Part 20

4K 107 3
                                    

*Forgive me dear reader..terlalu lama bercuti untuk sambung story ENCIK BOSS DAN CIK SECRETARY..busy sikit dengan kekangan kerja..okey..now update part 20..macam selalu,part pendek waiting for next part,okeyy..

PERSIAPAN untuk pemasangan canopy mula didirikan di rumah Dylia. Sepanjang satu hari, Dylia tidak merancang untuk keluar. Ruang bilik dihias dengan cantik. Dalam minggu ini dirinya akan menjadi isteri Azfar yang sah. Dia seharusnya bersedia dalam setiap aspek termasuk emosi.

Sedang meletakkan hiasan bunga kertas di sudut cermin solek, Puan Dina melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya. Selepas itu, dia melabuhkan punggung di hujung katil. Dia menarik nafas sebelum bersuara.

"Dy..." Puan Dina menyebut nama anaknya.

Dylia menoleh. "Ya, mak..."

"Duduk sini kejap. Mak mau cakap sikit," ujar Puan Dina.

Dylia melepaskan kalungan bunga dan duduk di sebelah Puan Dina. Dia masih menunggu apa yang akan emaknya mahu perkatakan.

Puan Dina menyentuh tangan Dylia. "Minggu ini, Dylia akan bergelar seorang isteri. Menjadi seorang isteri bukan perkara mudah, Dy. Dy harus lepaskan banyak perkara dan berikan pada suami Dy. Mak harap Dy bukalah pintu hati Dy."

"Maksud mak?" soal Dylia.

"Dy perlukan wali. Papa yang wajib jadi wali Dy," serius Puan Dina berbicara.

Dylia berdiri. "Tidak, mak! Dy tiada papa!"

Puan Dina menyentuh kembali tangan anaknya. "Jangan menidakkan kebenaran, Dy. Besar mana pun kesalahan dia, tebal mana pun dosa dia, dia tetap papa Dy. Papa masih bernafas di alam ini, Dy. Papa masih mampu untuk bersuara. Masih boleh menjadi seorang wali. Tolonglah, Dy. Mahukah Dy mencari seorang wali hakim sedangkan Dy masih punya seorang wali yang sah?"

Dylia terduduk kembali. "Mak..."

"Tolong buka pintu hati Dy untuk papa. Maafkan papa. Papa tidak bersalah. Mama yang izinkan papa kahwin," ujar Puan Dina.

Dylia terkejut. "Kenapa mama tidak pernah buka cerita pasal kebenaran ni?"

"Hati Dy penuh dengan rasa amarah pada ketika itu. Mak tau, hati Dy takkan mampu terima kebenaran kalau mak buka cerita. Papa tidak bersalah," jelas Puan Dyna.

Dylia memejamkan kelopak matanya rapat-rapat. Kemudian dibukanya kembali.

"Maafkan Dy, mak." Dylia memeluk emaknya.

Puan Dina merenggangkan pelukan antara mereka. "Mari keluar, Dy. Papa ada di luar."

"Sekarang?" Dylia agak terkejut.

Puan Dina mengangguk. "Papa datang bersama keluarga."

Dylia menarik nafas panjang. Dia harus bersemuka dengan papanya. Kemaafan itu adalah pilihan yang terbaik.

"Dy cuba, mak..."

Dylia menyusul langkah emaknya dari belakang. Sampai diruang tamu, Puan Dina mendapatkan suaminya. Encik Dazlan menoleh. Dia segera mendapatkan Dylia.

"Papa minta maaf, Dy." Encik Dazlan memeluk anaknya, Dylia.

"Dy pun minta maaf, pa. Dy banyak salah pada papa." Air mata Dylia bergenang.

Encik Bos Dan Cik Secretary (Completed)Where stories live. Discover now