Chapter 5

79 4 0
                                    

"Ada tujuh orang yang tinggal dalam rumah ni, lapan campur awak. Empat wizard, tiga vampire."

Sambil membuat caramel, Jin bercerita dengan aku yang sedang menyapu tray-tray biskut dengan butter.

"Dekat tingkat dua ada banyak bilik, kan? Sebenarnya, semua bilik tu ada penghuni. Tak, bukan hantu." Jin mematikan angan-angan aku. Aku memuncungkan mulut dan Hoseok ketawa kecil. Suka sangat dia ni gelak. "Teruskan."

"Okay." Jin menyambung kisah dongengnya semula. "Tu semua staff kat kafe ni, tapi saya rasa... awak tak sesuai lagi nak jumpa diorang semua."

"Kenapa?"

Kalini, muka Jin macam tak selesa nak terangkan dekat aku. "Sebab diorang pon taktau awak ada kat sini. Sarang tak inform kat saya pon pasal awak."

Auch... "Saya tak dialu-alukan-"

Pap! Mulut aku kena ketuk dengan senduk. Hoseok memandang aku dengan pandangan marah. "Jangan pernah cakap macamtu. Semua orang dialu-alukan datang ke kafe ni, tak kisahlah dia manusia biasa ke, magician ke, vampire ke, angel ke, demon ke-"

"Macam tulah kisahnya." Jin memotong Hoseok.

"Hyung~ Wae nal maldeuri-!" Eh, asal tetiba cakap bahasa Korea ni... Kepala aku mula berpusing macam washing machine dan Hoseok memakai semula lip balm dari poketnya. Jin berdehem.

"Kiranya, tulah syaratnya bila kitorang berempat memula bukak kafe ni."

"Aah, lagi sorang tu Kim Namjoon, seorang wizard." Jin menambah sebelum dahinya berkerut. "Hobie, mana Namjoon? Patutnya dia dah turun dah masa ni-"

KPRANGGG! Kedua-dua Hoseok dan Jin mengeluh. "Tepat pasal masanya."

Seorang lelaki tinggi -weh, serious tinggi, macam hantu galah!- menyerbu ala-ala pemain ragbi kedalam dapur dan menyapu habuk dari kot hitamnya. "Good morning, guys- Oh, a new face?"

"Namjoon boleh bercakap BI lagi bagus dari Korea. Telan jelah ye..." Hoseok menepuk bahu aku perlahan, dan aku hanya mampu mengangguk.

Jin dan Namjoon bercakap dalam bahasa Korea, dan aku duduk tercegat antara diorang berdua. Mungkin ucapan selamat pagi kot. Tapi bila tetiba aku dengar nama aku kena sebut dengan Jin, aku tunduk hormat 90° ke arah Namjoon. Nasib baik dia pegang bahu aku sebelum dahi aku cium lantai.

Dia ketawa. "Tak perlu la awak polite sangat macam ni. Saya Namjoon, dan kalau awak boleh tengok, saya tak kerja sini."

"Mamat tu pegawai dekat KMK." Yoongi laung dari luar. Mungkin diantara carutan dia dekat Namjoon sebab dah pecahkan pasu kat luar.

"Oh..." Aku mengangguk, walaupun aku taktau ape kejadah KMK tu. Selepas bersalaman dengan Namjoon sekali lagi dia mengambil satu beg kertas dari Hoseok dan keluar melalui pintu belakang.

"Tu baru sorang. Ada lagi tiga." Yoongi muncul kat tepi aku, dan kulit putih mulus dia hampir kena sapu butter dengan aku.

"Kau buatlah, aku akan pastikan kau takleh tido malam ni." Aku mengundur kebelakang, tapi Hoseok yang tersengih dari belakang aku menayangkan yang dia menganggap 'takleh tido' yang lain. Sekali lagi, Yoongi mencarut untuk pagi tu.

Aku tersenyum. Kalau duduk dengan diorang ni, boleh kot aku hidup...

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now