Chapter 14

61 3 0
                                    

Bila aku sedar semula pagi esoknya, aku dah ada atas katil.

Katil aku, bukan katil... Korang taulah sape.

Bila selak sikit selimut intai ikut celah kain warna merah tu, terus hembus nafas lega. Nasib baik pakai baju lagi.

A: Oi, molek sikit. Bulan pose ni. Aku sumbat dalam van jenazah karang.

Hyerin: Hehe... Janganla... Author sayang kita kan??

A: Dahh, pegi masuk citer balik! *tunjal dahi Hyerin masuk balik dalam cerita*

Tok, tok. "Hyerin, dah bangun ke?"

"Jimin?" Kaki aku sarung selipar -warna pink mulanya, tapi aku tukar warna merah. Almaklumla, warna feveret- yang ada disebelah katil sebelum memulas tombol pintu. "Saya dah bangun. Maaf terjaga lambat sangat, dah subuh gajah ni."

Senyuman eye-smile Jimin boleh cairkan Namsan Tower kalau camni. "Hehe, ni subuh T-Rex la, Hyerin."

Erk... Muka aku terus bertukar jadi muka otromen kena smackdown dengan godzilla dan Jimin ketawa kecil.

"Anywaeysh, ni uniform awak." Lipatan baju di tangan Jimin bertukar pemegang, dan vampire mochi tu fire eye-smile dia kearah Hyerin lagi sebelum turun ke tingkat bawah.

Uniform? Bukan dah bagi ke satu haritu... Sambil membelek-belek uniform tu, Hyeri terus bersiap untuk turun ke tingkat bawah.

---

Jungkook bukan jenis vampire yang suka turun ke kafe awal. Heh, dia kalau boleh nak mandi shower sebelum dia naik ke suhu 69° Celcius. (Namjoon buat satu spell yang akan naikkan suhu air shower lagi lambat kau mandi.) Yoongi je yang mampu kejut dia, dan takde sapa yang berani kejut Yoongi.

Tapi, entah kenapa hari tu dia tetiba buang tebiat mandi air shower suhu 25° (orang kedua bangun, selepas Seokjin) dan terus turun ke kafe kat bawah. Jin pon nak tercampak telur dadar nampak dia.

"Kookie? Awalnya bangun harini. Ada apa2 ke?" Tanya Jin sambil menghidangkan telur dadar yang garing keemasan. Dan semestinya dia menggunakan hebat-hebat rasa, Maggi cukup rasa~

(Bukan iklan. I repeat, bukan iklan.)

"Takde lah, hyung. Racun labah-labah semalam ada dalam badan lagi, kot. Tu tetiba body clock jadi tak betul skit ni..." Jungkook menjawab sambil menggigit telur dadar di pinggannya. Namjoon turun ke dapur, ambil bekal yang Jin sediakan dari atas kaunter dan cium pipi Jin sebelum keluar untuk ke kerja.

Namjoon buat sweet-suit-sawet depan Jungkook je pon sebelum ni, tapi lepas kantoi depan Jimin, si vampire mochi,  Namjoon memang takleh nak buat pape dah. Haters gonna hate, players gonna play, bak kata Rap Monster, ketua kumpulan BTS dalam lagu diorang Mic Drop.

"Sini dahi." Jin melekapkan tapak tangannya ke dahi Jungkook sebelum sempat vampire tu bagi kat dia, dan mata Jin tertutup rapat.

"Ada sikit lagi racun tarantula tu dalam badan kamu, tapi tak teruk sangat." Jin kemudian men'starlight' dahi budak tu. "Lain kali jangan sedut semua racun dari dalam badan orang. Ni makannya."

"Kalau saya tak sedut, nanti Hyerin yang kena." Berkerut dahi licin Jungkook menahan sakit. "Saya sedut kat leher je, bukannya kat tempat lain-"

Spatula kat tangan Jin lagi menakutkan dari pedang Excalibur kat tangan King Arthur. Dan King Arthur pakai saka, Jin pakai renungan berasid je. Sapa lagi power?

"Urm... Mintak tolong boleh?" Satu suara kecil mengganggu perbalahan anak beranak tu, dan mereka berdua pusing menghadap Hyerin yang tersenyum takut2 je kearah mereka.

"Macamana nak pakai reben ni?"

=×=×=×=

Huhihu, update selepas berminggu hiatus tanpa sebab! Bukan, author bukan syaiton yang dikurung. So, enjoy lahyek!

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now