part 10

12K 188 54
                                        




Seminggu kemudian...

           

Sudah seminggu Aimi tidak masuk kerja, Fakhrul gusar apabila dia cuba menghubungi Aimi tapi tidak ada dalam talian. Ziyad pun sudah berhenti kerja dua hari lepas. Tahu tahu, dia menerima surat berhenti kerja yang dipos. Tidak sempat dia bertanyakan soal Aimi.

"pergi mana budak ni?" jarinya menekan intercom.

"Nazifa, msuk ke bilik saya kejap"

Beberapa saat kemudian Nazifa pun masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

"Kenapa You panggil I?" Nazifa menyoal kehairanan. Sambil memperbaiki rambutnya supaya kelihatan kemas di depannya bosnya itu.

"Kita kat dalam office, cakap macam kat tempat kerja" tegas kata kata Fakhrul mengundang persoalan dalam diri Nazifa.

"sebelum ni I macam ni you tak kisah pun, kenapa baru hari ni you nak suruh I cakap macam pekerja lain?" hatinya sedikit terguris. Fakhrul sudah berubah. Adakah Fakhrul sudah tidak mencintai dirinya? Rasa tercabar timbul di dalam hatinya.

"I suruh you masuk bilik I sebab I nak tanya pasal Aimi, you dapat ke tak contact dia?" suara Fakhrul makin lantang. Nazifa terkesima.

"you berubah sebab Aimi? PA you yang dulu2 tak datang kerja seminggu, berhenti tanpa khabar berita, you tak ambil kisah pun. You siap sruh I cari baru, kenapa Aimi you nak suruh I usaha cari dia sampai dapat?" nada cemburu Nazifa mengundang amarah Fakhrul.

"hei, you nk cemburu kenapa? You sedar la yang you dah ada suami. You tinggalkan I pun sebab nak pergi kat laki tu kan! Sekarang you nak apa lagi? I tak nak bahas pasal benda yang lepas sudah la" kata kata Fakhrul membuat Nazifa lupa diri. Dirinya rasa begitu tercabar. Sejak suaminya, Farhan sering memukulnya, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa kecuali meraih kasih saying Fakhrul kembali.

"I sayangkan you, Fakhrul!" Nazifa memeluk Fakhrul erat. Fakhrul yang terkejut dek kelakuan pantas gadis itu mencuba melepaskan diri. Namun, tiba tiba pintu biliknya terkuak seperti dibuka seseorang. Matanya terbuntang.

"Aimi!" nama itu berkumandang di mulut Fakhrul.

Aimi dan Adila berdiri tercegat di muka pintu.

"What the hell are you doing?!" Adila yang berang itu lantas melulu menarik kasar Nazifa dari Fakhrul dan menampar pipi Nazifa.

PANG!!

"Dila, sabar la" Aimi memegang Adila. Nazifa mengusap pipinya yang kemerahan itu. Mukanya merah menahan malu.

"Kau sedar la yang kau tu dah ada laki, apa yang kau buat ni hah?!" Adila cuba menyerang Nazifa lagi namun dihalang oleh Aimi.

"sudah. Nazifa, balik ke tempat awak" arah Fakhrul dan Nazifa pun akur. Adila memandang panas kearah Nazifa. Adila lantas meninggalkan ruangan pejabat tersebut dengan marah. Sepertinya sudah tidak kuasa untuk berjumpa Fakhrul yang sudah beberapa hari tidak berjumpa. Tinggal Aimi dan Fakhrul sahaja di dalam ruangan pejabat tersebut.

"sebenarnya, saya datang nak bagi surat berhenti kerja" perlahan Aimi menyuarakan niatnya ke SOFT GLOBAL.

Fakhrul terpaku. Berhenti?

"kenapa? Kenapa awak nak berhenti?" soal Fakhrul. Raut wajahnya suram.

"saya nak pindah rumah. Jauh dari sini." Ringkas jawapan Aimi. Serba salah dibuatnya. Yela kan, dia baru sahaja seminggu bekerja.

"adakah sebab awak nak lari dari hutang ahlong?" kata kata tersebut secara tidak langsung terkeluar dari mulutnya.

"macam mana bos boleh tahu?" soal Aimi kehairanan.

"minggu lepas, malam tu awak keluar dengan Ziyad pergi makan malam. Saya pergi rumah awak malam tu. Tapi ada dua orang lelaki tunggu depan rumah awak. Saya fikirkan siapa. Rupanya along kan? Saya bayar semua hutang awak, awak jangan risau. Dah settle" terkesima Aimi mendengarkan penjelasan Fakhrul. Matanya mula berair.

"kenapa bos buat macam tu? Saya tak tahu nak bayar macam mana dekat bos" Aimi gusar. Matanya menitiskan air mata.

"bukan tu saja sebab saya nak berhenti, mak saudara saya yang tinggal sekali dengan saya baru sahaja meninggal haritu" Aimi mencerita dari A hingga Z. Fakhrul yang mendengarkan cerita sebenar daripada Aimi turut bersimpati. Fakhrul menyuakan tisu kepada Aimi.

"saya izinkan awak berhenti tapi dengan satu syarat" kata kata Fakhrul itu membuatkan Aimi terpana.

"apa syaratnya?" Aimi mengerutkan dahinya. Hatinya berdebar debar saat Fakhrul merenung dalam matanya.

"saya akan kahwini awak dan hutang awak dengan saya langsai" tenang Fakhrul berkata demikian tanpa berfikir jauh. Aimi membuntangkan matanya.

"kahwin? tapi Adila kawan saya" Aimi merasa serba salah.

"saya dengan Adila tak lah serius pun, saya pun tahu dia selalu berfoya foya dengan lelaki lain dibelakang saya" Fakhrul duduk di atas kerusinya. Aimi resah. Walau macam mana pun, ini saja cara untuk dia membalas jasa Fakhrul.

"Saya anggap diam awak tu tanda setuju, nanti saya bawak awak jumpa mama saya ye sayang"

Hah? Sayang?!

Perkataan sayang disebut dengan begitu romantis membuat bulu roma Aimi meremang.

Aimi kaku. Terasa ingin rebah. Fakhrul dan Aimi...akan berkahwin!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteri VS MaduWhere stories live. Discover now