Sesampai di office FAKHRUL mengarahkan AIMI masuk ke dalam biliknya. Entah apa yang dia hendak lakukan kepada AIMI dek kerana kejadian di restoran tadi. AIMI hanya menurut perintah. Jiwanya kacau. Risau kalau dirinya dipecat, mak cik nya mesti akan marah besar jika dia kehilangan kerja memandangkan mereka datang dari keluarga yang kurang senang. AIMI menjejakkan kaki ke dalam bilik bos nya itu. Matanya tertumpu pada FAKHRUL yang berdiri membelakanginya, apabila lelaki tampan itu beralih mengadapnya, AIMI tertunduk.
"Mamat ni nk pecat aku ke ? Alaa mati la aku mcm ni, yg kau ni kenapa AIMI mulut tk ada insurans pergi cakap bukan2 dkat dia" AIMI menggaru kepalanya yang tidak gatal, hijabnya dibetulkan sedikit. FAKHRUL memandang AIMI dari atas hingga ke bawah. Entah apa yg difikirkannya, matanya merenung tajam ke arah muka gadis yang sedang mengamati lantai itu. Entah apa yg menariknya lantai itu hingga membuatkan AIMI tenung tidak henti2.
"You boleh balik, I tak perlukan you dekat sini" kata FAKHRUL dengan tidak berperasaan membuatkan AIMI tercenggang.
"You are fired" sambung FAKHRUL lagi sambil melangkah ke arah kerusinya lantas AIMI menarik tangannya.
"Tuan, tolong jangan pecat saya!" Rayu AIMI, dia sendiri tidak sedar bahawa tangannya memegang tangan lelaki tampan itu. Mata mereka bertaut. AIMI memandang FAKHRUL dengan penuh harapan bahawa lelaki itu harus menarik kembali kata kata nya.
"Arhh lantak lah nk kena buat muka comel pun, asalkan aku tak hilang kerja ni" bisik hati AIMI kerisauan. FAKHRUL memandang tangan AIMI yg kemas memegang lengannya, AIMI yang sedar akan hal itu lantas melepaskan genggamanya, mukanya begitu cuak. "Saya mintak maaf, saya tak sengaja, bos" AIMI menunduk lagi. Punah. Dia membuat keadaan lagi teruk. FAKHRUL tersenyum sini.
"Okay sekarang I faham you nak apa and you ni perempuan yang macam mana" kata FAKHRUL sambil mendekatkan dirinya dengan AIMI, AIMI yang tadinya jauh sekarang jaraknya sejengkal dengan bos kereknya itu, AIMI berundur perlahan.
"Dia nk buat apa lagi ni?" AIMI terus berundur hingga menyentuh dinding. FAKHRUL menunduk memandang AIMI, mukanya makin lama makin rapat dengan muka AIMI. AIMI menjadi tidak keruan memandang wajah lelaki itu dengan jarak yang terlalu dekat. Sumpah cair! Tangan FAKHRUL dilekapkan dinding sejurus itu AIMI menolaknya dengan kasar."Saya mintak maaf, saya bukan perempuan mcm tu, dan saya tak kisah kalau bos nk pecat saya sebab saya pun tak terhingin la nk bekerja dekat sini, assalamualaikum!" kata kata pedas AIMI itu membuat FAKHRUL tercabar. AIMI berlalu pergi begitu saja. Meninggalkan FAKHRUL yang berdiri kaku di situ. Riak wajah nya selamba.
"Sembang je tu, tunggu kejap lagi dia datang merayu dekat aku balik macam awal2 tadi" FAKHRUL berdialog sendirian. Bibirnya mengukir secalit senyuman tanpa dirinya sendiri sedar. Entah, dia memang suka mengusik wanita dengan cara seperti itu.AIMI mengemas barang2 nya untuk pulang ke rumah. Hatinya menyumpah nyumpah perbuatan bekas bos nya itu.
"Apa dia ingat aku ni perempuan macam apa? Dia ingat aku nak sangat kerja kat sini dengan buaya darat gatal miang macam dia tu? Eh memang tak lah, aku sanggup hari2 kena berleter dengan makcik aku lah" terkumat kamit AIMI mengutuk FAKHRUL."AIMI? Nak pergi mana ni?" Tegur NAZIFA kehairanan.
"Saya mintak maaf, saya rasa saya tak sesuai kerja dekat sini" AIMI lantas berlalu pergi meninggalkan NAZIFA. Hatinya bengkak. Pada hari pertama sudah mendapat layanan seperti ini. Oh AIMI tidak sanggup. Dia rela berhenti. NAZIFA lantas ke bilik FAKHRUL untuk memberitahu tentang perihal itu.Pintu diketuk, tanpa diberi kebenaran dia terus meluru masuk ke dalam bilik FAKHRUL.
"You buat apa dekat budak baru tu? Dia dah berhenti and balik macam tu je" kata NAZIFA sejurus masuk ke dalam bilik FAKHRUL."Apa? Dah balik?!" FAKHRUL terkejut. Dia salah menebak, fikirnya AIMI akan datang semula merayu agar dia tidak dipecat. Nampaknya AIMI betul2 serius dengan kata katanya tadi. FAKHRUL lantas bangun dan tergesa gesa untuk mengejar AIMI.
AIMI memandang tayar keretanya yang pancit itu. Resah.
"Macam mana aku nak balik ni hmm" fikirnya mahu saja dia pulang dengan teksi tetapi dia tidak mahu meninggalkan keretanya di situ kerana dia tidak mahu kembali ke Soft GLOBAL ini lagi."Tayar pancit ke?" ada suara yang menegur AIMI. AIMI beralih ke arah suara tersebut. Seorang jejaka yang tidak dia kenali berdiri di belakangnya. Mukanya kehairanan. "Siapa pulak mamat ni, org jahat ke?" Bisik hatinya risau.
"Ha'ah tayar pancit" AIMI menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lagi. Jejaka itu menghulurkan tangan nya untuk bersalam.
"Btw, saya ZIYAD. Tak apa biar saya tumpangkan awak, saya baru saja nk keluar tiba2 nampak awak macam ada masalah aje" pelawa jejaka itu sambil mengukir senyuman manis. AIMI buntu. "Mcm mana kalau dia ni orang jahat" AIMI sedang mempertimbangkan pelawaan ZIYAD. Tiba tiba matanya menangkap kelibat bos nya, FAKHRUL ARSYAD the clon of Fattah Amin itu, lantas AIMI mengangguk laju tanda bersetuju untuk menumpang jejaka yang bergelar ZIYAD itu. ZIYAD mempelawa AIMI masuk ke dalam keretanya. Dengan tidak melengahkan masa lagi, AIMI masuk ke dalam kereta Camry milik ZIYAD.Sesampai FAKHRUL ke tempat kereta AIMI, mereka sudahpun hilang. FAKHRUL menghela nafas panjang.
"Siapa pulak lelaki tu?" FAKHRUL melangkah kembali ke pejabatnya. Otaknya ligat berfikir tentang setiausahanya, setiap minggu asyik tukar macam tukar boxer. Dia memecat mereka kerana tidak menepati tastenya, ada yang penggoda, gedik, pendiam, tak cerdik tapi ini adalah kali pertama FAKHRUL dapat spesis yang agak kurang ajar, bukan kurang ajar sangat lah, yang berani menentang FAKHRUL. Dia harus buat AIMI kembali bekerja esok!

YOU ARE READING
Isteri VS Madu
RomanceRumahtangga yg dibina selama 5tahun mula retak apabila hadirnya seorang wanita yg bernama ADILA yang berusaha keras menggoda suaminya, apatah lagi setelah AIMI HAURA mengalami keguguran anak pertamanya membuat FAKHRUL ARSYAD mula membenci akan kelal...