ADILA berjalan meluru ke arah FAKHRUL yang sedang berada di lot parking kereta. Hati nya berbunga bunga kerana dia amat merindui jejaka yang bertakhta di hatinya itu. FAKHRUL memandang ADILA dari jauh. Dirinya berasa sungguh penat melayan kerenah ADILA. Apa kata hatinya, kadang kadang bergetar jugak apa bila berdepan dengan gadis secantik ADILA. Adakah itu perasaan sayang ? Tak mungkin. FAKHRUL akui dia memang sukar untuk jatuh cinta kepada seseorang sekarang ini, kerana dirinya belum bersedia. Sekarang adalah masa untuk dia berseronok sahaja. ADILA berdepan dengan FAKHRUL. Bibirnya mengukir senyuman manis. FAKHRUL memandang makhluk ciptaan tuhan yang cantik itu tanpa berkelip.
"Kenapa you tengok I macam tu ?" merona pipi ADILA apabila dipandang seperti itu. FAKHRUL tersentak dari lamunannya. "Kita nak ke mana?" FAKHRUL berjalan mengiringi ADILA ke arah tempat keretanya diparking. "I ikut you je" ADILA menjawab sepatah.
Tiba tiba matanya menangkap susuk tubuh seseorang yg berada di hadapannya, dan ADILA menegur gadis yang sedang mengeluh melihat tayar keretanya pancit.
"AIMI?" ADILA bersuara. Gadis itu lantas beralih melihat ADILA dan FAKHRUL. Riak wajahnya agak terkejut."ADILA?" AIMI mengukir senyuman dan dalam masa yg sama berasa pelik apa yang ADILA lakukan dgn bosnya. "Kenapa ADILA ada dgn bos?" Bisik hatinya.
"Kau buat apa kt sini? Kau kerja sini ke?" Riak wajah ADILA ceria melihat AIMI, sahabat nya dari kecil hingga sekarang, sejak2 AIMI melanjutkan pelajaran, mereka jarang berjumpa. ADILA tidak menyangka bahawa AIMI bekerja di syarikat FAKHRUL.AIMI hanya mengangguk manakala FAKHRUL ibarat tunggul sahaja di situ, matanya tertumpu ke arah tayar kereta AIMI. "Kenapa dgn tayar kereta you?" FAKHRUL bersuara. AIMI menggaru kepalanya. "Entah la, pagi tadi okay je tetiba pulak pancit" AIMI membelek2 tayar keretanya, entah mcm mna dia hendak balik ke rumah nanti. "Takpe kau lunch dengan aku je, balik nanti aku hantar kau" ADILA mempelawa AIMI. Dia tak sabar sabar ingin berkongsi cerita dengan AIMI. FAKHRUL tersenyum hambar. "Alahai, layan sorang perempuan pun tak larat, ni dua orang pulak, nak bergosip latu"
AIMI hanya tersenyum lantas melihat wajah FAKHRUL yang agak cemberut itu. Dalam hatinya berkata kata apakah hubungan ADILA, rakan karibnya itu dengan bos baru nya yang kerek itu.
AIMI hanya berdiam diri ketika menyantapi makanan yang terhidang di hadapannya. Berasa kekok apabila berhadapan dgn FAKHRUl, al maklum lah, ini adalah kali pertama dia duduk semeja dengan FAKHRUL, apatah lagi apabila dapat mengetahui FAKHRUL bukanlah seorang yang sporting. Lagi berasa kekok apabila ADILA mengadakan adegan suap menyuap dengan FAKHRUL, FAKHRUL yang disuap itu menunjukkan riak yang tidak selesa.
"Mentang2 ada budak ni dia pandai pulak nak suap suap" FAKHRUL mengeluh di dalam hati.
AIMI mula berasa tidak senang duduk. "Saya nak ke tandas kejap" AIMI lantas bangun dan meluru ke tandas. ADILA membuat riak wajah pelik. Pandai pula AIMI berbudi bahasa sekarang, atau memang di hadapan FAKHRUL, AIMI menjaga adabnya? ADILA ketawa kecil di dalam hati."Hari ni hari first day AIMI ke ? Kenapa dia macam kekok semacam je?" soal ADILA sambil menyuapkan spagetti ke dalam mulutnya.
"Mesti lah dia kekok, you yang bersuap bagai ni dah kenapa, lain kali jangan buat mcm tu dah, I tak suka, I layan tadi pun sebab nak jaga air muka you depan AIMI" Kata FAKHRUL kelat. ADILA mencebik. "Okay I mintak maaf, I saja je nak tunjuk dekat AIMI yang I ada hubungan special dengan bos dia" Kata ADILA dengan manja smbil melentokkan kepalanya di atas bahu FAKHRUL. "I nak ke tandas kejap" FAKHRUL lantas bangun dan meninggalkan ADILA. ADILA hanya menyambung menjamah makanannya."Aku harap sangat diorang dah habis makan, so lepas ni aku boleh terus balik sambung kerja" AIMI bercakap sendirian di hadapan cermin. Dia membuka pili air dan mencuci tangannya. Lantas AIMI berjalan keluar dari tandas tersebut, ketika sudah berada di hadapan pintu keluar, tiba tiba kaki nya tergelincir. Gedebuk! AIMI terlanggar seseorang, dalam perlanggaran itu dahinya terasa dicium oleh seseorang tanpa sengaja. Dirinya hanya berpaut pada orang itu. AIMI menutup matanya. "Ya Allah, malunya aku, siapa pulak yang aku langgar ni?" Tiba tiba AIMI berasa badannya ringan dan rebah ke atas lantai. Bedebuk! Bunyi ibarat nangka busuk terjatuh. Badannya terasa sakit akibat terjatuh. AIMI tercengang melihat jejaka di hadapannya. "Bos!?" Bisik hati AIMI. FAKHRUL hanya memandang AIMI tajam. "Kau seronok kan sebab berlanggar dengan aku?" pedas kata kata FAKHRUL membuat AIMI terbangun. Mujur tidak ada sesiapa di situ. "Saya tak sengaja, lagi satu bos tak payah suka hati lepas mcm tu je, lepas la elok2, ingat lantai ni tilam ke" bidas AIMI kembali. Hatinya begitu membara sekarang ni. Fikirnya mcm mana kalau ada orang, muka nk letak mana. AIMI melangkah pergi tetapi FAKHRUL menghalang laluanya, kedua dua tangannya di lekapkan di dinding menyesakkan AIMI. "Kau tahu tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang?" FAKHRUL merapatkan diri nya dengan AIMI, makin lama makin rapat lantas AIMI menolak FAKHRUL dan meninggalkan nya. AIMI berasa sungguh bengang dgn tindakan FAKHRUL, Takut2 kalau ADILA ternampak boleh bawak gaduh besar tahu!
ADILA hanya menunggu AIMI dan FAKHRUL. Entah apa yang membuatkan mereka terlalu lama. Keracunan makanan kah? Kelihatan AIMI kelam kabut berjalan ke arahnya.
"Kau kenapa mcm nampak hantu je" soal ADILA. AIMI menarik kerusi dan meneguk limau ais yang dipesannya.
"Aku rasa aku jumpa fattah amin tadi" gurau AIMI sambil ketawa kecil. Dalam hatinya sudah terjadi ribut taufan melanda, hanya tuhan yg tahu perasaan gementar apabila baru sahaja sudah sound bos sendiri, pada hari first bekerja pulak tu. Mesti kena pecat esok ni! Desis hati AIMI kerisauan. ADILA gelak mengekek mendengar kata kata AIMI. FAKHRUL datang duduk bersebelahan ADILA. Riak wajahnya biasa. Tiada perasaan.
"Jum, I and secretary I dah nk masuk kerja" kata kata FAKHRUL membuat AIMI tersentak lalu tersedak air yg diminum nya. "I and sectetary I? Mcm seram je bunyi nye"
"Kau okey ke tak AIMI?" soal ADILA kerisauan. AIMI mengangguk perlahan menandakan dia okay, padahal TIDAK! Oh no, mcm mna ni, kenapa la aku rasa mcm nk balik rumah je sekarang ni, tersepit antara dua org ni pulak. Hati AIMI meronta.
"Ala, stay la dulu kita sembang2" ADILA memujuk FAKHRUL.
"Sayang... kan I dah cakap, I ada kerja. Betul tak AIMI, kita ada kerja kan kejap lagi?" FAKHRUL memandang AIMI dengan pandangan yang manis. Bibirnya menguntum senyuman membuat hati AIMI bergetar.
"Kita ada kerja? Im dead" AIMI mengangguk. Backup statement bos nya. ADILA membuat muka sayu.
"Yelah kalau mcm tu, I ikut je" ADILA menjawab sayu. FAKHRUL tersenyum manis mendengarkan itu lantas mereka bertiga beredar dari situ.

YOU ARE READING
Isteri VS Madu
RomanceRumahtangga yg dibina selama 5tahun mula retak apabila hadirnya seorang wanita yg bernama ADILA yang berusaha keras menggoda suaminya, apatah lagi setelah AIMI HAURA mengalami keguguran anak pertamanya membuat FAKHRUL ARSYAD mula membenci akan kelal...