AIRIEZ memandu mercedes mewahnya menuju ke restoran yang masih buka 24 jam. Dia pandang jam tangan, sudah melewati 9.00 malam. Sampai di satu cafe, dia parkir kereta. Dia melangkah ke cafe dan mencari satu meja yang berada di luar cafe. Dia pesan kopi panas.Bulan mengambang penuh di kaki awan. Satu keluhan Airiez lepaskan bersama kepekatan malam. 'Ohh... kenapa aku buat Dylia macam tu? Apa yang rasuk aku?' Airiez lepaskan kekesalan.
Masih terasa kepedihan pipinya akibat tamparan Dylia. Dia tahu Dylia marah. Siapa yang tidak marah bila harga diri jadi taruhan? Kerana marah dengan Datuk Mizal, Airiel tuduh Dylia macam-macam. Tuduhan yang sama sekali tiada kebenaran. Airiel mencintai Dylia walaupun dia tahu sukar untuk melembutkan hati gadis tomboy itu.
Sejak menjadi secretary di White Design, dia tidak nampak sikap tomboy Dylia. Tapi, sikap kasar Dylia masih ada. Kerana secebis rasa cinta yang ditolak, Airiel berubah menjadi yang lebih baik. Kerana perubahan itu juga dirinya menjadi kegilaan gadis lain. Lisa asyik mengejarnya tapi, dia tidak pernah buka hatinya untuk gadis itu. Dylia tetap tidak hiraukan dirinya walaupun semua ini sudah mampu buka hati gadis itu. Apa yang Dylia mahukan sebenarnya? Airiez meraup mukanya lama.
Pap! Bahunya ditampar lembut oleh seseorang. Bila dia pandang depan, dia nampak Fikri duduk di depannya.
"Bila kau sampai?" soal Airiez.
Fikri tersenyum. "Ada juga la dalam 5 minit aku duduk sini. Tengok drama lelaki frust depan aku..."
"Pandai-pandai saja kau ni," tukas Airiez.
"Betul la. Muka kau sebiji macam orang sedang frust, Riez..." Fikri tertawa kecil.
"Aku okeylah. Cuma penat dengan kerja saja," bohong Airiez.
"Ya, aku tahu. Okey, kopi aku mana?" tanya Fikri sambil tersenyum.
"Pesan sendiri." Fikri ketawa dengar jawapan Airiez. Airiez dan keseriusan tidak dapat dipisahkan.
Fikri lambai seorang pelayan dan mula pesan secawan kopi. Selepas itu, dia menghadap Airiez balik. Ada benda dia mahu minta pendapat Airiez.
5 minit selepas itu, seorang pelayan menghantar secawan kopi panas pada Fikri. Fikri menghirup kopi panas itu.
"Riez, boleh aku tanya pendapat kau sikit?" Fikri membuka permulaan cerita.
"Pasal apa?" soal Airiez.
"Dylia." Dub! Jantung Airiez berdegup kencang saat Fikri menyebut nama itu. Dia boleh kena renjatan elektrik mendengar nama itu. Nama yang banyak merubah keperibadiannya.
"Kenapa dengan Dylia?" Airiez bertanya lagi.
"Kau rasa Dylia tu okey?" tanya Fikri.
Airiez terdiam. Dia sangat kenal dengan perangai Fikri. Fikri jenis lelaki yang gemarkan hiburan. Kelab malam di Sabah ni hampir semua dia sudah round. Dia tidak mahu Fikri pergunakan gadis sebaik Dylia.
"Please, Fik. Dylia bukan macam ladies-ladies di luar sana," kata Airiez.
"Sejak bila kau ambil berat pasal Dylia ni?" tempelak Fikri.
"Sudah dua bulan Dylia jadi secretary aku. Aku sudah selami hati budinya. Dylia bukan macam Lisa. Dylia bukan macam ladies-ladies yang bawa keluar masuk dalam pub, Fik. Jangan rosakkan dia!" tegas Airiez.
Fikri menarik nafas panjang. "Aku tahu kau akan nilai aku macam tu, Riez. Memang aku selalu keluar masuk dalam pub tu. Tapi, aku masih pentingkan harga diri. Aku nampak keikhlasan Dylia masa aku hampir-hampir terlanggar dia dan kawan dia di tepi jalan dulu. Aku takkan rosakkan gadis sebaik dia, Riez. Trust me..."
Airiez cuba selami kejujuran Fikri pada Dylia. Dia nampak keikhlasan Fikri pada Dylia. Tapi, adakah dia sanggup merelakan semua itu? Sedangkan dia sendiri masih mendambakan Dylia. Airiez mengeluh.
"Maafkan aku, Fik. Aku sudah tuduh kau macam-macam," pohon Airiez.
Fikri tersenyum. "It's okay, Riez. Aku tidak salahkan kau. Kalau aku ada di tempat kau pun mungkin aku akan buat benda yang sama."
Fikri memandang Airiez. Dia cuba untuk selami hati Airiez walaupun itu bukan mudah. Tadi Airiez seperti cuba membela Dylia. Seolah-olah Airiez sudah kenal lama pada Dylia.
Airiez menghabiskan kopi di dalam cawan. Begitu juga dengan Fikri. Perbualan tadi tenggelam begitu saja.
**********
Dylia baru juga selesai menjamu selera pada malam itu. Dia menyertai mamanya yang sedang menonton tv. Rancangan santai mahligai cinta sedang ditonton oleh Puan Dina.
"Macam mana kerja, Dy?" soal Puan Dina.
"Okey saja, ma," jawab Dylia acuh tak acuh. Cerita pasal Airiez langsung dia tidak buka. Dylia tidak salahkan Airiez. Dulu masa sekolah, Dylia tidak bagi muka pada orang lain. Dan yang paling teruk, dia anggap semua lelaki itu sama. Dengan Airiez sekali terkena tempiasnya.
"Boss Dy okey?" Puan Dina bertanya lagi.
"Okey, ma," jawab Dylia.
Perbualan dua beranak itu terhenti. Mata Dylia terus menghadap tv. Puan Dina masih memandang Dylia. Serba-salah dia mahu beritahu Dylia tentang pertemuannya dengan Dazlan yang tidak dirancang. Dia tahu betapa Dylia bencikan Dazlan.
Berat bagi Puan Dina. Dazlan tidak pernah menceraikannya. Dazlan berkahwin sekali lagi kerana keizinannya. Sebagai isteri, dia masih perlukan Dazlan. Tapi, kerana Dylia, dia mengetepikan suaminya. Biarlah pertemuannya bersama Dazlan tidak Dylia tahu buat masa ini. Dia tidak mahu Dylia terus membenci papanya.
"Ma, Dy mahu masuk bilik dulu," kata Dylia.
Puan Dina tersentak dari lamunannya. "Baik, Dy."
Dylia menapak langkah menuju ke bilik tidur. Dylia duduk atas katil dan berfikir tentang Airiez.
'Aku kena minta maaf pada Airiez. Airiez pernah jadi cikgu aku. Walaupun waktu itu Airiez sekadar guru sandaran tapi, tidak patut aku lemparkan Airiez macam-macam. Maafkan aku, Cikgu Airiez...' Dylia tidur atas katil bersama penyesalannya.
**********
Dylia susun minit-minit mesyuarat di dalam komputer. Hari ini Dylia tidak jumpa Airiez. Airiez ada perjumpaan dengan Datuk Mizal. Sengaja Airiez tidak bawa Dylia. Dylia faham, Airiez pentingkan harga diri Dylia. Datuk Mizal itu gatal sikit.
Sampai masa rehat, Dylia keluar. Dia mahu makan tengah hari di warung saja. Sampai di pintu depan, Fikri sedang menunggunya.
"Kita lunch sama, Dy," kata Fikri.
"Eh, bukan Encik Airiez bawa kau tadi, Fik?" Dylia kehairanan.
"Perjumpaan sudah settle," jawab Fikri.
"Encik Airiez mana?" Melilau mata Dylia mencari kelibat.
Fikri tersenyum. "Tadi kami terserempak dengan Lisa. Tu yang Riez susah mahu lepas tu."
"Ohh... Lisa tu sukaRiez," Encik Airiez?" Dylia meneka.
"Ya, Dy. Lisa kejar orang salah. Riez tidak pernah layan. Aku belum pernah nampak Riez jatuh cinta. Riez tu pentingkan kerja. Aku mahu tengok juga siapa yang boleh tundukkan Riez," jelas Fikri.
Dylia mengangguk. Entahlah. Untuk apa dia tanya semua soalan berkaitan Airiez? Dylia cuba tepis hatinya.
"Okeylah, Dy. Jom lunch." Fikri mengajak Dylia untuk keluar makan tengah hari. Mereka terus bergegas menuju ke kereta.
#Bersambung