Chapter 6

77 5 0
                                    

"Yang lagi tiga tu, macam mana orangnya?" Aku bertanya selepas semua tray dah dimasukkan ke dalam oven.

"Hmmm... Diorang sume budak baik." Aku dengan Hoseok bagi Jin pandangan biar-betik-derr. Hoseok mengeluh sebelum menepuk bahu Jin.

"Hyung masa dekat sekolah, dapat berapa dalam Penulisan?" Mata bulat Jin terkedip-kedip dengan soalan main tembak Hoseok.

"Tinggilah jugak... Kenapa- Hobie!" Jin memulas telinga Hoseok bila dia dapat tangkap apa yang Hoseok cuba sampaikan.

"Hyung tak habis citer lagi, tunggulah dulu! Dalam bercerita kenalah ada drama. Baru best nak dengar!"

"Yelah, yelah! Stoplah pulas telinga saya!" Aku hanya memandang dua orang beruk- ehem!- wizard depan aku ni. Agaknya kalau aku habiskan cookies-n-cream cake depan aku ni diorang akan perasan tak?

Jin terus berpaling ke arah aku.

"Diorang semua kat sekolah lagi. Jimin dengan V kena ulang gred sebab diorang pernah bakar pejabat sekolah tahun lepas."

Habis aku tersedak keluar hujan kek. "Kenapa diorang bakar pejabat sekolah?" Takde kerja sangat ke apa?

"Yang tu... awak kena tanya diorang sendiri. Tak boleh nak buat apa, tapi bak kata V, 'pasrah itu berserah'." Hoseok shrug dan sambung makan kek dia.

Jin tersenyum, sebelum mukanya bertukar serius. "Dan yang awak jumpa semalam tu, depan pintu bilik awak..."

"Jeon Jungkook?" Aku mengulangi nama mamat tunggul depan pintu tu. Jin mengangguk.

"Dia tu..." Jin menggaru kepalanya. Kenapa? Dia ada kutu ke? Aku menjarakkan badan aku dari dia. Seksa weh kena kutu. (Ini pengalaman author, jangan bangkang. Nak bangkang, PM tepi.)

"Adik aku." Suga menolak pintu dapur dan memandang tepat ke arah aku. "Kau takyahla nak dekat-dekat dengan dia, aku tak suka."

Erkk... Jin menghadiahkan Suga pandangan maut yang dia bagi kat Jungkook semalam dan Suga keluar semula dari dapur. Kemudian dia menepuk bahu aku.

"Takyah layanla Suga tu. Dia bengang ke Namjoon tu, sebab pecahkan pasu pagi tadi." Jin kemudian mengutip piring dan cawan di atas kaunter, pura-pura sibuk. "Kafe dah nak masuk opening hours dahni, jomlah bersiap."

Aku dan Hoseok mengangguk, sebelum Hoseok menepuk bahu aku dan naik ke tingkat atas. Untuk tukar baju, agaknya. Dan aku termenung sorang2 kat dapur.

Kenapa benci sangat Suga kat aku? Ke sebab aku ni budak yang dilahirkan dengan darah vampire dan magician? Aku pernah dengar yang vampire tak berapa suka kat vampire yang mix blood ni. Lagi-lagilah aku ni berdarah campur magician dengan vampire. Macam saja nak kutuk dua-dua tu.

Aku mengeluh sebelum memandang lantai kayu dapur tu. Apa yang aku boleh buat kat kafe ni? Boleh ke aku kerja dengan baik kat sini?

"Kenapa kena risau? Semua akan okey, percayalah."

"Yelah, saya tak pernah diterima orang sekeliling saya. Macam mana kalau saya dirijek lagi? Macam mana kalau saya musnahkan reputasi kafe ni?"

"Selagi awak tak cuba, awak takkan tau. Macam lagu Shakira tu, try everything."

Lagu Shakira??? "Lagu apa tu- Waaaargghh! " Ada seorang lelaki yang aku tak kenal tengah duduk mencangkung atas kaunter dapur, matanya tajam memandang aku. Siapa dia ni?! Bila dia muncul?

"Hai. Saya-" Tiba-tiba, aku dikelilingi Hoseok, Jin dan Suga dan diorang bersiap siaga macam nak berlawan, muka masing-masing ketat. Rasa lega gila diorang dah sampai, aku terus jatuh terduduk.

Tapi bila diorang nampak je budak tu, semua membuat muka menyampah dan berdiri tegak semula. "Kau ni V, janganlah main terjah camtu! Buat sakit jantung aku je dengar Hyerin menjerit."

V hanya tersengih, mulutnya membentuk satu empat tepat. Jin menolong aku untuk bangun semula dan Suga terus blah dari dapur.

"Hyerin, ini Kim Taehyung. V, Han Hyerin." Hoseok memperkenalkan mereka berdua. Aku menunduk sedikit ke arahnya dan Taehyung berbuat benda yang sama.

"Panggil saya V pon takpe. Senang sikit. Tapi hyung, takpe ke saya tau nama sebenar dia?"

"Awak bukannya vampire kan? Awak ni magician." Kalau mata V boleh tersembul keluar pastu jatuh atas lantai, mata dia dah bergolek sampai pintu dapur dah. Mata bulat V memandang aku sebelum mukanya bertukar kagum.

"Menarik... Nama awak macam nama Korea, kenapa awak cakap Jepun?"

"Saya dibesarkan kat Jepun. Jadi maaflah kalau saya tak boleh cakap Korea..." V ketawa dan menggeleng. Jin yang dah bosan jadi orang ketiga yang takde function terus mengheret V ke depan.

"Kau dah tetiba balik kenapa? Bukan sekarang kelas kau dah start ke? Jangan cakap kau pontenglah. Kalau kau ponteng, aku..."

Hoseok pulak menarik aku ke tingkat atas untuk memberikan aku uniform. Semasa dia tengah menterbalikkan bilik Jin untuk mencari uniform waitress aku tanya Hoseok.

"Kenapa korang semua boleh terima apa saya sebenarnya?"

"Yes, jumpa! Hmm?" Hoseok memegang satu bundle kain dan terseyum ke arah aku. Dia kemudiannya meletakkan bundle tu di atas tangan aku.

"Bukan semua vampire dan magician saling benci membenci. Awak sendiri buktinya." Dia merosakkan rambut aku sebelum keluar untuk ke biliknya.

Apa maksud Hoseok?

=×=×=×=
W

oot woot, abam sengih petak dah muncul~

Wild Eyes [J.JK]Where stories live. Discover now