Chapter 9

66 2 0
                                    

Keesokan harinya, aku terus turun ke bahagian kafe untuk menyapu lantai. Bila aku masuk,  mataku bertembung dengan mata Jungkook dan kakiku secara automatik membuat U-turn ke dapur.

"Hyerin? Awak sakit ke?" Semalam Jin ada beri aku subang magik yang membolehkan aku memahami semua bahasa. Nasib baik dia bagi benda tu. Penat kena pakai lip balm magik kot.

"Takdelah, Hoseok. Saya sihat je."

"Muka awak macam pucat." Tangan Hoseok memegang pipi aku, mata redupnya merenung aku. "Kalau tak sihat, bagitau saya. Kita boleh MC sehari pergi klinik."

Muka aku tiba2 rasa macam kuali nonstick Suga guna untuk buat french toast semalam. Kakiku yang bijak berkali-kali menapak lapan belas tapak kebelakang sampaila ke pintu kafe. "S-saya o-o-o-"

"Oppa Gangnam Style!" Taehyung muncul dari tingkat atas sambil menari dan menyanyi lagu PSY tu. Jin yang turun sekali dengan dia menghadiahkan sengkehan berapi kepada budak tak brekpes pagi tadi tu.

"Gi sekolah cepat! Jangan nak menyemak kat sini, aku sengkeh lagi kang." Dengan mengangkat tangan sekali lagi sahaja, Jin dah berjaya melenyapkan V dan Jimin dari dapur. Jimin tengah berborak dengan Suga sambil meminum secawan espresso. Tetapi V terus menyambar Jimin dan menggunakan teleportation spell untuk melarikan diri.

"Wei biskut! Jom lari sebelom Jin-hyung sekeh kita! Sakit aboh kena tadi weh!"

"Bye, Jin-hyung! Bye, Suga-hyung! Bye, JHope-hyu-" Suara Jimin hilang disebalik pintu kafe yang terhempas. Jin mengeluh sambil tersenyum.

"Macam budak-budak. Boleh kurus aku jaga diorang tu. Dah ready untuk kerja harini, Hyerin?" Jin tetiba menembak aku dengan soalan.

"Opkos!" Eh, sejak bila aku boleh cakap bahasa Inggeris ni? Namjoon yang baru turun dengan sut dan breifcasenya tergelak sebelum menggosok kepala aku.

"Sejak bila speaking gaya pro sampai tumbang pokok ni?"

"Namjoon, roaaklah rambut saya!" Macam berus besi guna sagat bontot kuali dah aku tengok rambut aku!

Namjoon ketawa besar lagi sebelum mengambil bekalnya dari kaunter dapur. Kemudian dia hampir buat anak mata aku meletup macam belon kena pijak dengan kasut spike pemain bola dari MU.

Dia cium pipi Jin. "Saya pergi dulu." Kenyit mata kat aku sebelum keluar pergi kerja. Aku pusing memandang Jin yang bermuka semerah rambut Karma dalam Assasination Classroom, tapi dia diam je.

Aku membuka mulut tapi tak boleh nak bercakap. Apekah...

"Jom... mula buat batch untuk harini." Sambil tersenyum sorang2, Jin memakai apron dan terus mengeluarkan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.

Watdefuk, betul ke ni... Apa yang aku nampak tadi, habislah mata aku! Aku menutup muka dengan tangan dan menjerit kecil.

Tak! Aku tak nampak tu! Tak nampak! Tak tau! Tak buat! Tak, takde pape!

V tergelak sampai merah muka, semerah muka Jin sambil berjalan ke sekolah. Muka Jimin pon merah, tapi dia tak ketawa. Tak, muka dia merah mengalahkan muka Jin. Macam warna lipstick kerani ofis yang diorang bakar tahun lepas. Jimin memng tak suka kerani tu sebab betina tu suka menggatal dengan dia.

"Ko janganlah gelak!" Namjoon sekali lagi menyekeh kepala V. "Aku terajang kau karang!"

"Isy, hyung ni! Dahla tadi Jin-hyung pon sekeh saya jugak..." V menyeringai macam hantu terlebih gigi sebelum ketawa sekali lagi. Jungkook pula hanya diam dikeliling hyung-hyungnya.

"Lawak syall. Haduh, kurus perut aku gelak camni... Kenapalah... Macam mana boleh nampak, terhibur pagi aku woi..." Jari V mengelap air mata dari matanya. "Si Hyerin pulak lah..." Dan V hampir terjatuh akibat ketawa banyak sangat.

Ya, muka Jimin still merah. Macam takkan hilang sampai sekolah je.

Jungkook pulak hanya memilih untuk berdiam diri. Dia memerhati kawasan sekeliling. Pekerja pejabat berpusu-pusu menaiki bas dan teksi. Budak sekolah berjalan kaki ke sekolah. Deraman vampire yang bergema di dalam suatu lorong gelap...

"Vampire?" Jungkook memusingkan badannya untuk mencari suara tu, tetapi ia dah hilang.

=×=×=×=

Jangan kecam ea... I am a tru NamJin shipper. OTP first author adalah NamJin, nombor 2 VMin. #3 - Sope. Da best 👍👍👍

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now