Part 7

6.6K 155 2
                                    


TENGAH HARI itu, masa rest, Fikri keluar. Dia ada temujanji dengan Erin. Dia mahu korek sesuatu sebenarnya. Dia mahu tahu tentang apa saja berkaitan dengan Dylia. Dia tahu, Erin boleh beritahu dia semua itu.

Erin tutup telefonnya dan menyimpannya di dalam beg tangan. Dia inginkan makan tengah harinya bersama Fikri yang tidak dia lupakan sampai bila-bila. Selesa betul dapat berdua dengan Fikri. Sejak pertemuannya bersama Fikri hari itu, Fikri selalu menghubunginya. Bertanya khabar dan pastinya bertukar-tukar pendapat serta idea. Erin betul-betul merasa selesa keluar berdua dengan Fikri.

Selesai menjamu selera, Erin dan Fikri bersembang. Di kesempatan itu, Fikri terus bertanya tentang Dylia. Erin terkejut bila Fikri banyak mengambil tahu tentang Dylia.

“Kau sukakan Dy ya, Fik?” Sebenarnya Erin sudah biasa membahasakan diri sebagai aku dan kau. Begitu juga dengan Fikri.

“Bukan hanya suka, Rin. Ini soal cinta. Cinta aku pada Dylia ikhlas,” akui Fikri.

Erin tersenyum. Sedalam mana pun perasaannya saat ini, dia takkan mampu merubah jiwa Fikri. Fikri mencintai Dylia. ‘Aku harus belajar menerima hakikat itu.’

Dylia kawan aku. Kawan yang banyak membantu aku. Dialah menguat semangat untuk aku terus berjaya. Tidak patut aku merasa iri hati pada Dylia, Erin terus bermonolog.

“Rin, Dylia tu jenis yang macam mana? Dia suka lelaki yang macam mana?” Erin terlontar kembali ke alam nyata saat pertanyaan Fikri menjengah ke gegendang telinganya.

“Susah aku mahu explain, Fik. Dylia banyak rintangan hidup. Bukan macam kita,” jelas Erin.

“Kau cerita saja pada aku, Rin. Perlu untuk aku tahu semua pasal Dylia,” kata Fikri.

Erin pandang Fikri lama. “Dylia seorang anak tunggal, Fik. Dylia hanya ada mak yang besarkan dia dari kecil. Waktu umur Dylia 10 tahun, ayah Dylia kahwin dengan perempuan lain. Sejak dari itu, Dylia bencikan lelaki. Dylia anggap semua lelaki itu sama, suka menindas kaum wanita. Kerana itu, Dylia tiada ciri-ciri wanita, Fik. Dylia jenis yang simple tapi hatinya bersih. Nanti ada masa, aku cerita pasal Dylia lagi. Kau ajak aku lunch ni, tidak belanja aku makan?”

Fikri tersenyum. “Kau pesan saja apa kau suka, Rin. Aku bahagia bila kau buka cerita pasal Dylia.”

Erin senyum dalam paksa. Demi seorang kawan, dia rela buat apa saja. Biarlah dia berkorban hati untuk seorang kawan. Mungkin itu lebih baik. Akhirnya, dia memanggil seorang pelayan untuk memesan makanan. Dia memesan nasi goreng pataya untuk dua orang.

🌸🌸🌸🌸🌸

Hujung minggu itu, Dylia keluar ke bandar untuk membeli beberapa kelengkapan rumah. Pada mulanya, dia mengajak Erin untuk temankan dia. Tapi, Erin ada rancangan lain pula. Tidak dapat temankan dia. Erin seorang kawan yang baik. Bukan senang mahu mencari kawan yang baik seperti Erin yang sanggup susah dan senang bersamanya. Untuk Erin, Dylia sanggup buat apa saja. Dylia banyak berhutang budi dengan Dylia dalam banyak perkara. Kalau boleh, Dylia tidak mahu hati kawan baiknya itu dilukai.

Masa Dylia keluar dari hypermarket, telefon bimbitnya berdering. Ada whatsapp masuk. Cepat-cepat Dylia bergegas ke arah motorsikalnya. Semua barang disumbat ke dalam bakul motorsikalnya. Dia capai telefon bimbitnya dan cuba buka whatsapp tadi.

📱NELLY WHATSAPP
Hi busy woman...kau keluar kah hari ni?jom keluar jalan-jalan...Aku dan Nurul keluar shopping ni...

📱DYLIA WHATSAPP
Okey...Aku pun keluar shopping juga ni...kita jumpa di mana?

📱NELLY WHATSAPP
Kita jumpa di cafe ******...Sampai sana kita cerita panjang...

📱DYLIA WHATSAPP
Okey...

Encik Bos Dan Cik Secretary (Completed)Where stories live. Discover now