan terhadap masyarakat.


3) Warna hitam HARUS untuk anak-anak muda dan remaja kerana ia tidak dianggap sebagai satu penipuan. Since remaja punya rambut memang kebiasaannya warna hitam semua.


4) Boleh guna pewarna rambut selain inai iaitu yang dibuat secara kimia. TETAPI pewarna ini hendaklah diyakini telus air. Maksudnya dia tak membina satu selaput baru yang boleh MENGHALANG AIR. Contoh keadaan : Bila mak kunyitkan ikan, tangan jadi kuning. Walaupun basuh dia tak keluar sebab warna tersebut telah menyerap masuk ke dalam tapak tangan and this means it is telus air so mak kita still boleh ambil wuduk walaupun tangan dia kuning.


5) Selalunya pewarna rambut yang diyakini telus air ialah pewarna yang mempunyai tanda halal jakim.


6) Produk pewarna rambut juga tidak boleh guna yang diperbuat daripada najis. Sebab nanti tak boleh bawak bersolat and solat tak sah.


7) Kita DIHARAMKAN untuk mewarna rambut dengan niat nak ikut budaya Barat.


8) Tak Digalakkan untuk mewarnakan kening kerana banyak pendapat ulama' yang tidak membenarkannya. Tapi janggut boleh diwarnakan.


9) Produk pewarna rambut yang digunakan hendaklah tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Jikalau YA produk itu Diharamkan.





Kalau nak warnakan rambut suka-suka tu memang boleh. Tapi kalau masih lagi belajar and ada undang-undang yang mewarnakan rambut. Jangan warnakan. Sebab warnakan rambut tak wajib tapi ikut,patuh dan dengar kata pemimpin or pemerintah tu wajib. Mewarnakan rambut ni adalah salah satu cara mengemaskan rambut.





Just for readers information. Author dapat maklumat ni dari PU AZMAN and cuma nak menyebarkan maklumat ni. If ada yang rasa tak yakin boleh tanya kat instagram dia @pu_azman .

Reality ❤ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang