Chapter 16

66 3 0
                                    

Senyuman menawan Jin dari seberang meja melebar. "Lepas Jungkook cakap camtu, apa jadi?"

"Muka suma orang berubah, ada yang pucat macam Suga-hyung, ada yang terbeliak mata macam nak tersembol keluar! Seres lawak!" V yang dari tadi seronok jadi penglipur lara memang pakar dalam kerjaya dia tu. "Cikgu pon jadi macam robot tak cukup bateri, keras kat belakang meja. Saya ingatkan dia buat mannequin challenge."

"Hyerin pulak, macamana?" Tanya Hoseok. Diorang berlima serentak memandang aku dan kaki aku tetiba laju melarikan diri dari tempat kejadian.

"Kitorang tak perasan pulak ekspresi dia..." Jimin menggumam dan kedengaran bunyi lima kerusi ditolak kebelakang. "Hyeriiiiiin~"

Matilahnak.

Aku berlari naik ke atas selepas meletakkan pinggan yang aku kutip dari kafe dalam dapur dan terus mengunci pintu.

Tetiba- Zass! Penyambungan neuron.

"Hyerin, diorang semua ahli sihir dengan vampire. Kunci pintu boleh hentikan dorang sangat!" Bijak magician mix blood ni. Okay, plan B.

Tingkap yang tak pernah aku bukak sejak dari hari pertama datang ke kafe tu aku pandang. Aku tak pernah buat benda ni, tapi terdesak amat dahni. Tapi kalau aku silap-

Dang! "Hyerin!"

No way. Tingkap lama tu aku rentap dan sambil memegang rangka tingkap tu, aku pejamkan mata. Pintu bilik aku ditendang kasar. Jin menarik nafas acah2 drama queen. "Pegang diaaaaaaaaaa-"

Not today, geng.

Sambil aku lompat, diorang semua meluru kearah tingkap tu dan semua berebut nak pandang ke bawah. Suga menyumpah dari belakang. "Korang lahni! Kan dia dah hilang."

"Kitorang cuma nak tau je..." Hoseok membuat muka empat puluh sen sambil memandang jalan raya dari tingkap bilik Hyerin. "Oi, J-Hope. Kau rasa dia ke mana? Boleh trace ke?"

"Sepatutnya lebih senang, sebab Hyerin ada darah vampire. Tapi..." Lelaki tu menggeleng kepala sambil meletakkan hujung jari telunjuk di dahi. "Tak, darah vampire dia buatkan dia invincible dari tracking magic saya. Nak taknak, kena tunggu dia balik."

"Ataupun," Jimin memberikan cadangan, "kita boleh pergi jumpa Namjoon-hyung dan Kookie dan kita mintak diorang tolong carikan Hyerin-"

"TAK BOLEH!" Keempat-empat orang memangkah cadangan Jimin.

"Jungkook akan potong kita hidup-hidup. Aku tau umur kau dah 2523 tahun, tapi aku nak hidup lagi, Chim-Chim." V memegang bahu Jimin. "Kita cuba cara lain, ehh?"

"Okay..."

-------

"Kenapa kau buat statement camtu, Jungkook?" Jungkook hanya memandang  kosong Namjoon yang duduk bertentangan dengannya. Caramel macchiato di tangan dihirup sikit.

Namjoon mengeluh bila Jungkook hanya memandangnya pana. "Hyung tak marah kau cakap camtu, tapi bincanglah dengan kitorang dulu. Kalau diorang tau-"

"Diorang takkan tau." Laju je si Jungkook memotong cakap Namjoon. "Saya akan pastikan macamtu. Kalau diorang tau pun, diorang takkan berani untuk dekati Hyerin sebab saya."

Ekspresi muka Jungkook berubah dingin bila dia habiskan ayat tu. Magician di hadapannya memutuskan untuk let it go~ let it go~ "Dah, kalini hyung biarkan. Dah sedia?"

Sekali lagi Jungkook tak membuka mulut, hanya meletakkan telapak tangan di atas meja. Namjoon mengetuk permukaan meja dengan mug kopinya dan lukisan suatu bulatan majik mulai muncul di meja itu. Jungkook mendesis bila lukisan itu muncul dibawah tangannya tapi terus menumpukan perhatian.

"Fokus. Kau kena belajar untuk kawal kuasa kau."

"Bila Hyerin kena belajar jugak?" Soalan Jungkook membuatkan Namjoon tersentak.

"Untuk mengelakkan kuasa dia dan kuasa kau cuba untuk membunuh satu sama lain, I think it's better to have one of you on a higher level than the other." Penerangan Namjoon membuatkan Jungkook ketawa kecil. "Kenapa?"

"Hyerin." Jungkook membuka matanya dan memandang tepat kearah magician itu. "Dia dah gunakan magik. Kat rumah. Teleportkan diri berjumpa dengan Dandelion Witch."

"Dandelion Witch?" Mata Namjoon berkelip2 memandang Jungkook, sebelum dia ketawa lega. "Kalau dia, takdehal. Kita selesaikan ni dulu, baru jumpa Hyori."

-------

Tetiba, aku ada kat atas satu sofa lembut. Tetiba, ada seorang perempuan berambut perang paras bahu memandang aku. Tetiba, ada seekor singa yang menekan aku ke sofa tu.

"Yeontan, jangan!" Perempuan berambut perang tu menjerit, tapi dah terlambat.

=×=×=×=

Dandelion...
<(@ ̄︶ ̄@)>
Sori sebab chap ni lambat, author tak sihat sikit arini. Patutnya post semalam, tapi Wattpad buat lawak hambar. Sori.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Itu je. Duit raya cari sendiri. Bai.

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now