Title : Encik Boss Dan Cik Secretary
Writer : Iza Iman
AIRIEZ berteleku di atas mejanya. Fail-fail yang bersusun dibiarkan tanpa disentuh. White Design, butik terkemuka yang baru meningkat naik. Syarikat ini baru dibuka dan masih mencari disigner-disigner baru. Dia akan membangunkan syarikat ini dan rasanya dia perlukan seorang secretary. Dia tidak cerewet pasal pemilihan secretary. Janji dia boleh jalankan tugasnya dengan amanah.Airiez menarik laci mejanya. Dia keluarkan satu prame gambar dari dalam lacinya. Dia memandang gambar itu dengan mata berkaca. Seorang lelaki bertubuh gempal berada dalam prame gambar itu. Itulah dia 5 tahun yang lalu. Airiez menutup matanya rapat-rapat. Seolah-olah macam baru semalam penghinaan dilontarkan terhadapnya. Macam baru semalam dirinya dilabel sebagai lelaki tidak gemuk.
Kerana hinaan itu, aku tebus balik maruahku. Semuanya kerana kau, Dylia. Kerana kau, kata Airiez lirih.
“Tolong jangan kejar-kejar Dy, cikgu. Dy tidak suka,” tekan Dylia.
“Kejap, Dy.” Airiez terus mengejar Dylia.
“Tolonglah, cikgu. Dy tidak suka cikgu. Cikgu sudah malukan Dy bila cikgu kata cikgu suka Dy. Cikgu harus sedar diri. Tengok diri tu depan cermin. Jangan kejar Dy lagi. Jangan buat rasa hormat Dy pada cikgu hilang.” Dylia angkat kaki pergi dari situ.
“Aku sedar, kau pelajar aku masa tu. Tapi entah la. First time jumpa kau, jiwa aku berkocak. Cinta aku pada kau cinta suci, Dylia. Tapi, sikit pun kau tidak pandang. Malah penghinaan yang aku terima. Aku sanggup pergi jauh untuk ubah penampilan. Semuanya kerana kau, Dylia. Kerana kau.” Airiez terus mengeluh.
Tok! Tokk! Pintu pejabatnya diketuk. Tidak lama selepas itu, muncul Lisa depan pintu. Airiez malas mahu layan betina ni. Mulalah dia ni mahu mengayat.
“You free?” Suara Lisa nampak menggoda di situ.
Airiez tidak jawab pertanyaan itu. Dia pura-pura sibukkan diri.
“Jom keluar lunch,” ujar Lisa sambil menguis-nguis lengan Airiez dengan jari telunjuknya.
Airiez menarik lengannya jauh sikit. “Hmm... I sudah janji mahu keluar lunch dengan Fikri.”
Airiez meninggalkan Lisa seorang diri di dalam pejabatnya. Malas mahu layan sikap gedik Lisa. Lisa disigner senior dalam White Design. Dia banyak bagi tunjuk ajar pada golongan bawahan tapi, kerana pangkat itu, dia mula menunjuk-nunjuk. Lisa mencebik bila ditinggalkan bagai tunggul kayu. ‘Airiez!!’
**********
Matahari yang memancar penuh pada pagi itu tidak menghalang Dylia untuk menarik selimutnya. Tidur itu harus dilayan. Puan Dina menjenguk puteri tunggalnya yang masih diulit mimpi indah. Entah putera raja mana yang masuk dalam mimpinya.
Puan Dina menarik kain langsir di jendela. Dibiarkan cahaya matahari menerobos masuk melalui daun jendela. Dylia mula bising bila cahaya matahari itu menyilaukan matanya.
“Ma, tutup balik langsir tu. Dy mahu sambung tidur,” tukas Dylia.
Puan Dina menggeleng. “Bangun, Dy. Anak dara apa ni? Sampai bila mahu jadi macam ni? Kerja menunggu kamu, Dy. Pergilah cari kerja di luar.”
“Dy baru habis belajar, ma. Dy mahu rehat-rehat dulu,” ujar Dylia dengan mata yang masih bertutup.
“Suka kamulah.” Puan Dylia angkat kaki ke dapur. Malas mahu melayan Dylia. Selagi Dylia masih tidur, dia takkan menang berbalas cakap dengan anak kesayangannya ini.
Dylia bangun malas dan duduk di atas katil. Tidak sampai hati pula kecewakan hati mamanya. Sudah terlalu lama mamanya berendamkan air mata angkara seorang lelaki. Sampai bila-bila pun Dy takkan maafkan papa, bentak hati Dylia.
Siap membersihkan diri dan berpakaian kemas, Dylia turun ke bawah menyertai mamanya yang sedang bersarapan. Puan Dina tersenyum melihat anaknya yang sudah berpakaian kemas.
“Aik... tadi cakap mahu sambung tidur?”
Dylia tersengih. “Tidak sampai hati pula mahu hampakan mama. Dy bukan jahat macam papa.”
“Dy... walau apa pun yang dia buat, dia tetap papa Dy.” Puan Dina menegur sikap anaknya.
“Tidak, ma! Dy tiada papa macam tu. Dia sudah buang kita jauh-jauh, ma. Kita dipulaukan orang kampung, ada dia pernah ambil tahu? Bagi Dy, Papa Dy sudah mati,” tegas Dylia.
“Dy...”
“Sudah la, ma. Dy malas mahu bincang pasal ni. Dy pergi dulu.” Dylia menghirup milo panas yang Puan Dina sediakan dan angkat kaki dari situ.
Enjin motorsikal dari situ dan dia menggerakkan motorsikalnya menuju ke cafe ****** untuk bertemu dengan Erin, kawan karibnya. Baru tadi dia whatsapp Erin. Erin maklumkan ada jawatan kosong memerluka jawatan secretary. Sampai di cafe ******, Dylia parkir motorsikal dan mencari kelibat Erin. Erin yang sudah biasa bermekap cantik, melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Dylia duduk berdepan dengan Erin.
“Kerja kosong tu macam mana?" Terus Dylia bincang isu kerja.
"Aduh, kau ni. Kita minum la dulu,” tukas Erin.
"Alah, kita bincang sambil minum pun boleh, Rin." Dylia tetap mahu bincang isu kerja.
Sebenarnya tadi Erin sudah pesan sekali minuman untuk Dylia. Erin pandang penampilan Dylia. Aduh... Dylia dari dulu sampai sekarang tidak suka menghias diri. Gadis di luar sana pakai sandal, dia boleh sumbat kasut sukan saja. Macam mana mahu ikut interview nanti? Risau pula Erin dengan keadaan kawannya ini.
"Okey... memang ada kekosongan jawatan yang syarikat baru tu mahu ambil. Aku tidak tahu sangat sebab aku bukan kerja sana. Secretary dan staff yang diorang mahu ambil. Kau try nasib la. Tapi, sebelum tu, hari ni aku tolong kau cari baju. Lepas tu, kita pergi saloon," ujar Erin.
"For what?"
"Dy, kau tiada ciri-ciri wanita. Rambut kau tu walaupun panjang, kena ada hiasan sikit. Lepas tu, kau kena ada ilmu pasal bermekap. Penting untuk kau bila sudah diterima kerja," kata Erin.
"Alah, cerewet betul la kau ni." tempelak Dylia.
Erin senyum tepi. "Bukan aku yang cerewet, Dy. Besok, kalau kau kena reject pasal muka pucat, jangan cakap aku tidak pernah tegur kau."
"Okeylah-okeylah. Lepas ni kita pergi. Sekarang ni takkan kau mahu belanja aku minum saja? Mee goreng ayam satu." Dylia tersengih.
"Aduh, dia ni. Sempat lagi. Kawal sikit makan tu, Dy. Karang jadi boom pula," tegur Erin yang memang menitikberatkan soal penampilan.
"Okey, Si Cantik." Teguran itu tidak memberi kesan pada Dylia. Sesungguhnya, makan itu penting baginya.
"Okeylah, pesanlah apa kau mau." Erin menggelengkan kepala melihat karenah Dylia.
Dylia memanggil seorang pelayan dan memesan mee goreng ayam untuknya. Dia harus kenyangkan diri kerana sekejap lagi dia akan bertahan hati menerima ajakan Erin untuk mencari baju dan masuk saloon.
#Bersambung