Chapter 22 [Pt. 1]

63 4 0
                                    

Oh, BTS da comeback. Hmm, dorang da comeback. Hmm, comeback...

*talian hayat author anda telah putus. Sila scroll ke bawah untuk menyambung agenda yang telah dijadualkan.*

=×=×=×=

Mata aku tertutup bila lampu tingkat bawah kafe menyerang anak mata aku. Jin melepaskan bahu aku dan aku menyambut huluran tangan dia yang menarik aku ke bahagian rehat staf.

"Awak okey, Hyerin?" Walaweh, asal suara Jin tetiba macam Hoseok? Intai siket... Uhuk.

"Kenapa?" Tangan Hoseok rajin menggosok belakang aku bila aku tersedak tetiba. "Rasa pening lagi? Awak perlukan apa2?"

"T-Tak, saya okay. Terima kasih, Hoseok." Aku memilih bahagian sofa tiga kusyen yang paling hujung untuk duduk. Riba Taehyung dah jadi bantal Hyori yang tertidur, Jimin bersandar pada kaki wizard tu. Jin pulak baru muncul semula dari dapur dengan Namjoon dan Yoongi, membawa sejag koko panas dan sepinggan butterscotch cookies.

Bila aku perasan yang dia takde, aku membukak mulut untuk bertanya bila tiba2 aku rasa ada benda mendarat atas riba aku.

"Korang ceritalah, tolong kasi aku tido." Jungkok menggumam dari riba aku, lengan menutup matanya. Yang lain mengangguk setuju tanpa banyak soal.

Tapi aku ada berlambak soalan.

"Ye, Hyerin, kitorang tau. Kitorang nak ceritalah ni, sabo dulu." Taehyung memotong buah fikiran aku. Mata aku terkedip-kedip memandang dia sebelum mengangguk perlahan.

"Jadi," Lepas semua orang (selain Jungkook, Hyori pon da bangun walaupun still letak kepala atas riba V) dah ambik sama ada secawan koko ataupun sekeping biskut, Jin meletakkan tapak tangan kiri dia atas meja dan menghasilkan satu lilin aromaterapi. "Siapa nak mula dulu?"

Yoongi menghembuskan nafas, dan lilin Jin terpadam. Pandangan cari gaduh mak-mak sedunia dihadiahkan Jin kepada vampire Kutub Selatan tu. Dia mencebik. "Fine, aku dulu."

"Kau ada belajar puak-puak vampire, kan?" Mata Yoongi memandang tepat ke arah aku, dan laju aku mengangguk. "Bagus. Dalam-"

"Ehhh! Tak, saya tak tau!"

"Eiii, budak ni-" Jimin laju menangkap penumbuk Yoongi yang tetiba naik macam peluru berpandu nak dilancar, dan kedua vampire tu berbalas pandangan. Aku cuba menenggelamkan badan aku di dalam sofa tu supaya diorang tak nampak aku, bila ada satu tangan cuit pinggang aku.

"Jangan banyak gerak sangat. Susah aku nak tido." Jungkook menderam sebelum mengiring ke kiri.

Nak tegur ke taknak? Tapi tak baik kalau camni...

Jungkook membuka sebelah mata, ekspresi mukanya penat. "Ada apa?"

Halamak, aku lupa dia ni boleh baca fikiran. "Tak baik tidur mengiring kiri. Tindih jantung, nanti senang sakit. Mengiring lah ke kanan, baik sikit." Lagipun sunnah. (Sekian selitan tazkirah dari Ust. Hanz.)

Mati2 aku ingat dia akan jerkah aku ke, pandang aku macam aku baru bunuh satu keluarga dia ke, tapi tak. Jungkook mengiring ke kanan tanpa banyak soal dan terus menyambung tidur dia.

Jari aku mengelus rambut perang dia, sambil tersenyum. Penat sangat kot dia.

"Okay, Hyerin, camni la." Kalini Jimin pulak yang bercerita. Yoongi memilih untuk meneguk koko panas dia, tapi warna koko tu macam lain macam je.

Jangan soal Hyerin. Fokus pada pembawangan Jimin. Okay, fokus.

"Puak utama bagi setiap spesies makhluk magik ada lima. Yang kecik2 tu semua bernaung bawah yang lima utama ni. Macam  Naruto lah jugak, tapi ni kisah puak. Tu negara. Okay," Jimin menyelak rambutnya kebelakang telinga sebelum menyambung.

"Antara lima puak vampire ni, Puak Nightlock adalah yang paling radikal. Saya dan Yoongi-hyung, kitorang dari puak tu." Dengan sekali teguk, Yoongi menghabiskan minuman dia.

"Second prince, the next king, fallen prince, the tainted kin. Min Yoongi." Dia membuka matanya dan mulut aku ternganga. Mata dia... hazel. Sebelum ni, hitam biasa je tapi sekarang ni... hazel.

Dan mata Jimin pon da bertukar warna. Kelabu, macam langit bila nak hujan. Taring diorang pun dah keluar, aku nampak sikit atas bibir diorang.

Jimin menepuk kaki vampire berhadapan dengannya. "Yoongi-hyung adalah putera kedua daripada Pauk Nightlock, saya pulak salah seorang general dalam pauk tu. Kitorang selalu berlatih sama2. Lari pon sama2."

"Ke-Kenapa korang buat camtu?" Jimin dan Yoongi memandang aku dengan mata macam pakai kontek lens beli kat pasar malam diorang, dan aku pandang dahi Jungkook. "Lari dari Puak Nightlock. Kenapa?"

"Sebab aku," Kalini Taehyung pulak yang mengangkat tangan, ", pernah dapat satu ramalan yang hampir menyebabkan aku mati."

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now