Part 9

5.3K 149 5
                                    


DYLIA agak sibuk dalam bulan ini. Fail-fail yang bersusun bertimbun di atas meja. Berkerut dahi Dylia. Siapa yang bagi aku kerja ni? Takkan Airiez? soal hati Dylia. Dylia masih terus berfikir tentang tanda-tanya itu, telefon office berdering.

"Dylia, masuk office i kejap." Kedengaran jelas suara Lisa.

Dylia meletakkan kembali gagang telefon. Dengan debaran, dia mengatur langkah ke pejabat Lisa. Inilah kali pertama Lisa memanggilnya. Rasa hairan menjengah di hati Dylia. Dylia mengetuk pintu bilik Lisa dan kedengaran suara Lisa dengan jelas.

Dylia melabuhkan punggung di atas kerusi dengan hamparan span di pejabat Lisa. Kemas. Ianya disusun cantik. Satu senyuman Dylia hadiahkan pada Lisa.

"Dylia, i mahu discuse sikit dengan you. You nampak fail atas meja you?" Lisa bersuara.

"Nampak, Cik Lisa," jawab Dylia.

"I mahu you selesaikan kerja tu. Tidak settle semua data, jangan tinggalkan office," arah Lisa.

Dylia tersentak. "Tapi... saya hanya secretary Encik Airiez. Saya tidak tahu update data, Cik Lisa."

"I tidak mahu dengar apa-apa alasan. I mahu data tu settle. You boleh keluar sekarang." Sekali lagi Lisa mengarah.

Dylia terdiam. Siapa dia untuk merubah segala ketetapan? Dia hanya orang bawahan di syarikat ini. Lemah kaki Dylia meninggalkan pejabat Lisa. Sampai di mejanya, satu-persatu fail dibelek. Ada ketikanya di menekan komputer untuk mengemaskini.

Seharian Dylia duduk di mejanya. Seperti yang Lisa katakan, data-data harus disiapkan. Ketika jarum jam telah melepasi pukul 5.00 petang, Fikri yang keluar dari pejabatnya terkejut melihat Dylia masih berada di mejanya. Bersama fail-fail yang bertimbun pula tu.

"Dy... kenapa masih belum balik lagi ni?" Fikri menegur Dylia.

Dylia memandang Fikri sekilas. "Aku masih ada kerja lagi, Fik."

"Siapa yang hantar fail-fail ni, Dy?" Fikri terus bertanya.

Fikri memandang wajah Dylia. Wajah Dylia nampak pucat. Risau pula dia dengan keadaan Dylia. Kalau boleh, dia tidak mahu Dylia ditimpa kesusahan.

"Dy..." Fikri memanggil sekali lagi.

Dylia memandang Fikri.

"Siapa yang hantar fail-fail ni?" Nada pertanyaan Fikri kedengaran serius.

"Cik Lisa..." Lambat-lambat Dylia menjawab.

Fikri menarik tangan Dylia dan meminta Dylia bangun. Setelah Dylia bangun dan berganjak dari kerusi, Fikri duduk di atas kerusi dan menggantikan kerja Dylia tadi. Terkejut Dylia melihat kecekapan Fikri dalam melaksanakan tugasan. Akhirnya, Dylia menarik sebuah kerusi dan duduk berhadapan dengan Fikri.

"Itu kerja aku tu, Fik." Dylia bersuara.

Tiada reaksi dari Fikri. Dia masih berhadapan dengan komputer dan fail-fail di depannya.

"Fik..." Sekali lagi Dylia memanggil nama itu.

Fikri memandang Dylia lama. "Lisa sedang kenakan kau, Dy. Kalau lepas ni Lisa bagi kau kerja lagi, terus cakap pada aku. Jangan sahut apa yang dia arah."

"Tapi, Cik Lisa orang atasan," jawab Dylia.

"Aku tahu. Tugas kau sebagai secretary, bukan untuk ikut arahan Lisa, Dy. Airiez yang patut bagi kau tugas, bukan Lisa!" Fikri merasa bengang dengan sikap Lisa.

Bukan Fikri tidak tahu? Lisa terlalu memcemburui Dylia. Lisa mahu mendera Dylia dengan kerja yang banyak. Aku takkan benarkan semua itu berlaku. Dylia tidak bersalah. Lisa perlu ditegur.

Encik Bos Dan Cik Secretary (Completed)Where stories live. Discover now