Chapter 1

128 8 0
                                    

"Sori sebab buat awak terkejut." Hoseok meminta maaf sekali lagi. Aku hanya mengangguk, mukaku tunduk memandang lantai. Hmm, cantik betul kayu tu...

"Tulah, hyung dah kata. Kalau ada masalah apa2 pun, panggil je hyung kat dapur. Ini tak." Seokjin cuma tergeleng2 ambik senyum. Lelaki berambut biru sebelah dia tu cuma merenung aku sampai aku rasa dah ada lubang dah kat atas dahi aku.

Flashback balik 5 minit sebelumnya...

Aku masih lagi duduk bersimpuh atas lantai kayu kedai tu dengan muka pucat. Mana tidak weiii, dia cakap Korea dengan aku! Celah mana aku tau Korea?! Aku duduk Jepun je sepanjang 18 tahun aku hidup!

"Mwongayo? Jjinja apayo?" Mamat tu cuba untuk pegang lengan aku, tapi aku tepis tangan dia.

"Iya..." Aku cuba untuk bangun sendiri. Malu weiii orang keliling pandang. Dahla terjah masuk- kena lempar senanye- macam kena kejar dengan vampire tak makan 4 tahun, pastu buat drama tak masuk panggung pulak tengah2 kedai orang.

Dia terkejut beruk, sebelum melaung, "Jin-hyung!" Alamak, matilah aku! Dia tengah panggil orang nak belasah aku dalam dapur ke? Mesti Jin-hyung ni akan cincang aku pastu buat sup tulang... Baachan, maafkan Hyerin kalau Hyerin banyak menyusahkan baachan.

Humph, memang banyak pon. Isy, orang tua kerepot ni. Aku nak mati dahni dia sempat lagi kutuk aku.

"Wae..." Jin-hyung muncul dari dalam dapur, dan mata coklatnya tepat memandang ke arah aku. Gulp! Lebarnya bahu. Serius. Rip Hyerin. Kau tak sempat nak berjasa kepada mak ayah kau.

Sambil tengah aku meratapi kematian aku yang tengah berjalan ke arahku, aku nampak dia mengeluarkan satu pelembap bibir dan mengoleskannya ke bibir dia. Kenapa dia buat camtu? Bibir dia kering ke sampai takleh nak bagi senyuman maut kat aku?

Seorang lagi lelaki berkulit pucat keluar dari dapur dan melihat aku duduk rilek2 di tengah2 kedai tu, terus berjalan laju ke arahku. Janganlah datang sini, wahai Encik Vampire. Cukuplah aku mati di tangan dua orang wizard.

"Awak OK ke?" Uhuk. Aku tersedak air liur sendiri dengar dia cakap Jepun. Ploless pulak tu? Tapi camane... Opkos! Lip balm tadi!

"Uh... huh." Okai, seyes cam bodo.

"Meh sini saya tolong awak." Dan kita pon berbalik kepada asal.

Seokjin (si bahu lebar), Hoseok (yang jumpa aku first2 skali), dan Yoongi (si Encik Vampire). Diorang bertiga adalah pemilik kafe tu.

"Hmm..." Seokjin melipat semula surat yang Sarang-baachan suruh aku bagi dia, dan dia senyum ke arah aku. Aku sekali lagi menghayati keindahan lantai kayu kafe tu.

"Kau ni vampire-witch yang cuba untuk hidup dalam dunia yang bencikan kewujudan kau, Kim Sarang jadikan kau anak angkat dia selepas anak saudara dia mati dan sekarang ni dia hantar kau kat kitorang untuk kitorang pulak jaga?" Yoongi yang dari tadi menyepi tiba2 rap dalam satu nafas pasal life aku.

Rase nak tepuk tangan, tapi dia baru je kutuk aku dengan satu nafas. So tak jadilah.

Siku Seokjin mendarat di perut Yoongi. "Aku still tak puas hati dengan cara kau ringkaskan semua benda dengan rap." Seokjin memarahi Yoongi. Mamat pucat tu mengusap perut dia dengan dahi berkerut. Nak marah aku ke Seokjin? Takutla dengan dia ni.

"Awak tau ke... kitorang semua ni apa?" Hoseok mencelah. Pandai betul dia ni ubah topik.

"Awak dengan Seokjin wizard, dan Yoongi vampire." Aku memberitahu. Ketiga2 mereka memandang aku dengan mata hampir terkeluar dari kepala diorang.

"Camana dia tahu?" -Hoseok.

"Aku tak sedap hatilah..." -Yoongi.

"Kita punya invisibility spell dah revoke ke?" -Hoseok.

"Relaks, gais, relaks-" Heh, haromlah nak relaks kalau ada Hobie. Dat guy got no chill.

"Aku cakap, RELAKS!" Seokjin menyergah diorang berdua, sampai aku sekali rasa nak putus nyawa.

"Sekarang ni kita bawak Hyerin naik atas dulu, okay? Jom, Hyerin." Tangan Seokjin yang memegang lengan aku mengiringi aku ke arah tangga yang aku tak perasan pon sebelum ni dan kitorang naik ke tingkat atas.

Tiba2, satu surat muncul di tangan Hoseok.
"Jin-hyung suruh baca." Dia membuka surat itu dan membacanya sekali lalu.

"Aku dah tengok dah tadi." Pop! Yoongi meletupkan gula2 getahnya sambil berdiri acah2 swag.

"Tak, ayat last skali ni..." Kalini diorang berdua membaca ayat terakhir surat tu dengan dahi berkerut.

=×=×=×=

Sebab ada orang beriya nak cerita dia sangat... Nahla DiSya_KooKie


Iya... - Tak...

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now