#3

503 46 2
                                    

TAJUK: SUMPAHAN SI PARI PARI
NUKILAN: SUZIE aka CHA




BAB 3

"PON! PON!"

Miya membunyikan hon kereta, di hadapan pagar kilang, Puan Ruby. Seorang pengawal datang membuka pintu pagar, dan membiarkan Miya masuk ke dalam perkarangan kilang.

Miya bergegas turun, dan membuka but kereta yang berisi beberapa guni jagung pesanan, Puan Ruby. Tanpa berlengah, dia mulai menurunkan guni jagung itu satu per satu.

"Biar aku membantu kamu."

Seorang lelaki tiba-tiba muncul, dan membantu Miya menurunkan guni-guni itu.

"Terima kasih," ucap Miya. Dia menundukkan sedikit kepalanya, agar wajahnya tidak kelihatan.

Lelaki itu menghulurkan tangan dan memperkenalkan dirinya.

"Hai, aku Kenzie. Nama kamu?"

"Aku Miya."

Miya menyambut tangan Kenzie, dan terus berpaling ke belakang. Belum sempat kenzie berkata apa-apa, Miya sudahpun masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Kenzie berundur setapak dan hanya melihat, Miya perlahan-lahan keluar dari kawasan kilang Puan Ruby.

Kenzie adalah anak lelaki, Puan Ruby. Dia mempunyai seorang adik kembar perempuan bernama, Kyra. Umur mereka sebaya dengan Miya. Kenzie dan adiknya, menuntut di kolej yang sama tetapi berlainan bidang. Kenzie mengambil bidang pemasaran, dan Kyra pula dalam bidang kecantikan.

"Macam pernah je aku nampak lelaki tadi? Bukankah... Oh! Ya... dialah pemuda yang tolong aku masa kat kedai serbaneka tempoh hari!" gerutu Miya. Dia tersenyum kecil mengingatkan kejadian itu.

'Kenapalah aku tergesa-gesa balik tadi. Mungkin dia berniat baik dan... mungkin juga, dia mahu berkawan dengan aku,' bisik hati Miya. Dia menghela nafas pendek, tampak sedikit kekesalan pada raut wajahnya.

"Apa yang kamu fikirkan tu?" tanya Pari Madeline. Yang memerhatikan Miya sedari tadi tanpa, Miya sedari.

"Ah... takde apa-apa auntie, cuma teringatkan seseorang."

"Ingat kat ayah kamu lagi ya?"

"Err... tak! Hmm... Auntie kenal tak seseorang yang bernama, Kenzie?"

"Ohh... Kenzie, anak Puan Ruby. Kenapa dengan Kenzie?"

"Dia tu baik kan, auntie? Dah dua kali dia bantu Miya. Hari tu kat kedai serbaneka, hari nih pula dia bantu Miya menurunkan jagung pesanan mak dia."

"Ya, ker? Auntie tak perasan pula masa, kat kedai serbaneka hari tu. Hmm.... Kan auntie dah kata, keluarga mereka semua baik. Miya... bolehlah berkawan dengan mereka, itupun kalau Miya tak keberatanlah."

"Miya memang nak berkawan dengan semua orang. Tapi... mereka nak ker, berkawan dengan Miya?"

Pari Madeline perlahan-lahan mendekati Miya, dan membelai lembut rambut Miya yang panjang hingga ke paras pinggang.

"Auntie dah berkali-kali pesan kat Miya, pedulikan mereka yang mengata kamu. Tak semua orang sama perangai. Mungkin ada di antara mereka yang mahu menjadi kawan, tapi kamu kurang yakin pada diri sendiri. Sampai bila-bila pun, Miya takkan dapat kawan kalau, Miya terus menjauhkan diri daripada orang lain."

Miya terkedu mendengarkan kata-kata Pari Madeline. Kerana apa yang Pari Madeline katakan, adalah benar. Miya masih belum dapat menerima keadaan dirinya. Wajah dan tubuhnya bertompok merah, dan berbonggol kecil di belakang membuatkan dirinya sungguh hina dimata manusia.

'Siapalah yang nak berkawan dengan aku nih,' bisik hati Miya.

"Auntie... esok, Miya nak jalan-jalan kat hutan sebelah ladang jagung tu. Boleh kan, auntie?"

"Boleh Miya, tapi... Kamu nak buat apa masuk kat dalam hutan tu? Itu kan hutan tebal, dan auntie sendiri pun tak pernah pergi ke sana, takut nanti ada binatang buas ataupun... kamu tersesat kat dalam hutan tu ker..."

"Miya rasa ada sesuatu yang menarik kat dalam hutan tu. Miya dapat merasakannya setiap kali, Miya memandang ke arah hutan itu."

"Baiklah. Tapi Miya jangan lama-lama, nanti risau pula auntie kat sini."

Miya telah memerhatikan hutan di sebelah ladang jagung itu, sejak beberapa hari yang lalu. Dia dapat merasakan, seolah-olah ada sesuatu yang menarik di dalam sana, dan Miya nekad untuk masuk ke dalam hutan tebal itu pada esok hari.

MIYA menyiapkan kerja sehariannya di ladang lebih cepat daripada sebelumnya. Ia kerana, dia ingin pergi ke hutan tebal itu dengan segera. Dia memaklumkan kepada Pari Madeline bahawa, dia akan balik sebelum senja.

"Patutkah aku meneruskan rencanaku untuk masuk ke dalam sana. Apakah benar, ada sesuatu yang menarik di dalamnya? Bagaimana kalau..." gerutu Miya. Perasaan Miya berbelah bagi.

Miya berdiri di pinggir hutan itu, sambil meninjau di sekitarnya. Tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang dan dia merasa gugup.

SUMPAHAN SI PARI-PARI [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now