BAB 5

7.1K 87 0
                                    

Selepas membersihkan diri, Aimi menunaikan solat Isyak. Selepas memberi salam kedua, pintu biliknya diketuk. Tokk tokk tokk. Aimi tersentak. "Mak su ke tu? Alamak mcm mna ni" AIMI bangun untuk membuka pintu. Kelihatan muka maksunya, ataupun dikenali sebagai Rafizah, terpampang di hadapan muka pintu.
"Kenapa balik kerja awal tadi?" Soal maksunya sambil melipat lengan bajunya, gaya macam mahu bergaduh saja. Aimi terkedu. Hatinya sungguh gelisah untuk menjawab soalan maksu nya itu. Namun Aimi tetap memberanikan diri, dia tidak rela kembali ke syarikat itu! Dia tidak rela maruahnya dipermainkan oleh FAKHRUL lagi.

"Saya dipecat maksu" jawab Aimi perlahan. Kepalanya ditundukkan. Dia sudah mengalah. Nak jadi apa pun jadilah. Bukan tak pernah dia kena pukul or dileteri sebelum ini oleh maksunya. Merah padam muka Rafizah, kalau dalam versi kartun mesti dah ada asap keluar dari telinganya, marah sungguh nampaknya.
"Aimi buat hal apa lagi kt sana?" Kata Rafizah sambil menarik cuping telinga Aimi. Aimi mengadu kesakitan.
"Aduuduh.. maksu, sakit lah maksu." Aimi memegang tangan maksunya yang memegang cuping telinga itu. Nasib baik berlapik telekung yang belum dibukanya, tak lah sakit sangat. Belum sempat Rafizah berbuat tindakan selanjutnya tiba tiba handphone Aimi berdering. Mereka berdua diam sejenak. lagu Jampi yang dinyanyikan oleh Hael Husaini memecah kesunyian antara dua beranak tersebut. Lantas Rafizah berlari anak ke arah bunyi tersebut, kelihatan nombor tidak dikenali menelefon, lantas Rafizah mengangkat.

"Helo, siapa ni?" Soal Rafizah sambil memandang tajam ke arah Aimi, seolah olah Aimi mempunyai hutang yang belum diselesaikan. Aimi mula resah.
"Hm siapa pulak la yang call. Haa cakap la lama2 sikit, boleh la aku get ready nak kena smack down dgn mak su ni" gumam hati Aimi sambil membuka telekungnya. Ikatan rambutnya dilepaskan. Rambutnya yang panjang paras pinggang itu di belai lalu diikat. Takutnya kejap lagi maksu nya main tarik rambut pulak. Aimi memandang maksunya sedang bercakap dengan org yang di dalam talian. Kelihatan muka maksunya yang bengis bak singa betina tadi sudah punya tersenyum ibarat kerang busuk.
Tutt. Rafizah memutuskan talian. Mukanya berseri seri melihat Aimi. Aimi kehairanan.

"Jadi apa dengan maksu ni? Takkan kekasih hati dia call dekat number aku pulak, yelakan maksu kan andartu paling hot kt kawasan taman ni" Aimi tersenyum sendiri apabila memikirkan tentang maksunya yang sudah berumur 32 tetapi belum khawin2 lagi.
"Aimi senyum2 apa tu? Dah dah, tido awal, esok Aimi kena pergi kerja" lembutnya budi bicara Rafizah hingga membuatkan Aimi kehairanan.
"Kerja? Kerja apa maksu? Aimi kan dah berhenti" berkerut seribu dahinya memandang maksunya itu.
"Tadi bos Aimi call, sweet kan dia sampai pujuk Aimi suruh masuk kerja tadi, awal awal dia ingat mak su ni adalah Aimi, so maksu menyamar lah jadi Aimi, wah suara dia garau basah buat maksu jatuh hati la" kata Rafizah dengan penuh perasaan. Aimi terpana.

"Apa? " Aimi sudah hilang akal
"Bos?! Fakhrul?! Call aku? " Aimi mengabaikan maksunya yang sedang berdrama itu lalu berlari2 mendapatkan handphone nya itu. Dia mengeluh perlahan melihat pesanan whatsapp yang baru sahaja masuk dari number yang tidak dikenalinya itu.

"Jumpa esok. Goodnite" -Fakhrul

Dia yakin itu adalah Fakhrul. Aimi hanya meninggalkan bluetick manakala Fakhrul masih online. Aimi menyimpan kenalan bosnya itu, tangan menaip sesuatu, Mereng, Aimi tersenyum sendiri. Aimi beralih ke arah maksunya, tetapi kelibat maksunya sudah tiada. Dia mengeluh lagi. Punah. Hari harinya sudah musnah. Selepas ini dia akan mengadap muka Fakhrul lgi untuk hari hari seterusnya? Oh no!
" aduh macam mana ni"Aimi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba tiba bunyi notification whatsapp masuk lagi.

"Kenapa bluetick? At least balas la Goodnite too, kalau rajin type, tambah la "dear" kt belakang ayat tu 😉" -Fakhrul

Aimi terjerit apabila dia membaca apa yang Fakhrul hantar kepadanya. Tidak disangka lelaki kerek itu menghantar message seperti ini.
"Dia ni biar betul" Aimi tersenyum sendiri. Dia meninggalkan bluetick sekali lagi. Aimi mengemas katil nya dan berbaring. Otaknya ligat memikirkan apa yang Fakhrul katakan kepada maksunya.

"Apa yang dia cakap dengan maksu ea? Dia pujuk ? Pujuk kenapa pulak? Bukan dia ke yang nk sgt pecat aku" Aimi tertanya tanya. Sekejap dia beralih ke kanan, sekejap ke kiri. Dia tidak senang duduk. Esok. Apa akan jadi esok? Macam mana kalau dia buat bukan bukan lagi? Ahhh sudah la. Fikiran Aimi melayang ke arah jejaka yang menyelamatkan dia dari Fakhrul petang tadi, Ziyad, rupa dia ala ala matsalleh sikit, macam arab pun ada. Aimi tersenyum sendiri. Lama kelamaan berangan, matanya mula lelap dan Aimi lena dibuai mimpi.

Isteri VS MaduWhere stories live. Discover now