MESYUARAT baru saja berakhir. Dylia sudah pun keluar dari bilik mesyuarat dan masih termanggu. Kata-kata Airiez ketika mesyuarat tadi masih terngiang di telinganya."Syarikat kita perlu berbincang dengan rakan perkongsian syarikat di negara jiran kita, Indonesia. Saya akan pergi ke sana lusa. Saya pilih Dylia untuk temankan saya ke sana kerana perlu ada saksi untuk menandatangani setiap dokumen."
Dylia mengeluh. Aku kena pergi tempat jauh bersama dia? Kenapa dia tidak bawa Fikri? Hati Dylia terus bermonolog.
Masa terus bersoaljawab dengan kata hati, telefon office berdering. Dylia angkat dan jawab.
"Masuk pejabat aku kejap, Dy." Kedengaran serius suara Fikri.
Dylia tidak menunggu lama. Dia meletakkan gagang telefon dan bergegas ke pejabat Fikri. Pintu pejabat diketuk dan dia melangkah masuk. Dylia duduk berhadapan dengan Fikri.
"Macam mana, Dy? Kau setuju?" soal Fikri.
Berkerut dahi Dylia. "Setuju apa, Fik?"
"Ikut Riez ke Indon," jawab Fikri.
Dylia memandang Fikri lama. Dia nampak keseriusan Fikri bertanya isu itu. Dia tahu, Fikri seakan enggan membiarkan dia pergi bersama Airiez. Tapi, ini soal kerja. Mahu tidak mahu, Dylia harus bersetuju dengan cadangan mesyuarat tadi. Dia akan pergi ke indonesia bersama Airiez.
"Cadangan sudah dihuraikan, Fik," jawab Dylia.
Fikri memandang Dylia lagi. Sukar betul mahu meramal hati Dylia. Dia macam suka saja bila diajak pergi jauh bersama Airiez. Tapi, hati aku sakit bila dia pergi bersama Airiez.
"Dy..." Perlahan-lahan Fikri menyentuh jari-jemari Dylia.
Dylia terkejut. Cepat-cepat dia menarik tangannya dari tangan Fikri.
"Apa ni, Fik?" soal Dylia dengan rasa tidak puas hati.
"Maafkan aku, Dy. Aku tidak mampu buang rasa ambil berat aku pada kau," luah Fikri.
Dylia memandang Fikri. Dia nampak keikhlasan Fikri terhadapnya. Padanya, Fikri seorang kawan yang baik. Kalau boleh Dylia mahu terus berkawan baik dengan Fikri. Dia tidak mahu soal perasaan menjadi isu sehingga mampu membadai persahabatan antara mereka.
"Fik..." panggil Dylia.
"Airiez boss aku. Setiap arahan yang dibuat aku harus akur. Aku tidak boleh bantah kalau arahan itu urusan untuk syarikat. Aku hormati Airiez kerana Airiez boss aku," kata Dylia.
Dylia masih memandang Fikri. Entah kenapa dia merasa ada satu perasaan halus di hatinya terhadap Fikri. Satu perasaan tersembunyi tapi, perasaan itu bukan cinta. Dia sendiri pun sukar untuk menjawabnya.
"Aku faham, Dy. Maafkan tindakan aku tadi," pohon Fikri.
Dylia tersenyum. "Aku maafkan. Aku keluar dulu, Fik."
Fikri hanya memandang Dylia keluar dari pejabatnya.
Seminggu kemudian...
Dylia rasa berterima kasih pada maknya kerana maknya mengizinkannya merantau jauh. Hari ini Dylia dan Airiez akan pergi ke negara jiran.
Kapal terbang yang mereka naiki pun sudah mendarat di Tanah Indonesia. Mereka melangkah beriringan menuju ke kereta pelancong yang akan membawa mereka ke tempat penginapan.
Sampai di kawasan penginapan, seorang lelaki membawa mereka ke arah beberapa buah bilik yang masih belum menerima tempahan. Dia menyerahkan dua gugusan kunci kepada Airiez. Kemudian lelaki itu berlalu pergi setelah menerangkan beberapa perkara tentang bilik penginapan itu kepada Airiez dan Dylia.
![](https://img.wattpad.com/cover/134603435-288-k341193.jpg)