BAB 7

6.8K 100 6
                                    

Dari jauh FAKHRUL hanya memerhati Aimi dan Ziyad. Hati nya tercuit dengan perasaan yg tidak enak. Cemburu? Tidak. Mungkin terasa tercabar, kerana Aimi tidak melayannya dengan baik sepertimana dia melayan lelaki lain. Fakhrul berjalan ke arah Aimi. Menyekat langkah Aimi. Aimi mendongak.
"Ada apa lagi la mamat ni" getus Aimi dalam hati. Kening nya dikerutkan. Mata mereka bertaut.
"Masuk dalam bilik saya sekarang" Fakhrul bersuara. Lantas meluru ke arah biliknya, Aimi hanya membontoti Fakhrul. Hatinya berdebar debar apabila mendekati Fakhrul. Berdebar sebab takut atau suka? Entah. Aimi sendiri tidak pasti.

Fakhrul menutup perlahan pintu biliknya, lantas dia berjalan ke arah Aimi yang sudah berdiri seperti patung itu. Aimi tertunduk.
"Kejap lagi lunch, jangan angkat call langsung dari Adila" arah Fakrul. Terkebil kebil mata Aimi mendengar kan itu. Otaknya ligat berfikir.
"Takpayah angkat call Adila? Kenapa?  Mereka gaduh ke?"  hati Aimi berbisik sendiri.
"Kenapa, bos?" Aimi memberanikan diri untuk bertanyakan itu. Fakhrul yang dari tadi memerhati Aimi yang seperti cicak berak kapur itu mengjongketkan keningnya lalu dgn selamba dia menjawab.

"Biarlah, i nak lunch dengan you sorang je" Fakhrul berjalan ke arah tempat duduknya. Hatinya masih seronok memikirkan respon Aimi ketika dia menelefon Aimi semalam, manja dan penuh dengan tarikan. Aimi sedar akan riak wajah Fakhrul yg sedang tersenyum ibarat kerang busuk itu.
"Ini mesti pasal maksu yang angkat call dia semalam, kan aku yang kena" Aimi mencebik.
"Tak apa lah,bos. Saya keluar dulu" Aimi mengambil langkah keluar dari ruangan pejabat Fakhrul. Mata Fakhrul meliar melihat Aimi yang kecik molek itu melangkah pergi. Bibir nya mengukir senyuman manis. Tiba tiba handfone nya berbunyi menandakan notification masuk.

Sayang... sory i tak dapat lunch dgn you harini, i kena jumpa someone important, esok malam i ada fashion show - Adila

Fakhrul hanya tersengih girang. Tersengih bukan sebab apa, sebab panjang umur si Adila tu, baru cakap pasal dia dah muncul. Fakhrul menaip sesuatu.

Its okay you ~
I lunch sorang2 la kira nya 😌 - Fakhrul

Send. "Acah2 pasrah sikit, takda la nampak sgt aku seronok bila dia takda" Fakhrul tersenyum lagi.

Aimi kan ada. But please, you lunch dengan Aimi je, i taknak dengar you lunch dengan Nazifa🙂 - Adila

Fakhrul tersentak. Hatinya sedikit terusik bila nama Nazifa disebut. Tiba2 dia teringat kisah silamnya. Ahh sudah, antara kami sudah tidak punya apa apa kecuali untuk urusan kerja. Nazifa pun sudah mempunyai suami dan dia menghormati Nazifa. Fakhrul malas melayan pesanan WhatsApp Adila lalu ditinggalkan bluetick begitu sahaja. Fakhrul menghadap komputer ribanya. Tetapi fikirannya masih melayang ke tempat lain.

Aimi menyusun fail2 yg berselerak di atas mejanya, sambil2 matanya meliar ke arah tempat duduk Ziyad. Ziyad tiada, kemanakah dia? Toilet kot. Tiba tiba, bahu Aimi ditepuk.

"Cari saya ke?" Ziyad menyapa. Aimi yang terkejut beruk itu sempat lagi melatah. Oops! Kantoi laa Aimi ni si melatah. Aimi menarik nafas panjang.
"Awak ni, jangan buat mcm tu, terkejut la" Aimi mengcover sehabis mungkin cuaknya itu. Kantoilaa dia tengah stalk Ziyad. Huhuhu. Belum sempat Ziyad bersuara, Nazifa datang menyampuk.

"Sorry ganggu korang berdua, Aimi kejap lagi lunch sekali nak?" Nazifa mempelawa. Ziyad dan Aimi hanya memandang sesama sendiri.
Aduh macam mana ni, si Fakhrul tu ajak aku lunch dengan dia.
"Em macam mana eh? Bos ajak aku lunch dengan dia" Aimi menjawab dengan serba salah.

"Ohh, Fakhrul tak lunch dengan Adila ke?" Nazifa bersuara lgi. Aimi menggeleng. Nazifa hanya tersenyum hambar menandakan dia okay.

"Its okay, you boleh lunch dengan i" Ziyad mempelawa Nazifa. Aimi yang mendengarkan itu seolah olah seperti petir menyambar hatinya. Jealous mungkin!

"Boleh ke? Oh thankyou Ziyad, okay i balik tempat i dulu ye nanti bos bising, jumpa lunch nanti" Nazifa beredar dengan girangnya. Iyelah, sejak2 geng makcik bawang yang selalu lunch dengan nya sebelum ini meminggirkan dia dek kerana dia sudah mempunyai suami, (geng makcik bawang tu semuanya masih single) , dia sering berseorangan. Sejak muncul nya Aimi dia ingin mengenali Aimi tetapi tak kesampaian kerana Aimi sering bersama Fakhrul. Tapi tak apalah, masih ada hari lain untuk mengenali Aimi.

"Kenapa muka awak mcm tu?" Ziyad perasan Aimi yang mencebik dari tadi.

"Tak ada apa apa lah" Aimi mengukir senyuman paksa, tak nak Ziyad perasan yang dia tengah frust. Ye la kan terpaksa lunch dengan bos yang kekwat itu, kalau tak boleh la join Ziyad dengan Nazifa sekali.

"kalau mcm tu, saya pergi dulu ye" Ziyad tersenyum lalu pergi. Niatnya ke tempat Aimi adalah untuk mengajak Aimi lunch bersamanya, memandangkan semua nya terjawab dengan sndiri, dia tidak mahu mengganggu Aimi dengan Fakhrul.

Isteri VS MaduWhere stories live. Discover now